Sumber / Sumber Foto :  Instagram Madammu

Madammu jelaskan ketika kahwin suami bukan kaya raya dan hanyalah lelaki biasa. Begitulah luahan Pengasas Noir, Eriyca Baiduri.

Terdahulu Eriyca menerima komen daripada netizen yang menulis;

“Cuba laki (suami) pakai kereta Wira buruk dah lama bini (isteri) lari.”

Itu komen netizen yang ditujukan kepada Eriyca di aplikasi TikTok hingga tular. Eriyca membalas pertanyaan pengguna itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan dirinya bersama suami di dalam kereta.

Hantaran video itu mencecah lebih 1.1 juta tontonan, mendapat lebih 51,000 tanda suka, lebih 1200 komen dan lebih 600 perkongsian semula.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Madammu Jelaskan Ketika Kahwin Suami Bukan Kaya Raya

Akui Eriyca bukan semua orang mengenali dirinya walaupun dia merupakan usahawan popular. Malah dia juga akui, bukan semua perempuan berkahwin disebabkan duit.

“Sebenarnya saya taklah marah dan geram. Saya faham, tak semua orang kenal kita, tak semua orang tahu kisah kita dan tak semua orang tahu cerita kita.

“Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya dengan suami ini kami berkahwin daripada tak ada apa apa dan bermula daripada sederhana.

IKLAN

 “Saya berkahwin dengan suami bukan sebab duit semata-mata. Tak semua perempuan berkahwin sebab duit. Saya berkahwin dengan suami sebab dia baik.

“Dia akan membahagiakan dan menjaga saya dengan baik. Jadi, itu yang sebenarnya saya nak dalam rumah tangga.

“Masa saya kahwin dengan dia, walaupun waktu itu dia biasa-biasa tapi saya percaya dengan budi bicara, karakter dia yang sangat melindungi, saya tahu dia boleh jaga saya,” ungkap pengasas jenama Noir Health & Beauty (Noir).

Madammu Jelaskan Ketika Kahwin Suami Bukan Kaya Raya “Jika Ada Yang Kata Saya Kahwin Sebab Duit Itu Salah”

Rezeki Boleh Dicari Bersama-Sama

Menerangkan kehidupan dirinya dan suami sewaktu awal perkahwinan bukanlah senang, seperti pasangan lain dia juga pada awalnya tinggal di rumah sewa hingga dapat membeli rumah sendiri selain dapat membina empayar pernigaan.

“Saya tahu rezeki boleh dicari kemudian dan boleh cari bersama-sama. Alhamdulillah, hari ini daripada kami biasa-biasa kami dapat mencapai apa yang kami nak.

IKLAN

“Sebab itu dalam rumah tangga ini niatnya kena betul. Jadi, saya okay saja dengan netizen itu.

“Kehidupan dulu tidaklah semewah hari ini. Dari kami duduk rumah sewa kami beli rumah. Perlahan-lahan perniagaan makin berkembang dan maju.

“Jadi jika ada yang kata saya kahwin sebab duit itu salah. Saya faham, netizen ni mereka suka buat andaian dan mereka suka bercakap apa yang mereka fikir.

“Kalau nak tahu, jenama Noir adalah saya punya sendiri. Begitu juga suami yang mempunyai perniagaan sendiri, tapi lebih banyak bantu saya di Noir,” sambungnya.

Madammu Jelaskan Ketika Kahwin Suami Bukan Kaya Raya “Jika Ada Yang Kata Saya Kahwin Sebab Duit Itu Salah”

Madammu Jelaskan Ketika Kahwin Suami Bukan Kaya Raya “Jika Ada Yang Kata Saya Kahwin Sebab Duit Itu Salah”

IKLAN

BACA DISINI : ‘Madammu Bantu Wanita Dalam Kesusahan.” NOIR Mahu Ubah Taraf Hidup Untuk Keselesaan Keluarga

8 Amalan Dekati Dan Jiwai Al-Quran, Buatkan Rezeki Bisnes Wanita Ini Tidak Pernah Putus

Mingguan Wanita : Setuju bukan semua perempuan berkahwin kerana harta ya.

Sumber / Sumber Foto :  Instagram Madammu

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI