Kid Mai Death Café

Setiap kafe pastinya mempunyai konsep dan strategi pemasaran tersendiri dalam menarik para pelanggan untuk datang berkunjung.Lari daripada tema kebiasaan yang mengetengahkan konsep ceria, romantis dan menenangkan, sebuah kafe yang terletak di utara Bangkok mempunyai sebab tersendiri memperkenalkan konsep ‘kematian’ dalam mempromosi perniagaan mereka.

Dekorasi Kafe

‘Kafe kematian’ Kid Mai menampilkan dekorasi menyerupai majlis pengebumian di mana keseluruhan kafe di cat warna hitam, mempunyai keranda putih serta dihias dengan kalungan bunga yang biasanya dihadiahkan kepada keluarga si mati.Skeleton juga ditempatkan ditengah-tengah kafe bagi mengingatkan pengunjung bahawa kematian boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Kid Mai Death Café”, Kafe Berkonsep Kematian Di Bangkok Cetus Kelainan

IKLAN

Keunikan Nama Menu

Menu minumannya pula mempunyai nama seperti ‘kelahiran’, ‘penuaan’, ‘kesakitan’ dan ‘kematian’. Malah untuk mendapatkan diskaun istimewa, pengunjung boleh berbaring di dalam keranda yang disediakan sambil mengambil gambar sambil memikirkan saat-saat bagaimana menghadapi kematian mereka nanti.

“Kid Mai Death Café”, Kafe Berkonsep Kematian Di Bangkok Cetus Kelainan

IKLAN

Pemilik kafe unik tersebut, Veeranut Rojanaprapa yang juga seorang profesor dan penyelidik sosial berkata pemilihan konsep kematian lebih daripada sekadar gimik. Konsep ini dipilih untuk mengingatkan masyarakat supaya menghargai kehidupan yang singkat ini,memberi kesedaran terhadap kematian serta menggalakkan masyarakat untuk berbuat baik.

IKLAN

Jadi jika berkesempatan datang ke Bangkok, boleh cuba datang ke sini dan rasai sendiri pengalaman di kafe kematian ini.

Sumber: Sinar Harian & thesun

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI