Siapa tak sayang anak? Inilah pewaris dan zuriat yang kita ada untuk menyambung keturunan. Sedih bila melihat anak-anak yang terbiar tanpa mak ayah, ini belum lagi kes yang buang anak. Minta dijauhkan.

Namun, sayang anak tidaklah sampai terlalu manjakan anak hingga apa yang diminta akan ditunaikan. Kenalah berpada-pada.

Tapi kadang-kadang, bila mak ayah penat dengan kerja harian, perasaan sayang anak terus hilang. Mulalah rasa geram bila anak-anak buat perangai, akhirnya cepatlah tangan akan sampai pada kulit anak-anak.

Tidak salah pukul anak, sekadar untuk mendidik. Tapi janganlah meletakkan harapan terlalu tinggi dengan umur anak yang masih kecil untuk mendengar kata. Sebab ada masa akan wujud kenakalan mereka yang kadang-kadang membuatkan kita sebagai mak ayah hilang sabar.

Walau bagaimanapun, sebelum mak ayah adili anak dengan perangai yang membuatkan kita rasa ‘sakit hati’, kita kena tilik dulu apa layanan yang kita berikan pada anak-anak.

Tiada mak ayah pun bila tua nanti rasa diri terabai oleh anak-anak. Begitulah juga masa anak-anak masih kecil. Jangan sayang anak bersyarat dan binalah keluarga yang bahagia. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol agar mak ayah layan anak yang sebaiknya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Terlalu Manjakan Anak LELAKI, Bimbang Bila Besar Tak Reti Jaga Keluarga

JANGAN Anggap Kerja Rumah URUSAN Perempuan, Anak Lelaki Perlu Diajar Supaya Jadi Kebiasaan

Info Lebih Menarik DI SINI

Sayang Anak, Jadilah Mak Ayah Terbaik

Kalau anak asyik bergaduh, rasa otak serabut setiap kali ada di rumah, ada baiknya kita tengok diri kita dulu.

Nak keluarga bahagia, nak pasangan tenang, ilmunya kita yang kena belajar.
Bina suasana bahagia di rumah dengan 5 cara ni.

1. Jauhkanlah diri dari anak ketika kita marah.

Bila kita marah, kita akan mula jerit-jerit. Kita akan guna bahasa kasar sampai caci maki anak sendiri. Nak tegur anak, biar kita dan anak sama-sama tenang dulu. Duduk dan biar mata kita separas. Jaga tangan supaya tak naik tanpa kita sedar.

IKLAN

2. Muhasabah diri kita bila terlintas hati nak bandingkan anak depan adik beradiknya yang lain.

Tak ada satu anak pun yang serupa. Setiap anak karakternya berbeza, kepandaian pun berbeza. Cukuplah dengan hanya menjadikan kakak atau abang sebagai sumber inspirasi pada adik yang lain.

3. Jauhkan diri dari rasa sayang anak bersyarat.

“Mama cuma sayang abang kalau baik, kalau pandai, kalau buat kerja rumah.”
Cinta mak ayah pada anak tu tak bersyarat sebab anak tu amanah dari Allah. Baik buruk anak, dia tetap anak kita. Tugas kita ialah didik dia selagi kita berdaya.

4. Mengugut anak itu tanda skil komunikasi kita dengan anak sangat lemah.

Contoh mengugut:
“Kalau tak susun kasut dalam almari, petang ni papa tak bagi keluar..”

Cara yang lebih baik:
“Kasut ni Anas tolong letak dalam almari.”

(Selepas 2 minit)
“Papa rasa Anas lupa letak kasut dalam almari.”

(Selepas 2 minit)
“Jom kita susun kasut sama-sama.”

5. Hati-hati supaya tak terbuka aib anak depan orang lain.

“Baiknya anak you ni. Elok je dia duduk dari tadi.
“Baik? Ishhh, budak ni pandai berlakon je. Kalau kat rumah, ni lah hantunya.”

Bila orang puji anak kita baik, kadang-kadang tanpa sedar kita nak merendah diri sampai terbuka aib anak pada orang luar.

IKLAN

Anak kita yang mendengar, sedihlah hati dia. Kalau diulang-ulang, rasa sedih tu membukit.

Lama-lama berubah menjadi marah sampai boleh berdendam dengan mak ayah sendiri.

Perbaiki Diri

Kawan-kawan, ambil peluang masa anak masih kecil untuk baiki diri kita. Menjadi seorang ibu atau ayah adalah perjalanan kita untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Layanlah anak seperti mana yang kita harapkan mereka layan kita bila kita tua nanti.

Mingguan Wanita : Anak-anak ini cerminan mak ayah. Bagaimana kita layan dia, begitulah dia layan kita. Kena hati-hati.

Sumber: Dr Redza Zainol

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

IKLAN

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.

( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Layanlah Anak Seperti Mak Ayah Mahu Dilayan Bila Tua, Elak Sayang Anak Bersyarat

Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.

( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )

Layanlah Anak Seperti Mak Ayah Mahu Dilayan Bila Tua, Elak Sayang Anak Bersyarat

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI