Ketika diri sering dirundung musibah, amalan menjemput rezeki adalah yang paling baik sekali dilakukan. Bagaimana caranya? Cik Puan Anys Idayu Hj Zakaria berkongsi kisah bagaimana amalannya mempraktikkan membaca 1 minggu 1 juzuk al Quran membuatkan rezeki bisnes malah kehidupan sehariannya tidak pernah putus.

Istiqamahkan Kita Membaca Al-Quran Setiap Hari?

Tahun 2014 membuka ruang pada saya mengikuti kelas online personaliti menerusi grup WhatsApp. Coach bertanya ‘istiqamahkan kita membaca Al-Quran setiap hari?

Dari situ saya tersentak. Saya tekad ubah diri baca Al-Quran setiap hari.” Ini rutin Anys.

1. Join kumpulan baca al-Quran, seminggu 1 juzuk.

2. Mula-mula memang nampak macam kena paksa. Tapi bila lakukan setiap hari, in sha Allah dia jadi makin seronok dan kita sendiri akan lebih ikhlas.

3. Rutin ngaji bermula hari Ahad hingga khamis.

IKLAN

4. Baca Al-Quran awal pagi selepas selesai solat tahajud, solat Subuh dan selepas Maghrib.

5. Setiap hari selesaikan bacaan surah Al-Kahfi. Didik juga pada anak sulung agar baca 10 ayat pertama surah Al-Kahfi. Latih secara harian, bila tertinggal sehari akan rasa diri tak lengkap.

6.’ Ma’ pesan nak bagi senang dan rezeki sentiasa ada baca surah Al Waqiah setiap malam. Ini surah wajib baca sebelum tidur.

7. Selepas solat sunat fajar, sebelum solat Subuh amalkan baca surah Al Balad.

IKLAN

8. Amalkan apa saja perkongsian amalan murah rezeki dari ayat-ayat Al-Quran dan beberapa selawat sentiasa dibaca dalam hati mahupun di bibir.

Rahsia Menjiwai Al-Quran Ini

Sungguh benar, ayat-ayat Allah ini penawar segalanya. Rezeki tak pernah putus walaupun ada ketika dirinya betul-betul terdesak tiada wang di tangan.

Kisah Tahun 2013

Tahun 2013, tahun yang memberi kesedaran dan keinsafan kepada saya. Ketika itu saya baru membina bisnes, dalam masa yang sama berhadapan masalah dengan suami. Saya kembali mendekatkan diri padaNya. Ketenangan datang dengan sendiri.”

IKLAN

Betullah orang kata, bila masalah bertimpa-timpa datang, jalan penyelesaian hanya sujud pada Allah dan amalan dari ayat-ayat Al-Quran dapat membantu menyelesaikan masalah.”

“Itulah yang saya alami. Perlahan-lahan saya mengamalkan semua ilmu yang saya baca dalam buku yang saya beli itu (Mudahnya Menjemput Rezeki).”

“Antaranya solat dhuha, solat tahajud, solat taubat, istikharah, sedekah dan bacaan Al-Quran setiap hari walaupun ketika ni belum istiqamah lagi.”

Sumber/Foto: Anys Idayu Zakaria via Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI