![Untitled design - 2021-06-06T194700.585](https://cdn.mingguanwanita.my/2021/06/370889-696x365.jpeg)
Anak lelaki, pewaris yang cukup kuat dalam keluarga. Dialah yang menjadi harapan untuk jaga keluarga dan menjadi ketua keluarga.
Tanggungjawab anak lelaki cukup besar dalam jaga keluarga. Sebab itu, mak ayah jangan terlalu manjakan dan berikan apa saja. Bimbang bila sudah dewasa, sikap manja ini akan berterusan dan tidak mampu untuk berdikari, apatah lagi dalam menjaga keluarga.
Tiada mak ayah yang tidak sayang anak pun. Baik anak lelaki atau anak perempuan, masing-masing ada tanggungjawab tersendiri terutamanya bila besar daslam jaga keluarga. Bukan untuk jaga mak ayah tapi demi untuk keluarga sendiri kelak.
Walau bagaimanapun, anak lelaki menjadi tonggak utama dalam jaga keluarga. Tak perlu nak manjakan dan ajrlah anak erti tanggungjawab. Inilah antara sebab utama Dr Taufiq Razif nasihatkan supaya mak ayah tidak terlalu menjakan anak lelaki.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ajar Anak Lelaki Cara Dulu, Hidup Susah Bukan Beri Kemewahan, Baru Jiwa Kental
JANGAN Anggap Kerja Rumah URUSAN Perempuan, Anak Lelaki Perlu Diajar Supaya Jadi Kebiasaan
Info Lebih Lanjut DI SINI
Jaga Keluarga, Anak Lelaki Kena Kuat
Jangan manjakan anak lelaki.
Ada sebabnya kita tak boleh manjakan anak lelaki. Mereka inilah nanti bakal menjadi ketua keluarga.
Ada 7 sebab kenapa tak boleh manjakan anak lelaki secara melampau walaupun kita sayang pada anak kita.
1. Beri mereka membesar dengan pengalaman dan ajar tentang kesusahan agak tidak terlalu berharap pada mak ayah.
2. Jangan terlalu mengikut kehendak anak. Kalau nak sekalipun kena usaha. Biar dia rasa emosi untuk sedih tidak dapat, rasa marah dan sebagainya.
3. Masa kecil, ajar anak lelaki urus diri sendiri. Mungkin juga boleh tologn untuk lipat dan kemas baju sendiri.
4. Ajar anak agar apa yang dia inginkan tak semua dia dapat.
5. Payah macam mana sekali, jangan bagi anak bergantung pada mak ayah.
6. Bila terlalu manja, anak hanya bergantung pada mak ayah, dan bimbang bila dewasa tak mampu berdikari sendiri, tak ada tanggungjawab dan lebih teruk tak reti jaga keluarga.
7. Kena ajar anak buat kerja rumah. Jangan ingat hanya anak perempuan saja kena belajar urus rumah. Pastikan anak lelaki tidak terkecuali.
MW: Besarnya tanggungjawab anak lelaki.
Sumber: Dr Taufiq Razif
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fokuslah Dengan Kehidupan Masing-masing, Tak Kan Semua Benda Nak Kena Beritahu?
![Fokuslah Dengan Kehidupan Masing-masing, Tak Kan Semua Benda Nak Kena Beritahu?](https://cdn.mingguanwanita.my/2018/12/20181212_064906_0000.png)
Biasalah, setiap orang ada kehidupan sendiri bila sudah berumah tangga. Kalau pun belum berkahwin, dia tetap ada hak untuk membuat segala keputusan sendiri. Nak-nak lagi yang melibatkan urusan peribadi yang berkait tak kahwin lagi, belum tambah anak, soal kerja dan macam-macam lah.
Nak bagi luas sikit pandangan orang kita, cuba renungkan pandangan saudara Firdaus Shakirin ni. Mungkin anda akan sedar mana yang patut dipersoalkan atau patut berdiam diri.
Hormati Keputusan Orang Dan Fokus Kehidupan Sendiri
Takkan semua nak kena beritahu..
Lawak dengan orang kita ni, suka tanya. Then bila dah jawab, dia tanya lagi…
“Pointer tinggi, kenapa tak sambung belajar…?”
Saya cakap la, kalau saya sambung, nanti teruk abah saya nak cari duit, sebab adik pun akan sambung belajar.
Dia tanya plak, ” Ptptn kan ada…” Ptptn memang ada, cuma ditolak dengan yuran pengajian, buku-buku then tinggal berapa? Nak makan lagi, nak kena fotostat asignment lagi… duit minyak motor lagi. Nak tak nak, kena juga minta abah tolong tambah, setel bab tu, dah start keje, dia tanya pula.
“Keje kilang ke, kenapa tak keje gomen…?”
Dah mintak, SPA tu dah isi lepas habis SPM smpai la Diploma. Tiap-tiap tahun update, tiap-tiap tahun dipanggil interview. Juruteknik komputer, penolong pegawai kastam/imigresen, penolong pegawai penguatkuasa, penolong jurutera dan macam-macam lagi. Tiap-tiap tahun percuma bukan rezeki kat situ.
“Kerja gomen ada pencen, keje kilang tak ada pencen”
Kerja kilang memang tak ada pencen, tapi kerja kilang ni, buat duit cara lain. Nak duit lebih, buat overtime, nak gaji naik, buat projek atau lompat kilang. Lagi banyak experience, dan kita pulak ada “value”, kilang bayar tinggi untuk nak kita bekerja di kilang tu. Kita dapat offer tempat lain, kilang boleh counter lagi, bagi lagi tinggi untuk kita terus stay situ dan duit-duit tu la guna untuk hari-hari akan datang. Lagi banyak bulanan, lagi banyak la simpanan dalam KWSP.
Nak tanya lagi? Boleh…
Tapi izinkan saya membalasnya dengan mencarut…
Itulah orang kita, suka sangat nak mempersoalkan setiap keputusan yang kita buat walhal tak berkaitan dengan diorang pun dan tak juga memberi kesan kepada kehidupan diorang.
Hmmm, fokus kepada kehidupan masing-masing sebab takkan semua benda nak kena beritahu?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2 Tahun Tak Ada Bonding Sebelum Tidur, Bila Anak Disahkan Autisme Ibu Ini Tersentak
![2 Tahun Tak Ada Bonding Sebelum Tidur, Bila Anak Disahkan Autisme Ibu Ini Tersentak](https://cdn.mingguanwanita.my/2019/04/untitled-design76-04_05_939331.jpg)
Ibu yang miliki anak autisme ini, adalah insan-insan terpilih olehNya. Dianugerahkan anak istimewa yang bukan saja hadir dengan ujian tersendiri, malah dilimpahi rahmat dan hikmah yang akhirnya ibu makin mengerti.
Ini cerita Syahirah Omar, ibu yang membesarkan seorang anak perempuan autisme bernama Lana. Awalnya dangkal, tidak ambil peduli pun dengan keinginan Lana. Kembali tersedar bila Allah berikan ujian kesihatan kepada anak.
Bacalah dengan tenang, kerana sebagai ibu.. iya ibu.. tentulah setiap kita pernah juga melakukan kesilapan. Tapi macam mana cara ibu ini ubah diri.. perbetulkan kesilapan, itulah yang perlu kita hadam.
Satu Perjalanan Yang Tak Mudah Membesarkan Lana
Sempena bulan kesedaran Autism ni, aku nak cerita balik la perjalanan hidup membesarkan Lana. Aku akui, bila aku tengok semula gambar-gambar ni, memang bukan satu perjalanan yang mudah, tapi tak sesusah ibu ayah yang lebih besar ujian mereka.
Ujian aku, Allah tahu setakat ni saja.
Cerita ni memang panjang, tapi boleh baca untuk ambil iktibar supaya tak ulangi kesilapan yang sama.
16 April 2008
Lana lahir secara Emergency C-section sebab lama sangat aku bertarung menahan sakit. Memang dia agak lemah waktu keluar.
Bila tengok Lana, Subhanallah putihnya budak ni. Rasa macam bukan anak aku. Berkali-kali aku tanya betul ke ni anak aku. Agak kekok pada usia 23 tahun nak kucup dia. Aku memang kurang naluri keibuan pada waktu tu.
Bukan tak sayang, tak tahu nak buat apa sebenarnya.
Untuk anak pertama, aku akui, aku tak ada ilmu parenting. Anak aku memang baik sangat. Dia tidur sendiri, aku tak pernah tidurkan dia sebab nangis ke apa. Dia golek-golek sendiri.. sejak baby, sampai dia besar, dia akan tidur sendiri.
Tak ada bonding ibu dan anak waktu sebelum tidur. Aku? Buat kerja aku. Tah apa yang aku sibuk pun tak pasti. Ralat sangat rasa sebab aku memang sejenis ibu yang escapism pada waktu itu.
Lekakan dia dengan TV, tak temankan dia pun bermain.
Bagi aku, dia tak nangis, ok sangat dah. Sekali sekala aku dukung dan main dengan dia. Jarang dia gelak pada aku bila aku agah dia. Sesekali, dia senyum.
Usia 2 Tahun Doktor Suspek Lana Autisme
1st word Lana, Daddy. Pada usia setahun dia boleh sebut beberapa perkataan.. tapi bukan petah, tapi memang dia boleh bercakap sikit-sikit. Tapi dia macam budak lain, makan, tidur, main, nak susu.
Kemudian, umur Lana 1 tahun 10 bulan, aku lahirkan Luqman. Waktu ni aku nak sangat dia ada kawan bermain. Aku sendiri cuba bermain tapi dia macam dah tak berminat dengan aku.
Jadi ,bila ada adik, aku harap di nak bermain dan happy.
Masa dia umur 2 years, aku mula perasan dia makin lain. Mula menyendiri. Dia mula duduk bawah katil, belakang sofa. Baru aku sedar dia sebenarnya tak bermain mainan dia dengan cara yang betul. Dia main dengan hanya menyusun, memegang ke mana-mana dia berjalan.
Waktu ni aku dah mula macam panik.
Pada usia Lana 2 years, adik Lana 3 months, kami berhijrah ke luar negara. Aku bertambah panik sebab anak aku dah mula tak boleh tolerate dengan bunyi bising, tak boleh nak dibawa ke mall, dah mula baring di mall, dah mula tak respon lansung pada aku.
Salah seorang kawan facebook suggest untuk aku jumpa child psychiatrist. Sebab suspect yang anak aku Autism.
Apa tu? Langsung aku tak pernah dengar.
Anak Aku Lengkap Semua Ciri Autisme
Lepas tu kami balik Malaysia, buat diagnosis. Psychiatrist beritahu aku, anak aku memang lengkap semua ciri Autism. Aku terdiam lama.
Keluar ke tandas, nangis dalam tandas puas-puas.
Kemudian masuk semula ke dalam bilik.
“Ok Dr.. Apa yang patut saya buat sekarang? ”
Dr suggest aku buat therapy di hospital yang sama.
“Aku cakap, kalau saya buat 3 bulan therapy, anak saya boleh jadi normal ke?”
Katanya tak ada jawapan kalau 3 bulan ni boleh atau tidak. Dia tak ada jawapan. Katanya bila makin besar, jadi normal tu tak mungkin. Tapi seakan normal mungkin.
3 Bulan All Out Yang Rasa Nak Mati Sangat
Memang aku All out sangat. Berhabis duit tenaga. 3 bulan yang aku rasa macam nak mati sangat. Struggle gila ke hulu ke hilir.
Sampai ke Gedangsa berulang 4 kali seminggu untuk buat therapy dengan kak Raw. Di hospital 3 kali seminggu.
Lana? Memang dia redha je.
Selepas 3 bulan, aku balik semula ke luar negara.
Mula mencari tempat yang sesuai dengan Lana. Lana? Sama je macam dulu. Boleh la buat puzzle sikit-sikit. Aku? Kecewa gila baq hang. Biasalah, high expectation kan?
Aku usaha macam nak gila tapi itu je perkembangan dia.
Ada ABA program tapi 30k sebulan. Kami tak mampu. Aku cari di Facebook speech and occupational therapist. Aku jumpa 2 orang dari Sri Langka yang buat freelance therapy.
Mr Fazil Vallamparambil dan Meharu Nisha. 2 orang insan ni memang aku banyak sangat belajar dari dieorang.
Sejak dieorang mula buat therapy kat rumah, aku mula mencari ilmu. Mana tak nya, sebulan 6k dah tentu habis untuk beberapa jam seminggu.
Aku cari ilmu sebab nak jimat kos. NIAT pun dah tak betul kan?
Rupanya Allah Beri Aku Satu Ujian Melalui Anak
Tapi dalam mencari ilmu tu la aku dapat jawapan. Dalam belajar dan proses aku ajar anak tu la aku dapat semua jawapan.
Ujian Allah bagi tu bukan pada dia. Tapi untuk diri aku sendiri. Sebab aku sejenis yang tak bersyukur pun pada apa yang Allah beri. Aku tak pernah tak dapat apa yang aku nak. Semua aku nak mesti dapat.
Jadi Allah beri aku satu ujian melalui anak.
Aku lupa nak meminta pada Allah setiap kali aku susah. Aku cari manusia untuk bantu aku. Solat aku hanyalah sekadar solat sebab wajib 5 waktu. Doa aku sekadar nakkan anak bercakap.
Allah beri ujian tu sebab Allah nak kita berubah untuk jadi hamba yang lebih dekat dengan Allah.
Setiap kali aku frust dengan Lana sebab tak ada perubahan, aku nangis teruk sampai tak terurus diri aku. Tak mandi tak makan. Rumah tunggang langgang. Mana boleh kau tahan tengok anak kau cederakan diri dia, hantuk kepala dia, gigit diri dia. Dengan aku sekali dia cederakan.
Tapi aku lupa, Allah ada.
Bila Nampak ‘Anugerah’ Ini, Barulah Segalanya Jadi Mudah
Sampai aku betul-betul nampak kenapa Allah beri anak ni pada aku baru banyak sangat perubahan pada Lana.
Pada usia dia 5 tahun aku mula ajar dia solat. Walaupun tak bercakap tapi aku nak dia dekat dengan Allah sebab Allah saja yang boleh bantu kami.
Bila aku diuji, aku lupa yang tanggungjawab aku bukan pada Lana saja tapi Luqman juga. Anak aku memang ada masalah low self esteem. Luqman pernah mengadu pada cikgu tadika dia rasa aku selalu lebihkan lana. Rasa kena tampar kat muka bila anak mula rasa begitu.
Lana mula bercakap pada usia 7 tahun, setelah aku homeschoolkan dia dan readykan dia untuk mula belajar macam budak lain, dari tak mampu duduk 3 saat sampai boleh duduk 1 jam, dari tak fokus, sampai dah boleh siapkan task aku bagi, Alhamdulillah, aku rasa dia dah ready.
Dan ujian aku bukan habis kat situ. Di sekolah, ujian macam di sekolah. Bukan semua orang terima. Walaupun aku rasa Lana dah ready tapi dia struggle juga di sekolah biasa.
Ada masa dibuli. Ada je budak baling basketball kat kepala dia. Nak mengadu tak reti. Luqman la balik cerita selepas 2 minggu kejadian.
Sekolah? Pun tak ada panggil aku. Anak aku nangis tanpa aku tahu kenapa. Dan pastinya aku tak boleh salahkan siapa-siapa. Sebab ini la cabaran yang anak aku kena lalui dalam hidup.
Manusia kat dunia ni tak semua yang jahat. Tapi ramai manusia yang tak ada empathy pada orang lain. Jadi untuk survive, Lana kena lalui kegagalan sendiri. Tak selamanya aku boleh jaga Lana.
Masuk 7 Tahun Lana Dah Boleh Hafal Al Quran
Dan berkali-kali tukar sekolah. Alhamdulillah, makin besar, makin matang, makin tahu bawa diri, anak aku dah mula boleh ikut peraturan sekolah.
Lana dah boleh terima rutin harian di sekolah. Belajar sama seperti orang lain, menghafal Al Quran sama seperti anak yang lain. Terlalu banyak perubahan pada Lana.
Dalam perjalanan ni, Allah akan temukan dengan pelbagai situasi dan manusia. Ada yang buat kau kecewa, ada yang buat kau gembira.
Tapi, segala apa yang Allah aturkan tu, Allah nak kau ingat betul-betul dalam diri kau yang Allah tak pernah tinggalkan kau, cuma kau yang kadang kala goyah dan lupakan Dia.
Sesekali tergelincir nak marah dan salahkan orang lain. Sesekali rasa orang lain buat kau kecewa. Bila muhasabah diri dan renung semula, tak ada satu pun yang sia -sia apa yang Allah tulis buat kita .
Kalau kau tanya aku sedih ada anak begini?
Jawapan aku, aku happy sangat Allah beri aku anak begini. Kalau dia tak ada aku mesti dah jadi perempuan mereput tak sedar diri lagi kekwat yang lama LUPAKAN Tuhan.
MW : Mendoakan semoga ibu ini, Syahirah Omar dipermudahkanNya sepanjang membesarkan Lana mengikut acuan yang terbaik untuknya.
Sumber/Foto : Syahirah Omar.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cerai Isteri Ketika Hamil, Ini Peritnya Alahan, Bersalin, Berpantang ‘Ex’ Kena Hadam
![Cerai Isteri Ketika Hamil, Ini Peritnya Alahan, Bersalin, Berpantang ‘Ex’ Kena Hadam](https://cdn.mingguanwanita.my/2019/12/89844-05_36_063814.jpeg)
Ketika dilanda konflik rumah tangga kronik dengan isteri yang sedang hamil, wahai suami.. ingatlah bahawa hormon isteri anda ketika itu tidaklah stabil. Amatlah peritnya jika suami cerai isteri dalam keadaan isterinya hamil.
Kerana itu, anda sebagai ketua keluarga seharusnya bertindak wajar, lebih bijak dan perhalusi semula niat untuk melepaskannya. Biarpun, hukumnya harus lafaz cerai yang dilepaskan pada isteri mengandung dan jatuh talaknya, namun dimanakah kewajaran bagi seorang suami.
Apatah lagi, ketika itu isteri sedang mengandungkan zuriat suami dan terpaksa berdepan keletihan malah tekanan perasaan lagi-lagi melibatkan bayi dalam kandungannya.
Lelaki ini, BroOhsem, Akhtar Syamir berkongsi gambaran benar yang isteri hamil lalui. Sungguh prosesnya tak mudah, malah memeritkan.
Ini Sebab Cerai Isteri Ketika Hamil Tak Bertanggungjawab
Cerai isteri ketika hamil. Ini adalah satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab yang boleh dilakukan oleh seorang lelaki.
Apa bezanya waktu lain dan semasa hamil? Kalau anda tak nampak perbezaan ini, maknanya hati dan mata anda sebenarnya telah buta. Sama ada buta ditusuk cinta dan sayang orang yang baru atau sememangnya dilahirkan tidak mengambil berat mengenai isteri.
Ini Yang Jadi Sebaik Isteri Tahu Dirinya Hamil
Proses kehamilan itu bukan sekadar hamil sahaja. Ianya bermula dengan sebelum terjadinya hamil itu. Sebelum hamil itu berdua. Kalau seorang sahaja memang tak jadi. Jadi, selalunya di tahap ini, indah dan seronok.
Kemudian tibalah tahap di mana isteri itu disahkan hamil. Segala hormon di dalam badan isteri berkecamuk umpama kapal yang sedang terbalik. Percayalah pada ketika ini, isteri sangat memerlukan suami.
Makan itu tak boleh, bau ini nak muntah. Kepala sentiasa pening, mood selalu tidak baik. Apabila makan pun tidak terurus, tenaga pun akan berkurangan ditambah pula dengan muntah yang berlarutan.
Di sini datangnya keperluan seorang suami untuk membantu isteri menjalani kehidupan yang normal dengan keadaan sebegitu. Isteri sangat memerlukan sokongan moral kerana pada masa inilah jiwanya terganggu.
Sewaktu Alahan Teruk, Nak Bangun Dari Katil Pun Susah..
Dari segi fizikal pula, si isteri yang mengalami alahan yang teruk tidak akan cukup nutrisi dan zat di dalam badan. Ini kerana isteri tidak berhenti muntah sehingga tidak terkira berapa kali sehari. Suamilah yang patut bantu masak atau menyediakan makanan.
Dari segi pakaian, dari segi kebersihan juga perlu dibantu. Ada kalanya nak bangun dari katil pun satu perkara yang sukar untuk dilakukan seorang diri. Inikan pula mandi. Suami yang prihatin, pasti akan mandikan isterinya.
Waktu Pemeriksaan Kehamilan, Isteri Perlu Sokongan Suami
Kehamilan tidak dapat lari dari kunjungan ke klinik kesihatan. Nampak seperti satu perkara yang mudah. Pergi klinik dan jumpa Doktor. Apa yang susahnya? Jika anda berfikiran sebegini, malanglah isteri anda.
Ini kerana proses pemeriksaan di klinik kesihatan adalah antara perkara yang paling menyusahkan dan memenatkan wanita yang sedang hamil. Dari masa pergi, daftar, menunggu, menunggu dan menunggu hinggalah akhirnya semua proses itu selesai berjam-jam selepas itu.
Itu belum campur jika ada keperluan lain seperti buat BSP yang pastinya memberi lebih tekanan kepada bakal ibu. Tanpa suami, terkontang-kantinglah isteri seorang diri menguruskan semuanya. Jika ada anak kecil pula, pastinya lebih teruk.
Proses menunggu waktu bersalin juga adalah fasa yang memenatkan. Jika tidak sakit, hati pasti akan sentiasa risau dan gundah gulana. Ada pula yang sentiasa rasa sakit tetapi badan tidak bersedia. Pada waktu ini, suamilah yang menjadi tempat mengadu dan menenangkan jiwa. Risau, takut dan ada yang kecewa kerana lebih dari tarikh yang sepatutnya sangat memberi tekanan.
Dalam Dewan Bersalin, Nyawa Isteri Bagi Dihujung Tanduk
Apabila sudah masuk di dalam dewan bersalin. Isteri akan ditinggalkan keseorangan memikir seribu persoalan di dalam kepala. Adakah semuanya akan selamat?
Bagaimanakah anak aku nanti? Pada waktu itu, sangat penting bakal ibu ditenangkan oleh suami.
Saya sendiri luka di tangan akibat digenggam dengan kuat oleh isteri. Biar dia luka, biar saya sakit. Saya tahu itu hanya secebis sahaja kesakitan yang isteri sedang alami.
Saat meneran juga antara saat yang terpenting dalam proses kelahiran. Nyawa isteri berada di hujung tanduk. Kekuatan bukan datang dari diri sendiri lagi kerana semuanya telah habis digunakan.
Kesakitan yang dialami tiada tolok bandingnya. Jika semua suami boleh merasai kesakitan itu, saya jamin tidak akan ada yang tergamak melayan isteri dengan buruk. Cuba bayangkan anda digunting dan dijahit tanpa bius. Bayangkanlah.
Selepas Bersalin, Luka Jahitan Ambil Masa Nak Sembuh
Selesai bersalin, masa pemulihan pun bermula. Jahitan akibat digunting perlu ambil masa untuk pulih. Si ibu akan sibuk menguruskan bayi. Jalannya tidak teratur. Langkahnya singkat. Perlu sentiasa berhati-hati kerana jika kesannya amat buruk jika tersilap langkah.
Jika ada anak lain pula yang perlu diuruskan, sememangnya satu tugas yang perit. Mungkin ada yang boleh buat semuanya, tetapi ramai yang benar-benar tidak mampu. Mana nak jaga diri, mana nak jaga anak lagi.
Masa Berpantanglah, Risiko Meroyan Boleh Terjadi
Faktor gangguan emosi juga sering terjadi selepas bersalin. Terlalu banyak kes depresi yang terjadi. Ada yang terlalu teruk sehingga timbul perasaan untuk mencederakan anak. Allahuakbar. Jika tiada peneman, tiada yang menenangkan, akibatnya amatlah buruk.
Begitulah serba sedikit perjalanan dari awal sehingga selepas hamil. Ini hanya sedikit gambaran kasar. Hanya yang melaluinya sahaja tahu betapa sukarnya mengandung dan melahirkan anak.
Manusia biasa pasti tidak tergamak membiarkan isteri melalui semua itu seorang diri. Manusia yang berakal akan cuba membantu sebaik mungkin untuk memudahkan segala urusannya. Perlu ingat, mereka jadi seperti ini disebabkan suami juga. Jadi, bertanggungjawablah atas perbuatan itu.
Kejamnya Lelaki Yang Menceraikan Isteri Semasa Hamil
Inilah sebabnya kenapa saya kata, lelaki yang menceraikan isterinya semasa hamil adalah lelaki yang sangat tidak bertanggungjawab. Tidak kiralah anda siapa. Anda seorang yang kejam.
Tidak kira perpisahan itu atas sebab apa. Sebagai seorang suami yang bersama-sama semasa proses bermulanya kehamilan, ianya perlu diteruskan sehingga selesai kesemua proses itu. Bukan ditinggalkan begitu sahaja.
Semoga kita dijauhkan dari keadaan seperti ini. Hargailah isteri anda. Tiada siapa yang boleh melahirkan zuriat sendiri selain isteri. Jadilah manusia yang bertanggungjawab.
Kongsikan penulisan ini buat pedoman semua. Ini bukan soal menyibuk hal rumah tangga orang lain. Ini soal memberi kesedaran. Jika tiada siapa yang beritahu, tidak semua akan faham apa yang isteri lalui.
MW : Jangan ingat wanita hamil ini semua kuat, mungkin hatinya kata kuat. Tapi siapa tahu apa yang ‘baby’ dalam perut itu sedang alami. Fikirlah sedalamnya sebelum buat keputusan mahu cerai isteri semasa hamil.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir, yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI