“Ketika Sihat Dulu Bersama, Apabila Sakit Saya Tak Mahu Meninggalkannya” itulah niat murni dan nekad seorang suami yang menjaga isteri yang sedang lumpuh.
Kisah isteri setia disamping suami ketika sakit mungkin perkara biasa. Tapi kisah suami yang setia disisi isteri disaat suri hati sakit mungkin jarang sekali berlaku. Apatah lagi sakit yang tidak diketahui kesembuhannya, ia boleh dianggap pengorbanan yang luar biasa.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Namun kasih sayang setulus hati suami ini tidak sesekali memudarkan rasa cinta dan rasa terbeban pada isterinya.
Isteri Lumpuh Sejak 3 Tahun Lalu
“Kasih sayang kepadanya tidak pudar, tidak terbeban uruskannya,” kata Kharudin Hamzah yang terpaksa berulang alik dari tempat kerja ke rumah setiap tengah hari bagi memastikan keperluan isteri terurus.
Khairudin, 58, menjaga isterinya, Hasmah Mohd Idrus, 55, yang lumpuh separuh badan sejak tiga tahun lalu dan anak lelaki tirinya berusia 33 tahun yang mempunyai masalah pembelajaran.
Hasmah yang sebelum ini berniaga nasi lemak diserang angin ahmar dan lumpuh separuh badan bahagian kanan, selain turut mempunyai penyakit darah tinggi serta kencing manis.
“Ayat terakhir isteri panggil ‘abang’ sebelum badannya lembik. Dia menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku dalam kepala dan koma dua minggu, tetapi kini sudah hilang upaya dan bicaranya juga sudah tidak selancar dahulu.
“Namun, semua itu tidak melenyapkan rasa kasih saya kepadanya. Saya akan terus jaga walau sesukar mana pun kehidupan kami kerana ketika sihat dulu, kami bersama dan apabila dia sakit saya tidak mahu meninggalkannya,” katanya.
Dia ditemui ketika dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Belanja, Khairudin Abu Hanipah yang turut menyampaikan sumbangan di Kampung Padang Bola, di sini, semalam.
Ads
Uruskan Isteri Setiap Hari
Khairudin yang patah kaki kanan selepas kemalangan motosikal di Bukit Berapit pada Ogos tahun lalu, berkata dia akan memberi makan dan minum, memandikan serta menukar lampin pakai buang isterinya setiap hari.
“Saya ambil upah sebagai tukang dan kerja kampung, jadi tidak setiap hari berkerja. Namun apabila keluar bekerja, saya akan balik rumah pada tengah hari untuk beri isteri makan.
“Pembedahan memasukkan besi dalam kaki saya yang patah ditangguhkan kerana situasi pandemik ketika ini. Kalau ikutkan, kaki tak berapa kuat, tapi saya gagahkan juga diri demi keluarga, sekarang bertukang pun buat kerja ringan,” katanya sambil memberitahu pendapatannya tidak menentu, sekitar RM700 sebulan.
Dia mendapat bantuan susu dan lampin pakai buang setiap tiga bulan sekali daripada Baitumal, selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
Sementara itu, Khairudin berkata, keluarga berkenaan antara penduduk kurang berkemampuan di kawasan Belanja yang sering dibantu pihaknya melalui bantuan kewangan dan kotak makanan, selain lampin pakai buang dan wang tunai semalam bagi meringankan beban mereka.
Mingguan Wanita:Besar pengorbanan suami ini susah senang bersama, tetap setia menjaga isteri sakit dan tak pernah rasa terbeban dengan keadaan tersebut. Semoga kasih sayang pasangan ini berkekalan hingga ke syurga.
Setiap daripada kita inginkan rumah tangga yang bahagia dan diberkati. Namun tidak semua bernasib baik. Indahnya sesebuah rumah tangga pabila masing-masing tahu dan jalankan tanggungjawab masing-masing.
Jika sebaliknya, maka pincanglah rumah tangga yang dibina. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan apa kesannya jika rumah tangga tidak lagi seindah yang diimpi:
Antara nikmat, ujian dan musibah dalam perkahwinan…
Perkahwinan adalah sesuatu yang indah… Indah bagi mereka yang menjalankan tanggungjawab masing-masing… Indah bagi mereka yang melaksanakan kewajipan masing-masing… Indah bagi mereka yang memahami tugas masing-masing…
Buat tiga perkara ini, iaitu tanggungjawab, kewajipan dan tugas masing-masing dalam perkahwinan tersebut, maka perkahwinan itu adalah sebuah nikmat untuk mereka syukuri…
Pincang salah satunya, maka perkahwinan mereka adalah sebuah ujian… Ujian kekuatan, ujian kesabaran, ujian ketabahan, ujian kesetiaan, ujian air mata dan sebagainya… Mereka diuji dengan pasangan yang tidak bertanggungjawab, tidak melaksanakan kewajipan dan tugas yang Allah SWT sudah amanahkan pada bahu mereka…
Cara Allah SWT “menegur” pasangan sebegini ialah dengan memberikannya musibah yang berbentuk seperti bala…
Rezeki sempit, hutang keliling pinggang, gaji tidak naik, urusan harian menjadi sukar, hati tak tenteram, selalu jatuh sakit, harta benda asyik rosak, ada saja perkara yang berlaku dalam kehidupan hariannya yang membuatkan kehidupan tak bahagia dan tenang seperti orang lain…
Bala yang dihantar Allah SWT ini adalah satu bentuk teguran untuk menyedarkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan dalam alam perkahwinan itu yang mana ianya telah menyebabkan berlakunya penganiayaan atau kezaliman pada pasangan…
Buat baik dalam perkahwinan, kita dapat nikmat… Buat sebaliknya dalam perkahwinan, maka tunggulah “teguran” Allah SWT dalam bentuk musibah untuk diri kita…
Pilihan di tangan anda…
MW: Jika mak, ayah inginkan perkahwinan diberkati, berbuat baiklah pada pasangan dan tunaikan tanggungjawab sebaiknya. Barulah rumah tangga aman dan bahagia. Insyallah.
Bila mana sebut pasal suami merokok, bukan sedikit respons yang MW terima daripada suri hati suami perokok ini. Rata-rata begitu mengharapkan suami ‘tolonglah berhenti merokok.’
Sebab isteri nampak, betapa bahayanya asap rokok pada penghidu. Bahaya dekat paru-paru anak, paru-paru isteri malah sesiapa saja yang dekat dengan perokok.
Samalah halnya dengan isteri ini, Tengku Nur Syahaneim yang berdepan getir ujian sewaktu suami dalam usaha nak berhenti merokok.
Macam-macam Usaha Buat Nak Bagi Suami Berhenti Merokok, Akhirnya..
“Alhamdulillah..”
Banyak menda dah cuba buat dari dulu sampai sekarang nak suruh suami berhenti merokok. Tapi asyik tak jalan je.
“Sekarang alhamdulillah, baba dah berjaya berhenti hisap rokok.”
“Isteri mana tak happy kan suami dah tak hisap rokok.”
Kenapa Hanim suruh dia berhenti merokok sebab dia asyik batuk. Batuk je.. Makan ubat pun tak baik batuk tu sebab merokok lah..
“Memang susah dia nak berhenti rokok.. Sampai demam-demam lah.”
Tapi Baba kuat lawan nafsu nak hisap rokok tu.
Mula Nak Berhenti, Hari Hari Suami Marah, Demam Menggigil 3 Hari
“Mula-mula nak berhenti hari-hari Hanim kena marah dengan dia. Macam dia buat menda tu semua tak kena.”
“Sebab gian nak rokok tu.” Tapi sekarang tak dah.
Bagi lelaki kat luar sana yang cakap susah nak berhenti dari merokok memang Hanim percaya tapi kalau korang tak bersungguh-sungguh nak berhenti rokok memang tak akan menjadi.
“Korang kena niat tu betul nak berhenti rokok sampai bila-bila.” Orang tersayang kena bagi semangat dan dorongan..
“Ahmad Radzi.. ibu buat semua sebab ibu tak nak tengok baba batuk-batuk dah. Mencabar jaga Baba masa Baba nak berhenti rokok. Demam menggigil-gigil 3 hari berturut-turut.
“Kena marah selalu dengan Baba..”
Rasa lepas Baba berhenti rokok ni jimat sikit duit bulan ni kan.
Kata kan tak nak kepada rokok.
Mak-mak di luar sana, bantu dan sokonglah suami yang sudah mula pasang niat mahu berhenti merokok. Anda orang terdekat yang paling disayanginya, jadi jangan putus asa ya.
Ada ke mak-mak yang berpantang tetapi pulun makan ikan masin dengan nasi panas-panas sampai tak ingat dunia? Isyh, lulus ke makan ikan masin sewaktu dalam pantang? Sesetengah orang kata boleh tetapi ada yang melarang!
Ini yang Puan Mira Baharin cuba kongsikan, jom semak apa kesannya jika makan waktu berpantang…
Ehhh… ikan masin. Sedapnyaaaa! Makan dengan nasi panas-panas, cicah sambal tarukkk budu. Fuhh nikmat gaisss.
Tapi. Tapi. Kalau dalam tempoh berpantang bersalin, ada sahaja yang makan ikan masin dengan nasi kan?
So, kakyaa nak share sendikit ilmu berpantang dengan semua.
Mengikut sesetengah petua orang melayu, ibu dalam pantang di beri green light dengan memakan ikan masin semasa berpantang.
Tahu kah? kesan yang boleh dapat makan ikan masin dalam pantang boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk. Dan yang paling dosa besar, boleh melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.
Kesan 1
Bila dah namanya ikan masin, mestilah berkait dengan garam sebab itu adalah bahan utama dalam proses buat ikan masin.
Kesan Buruk
Boleh membuatkan rambut keguguran jika diambil dalam kuantiti yang besar.
“Apabila garam dimakan dalam kuantiti yang besar, ia boleh menjadi toksik kepada rambut anda, dan menyekat nutrien penting daripada memasuki folikel rambut anda dan nutrien ini adalah sangat penting untuk kesihatan rambut anda. Apabila folikel rambut anda dilucutkan nutrien, ia perlahan-lahan boleh menyebabkan keguguran rambut berlaku. – sumber ”
Kesan 2
Seperti ramai yang tahu, jika banyak garam dalam diet adalah sangat tidak baik untuk orang yang mempunyai darah tinggi. Dan yang yang paling penting makanan yang tinggi kandungan garam boleh menyebabkan badan dehidrate.
Zat makanan yang tidak cukup dan dehirasi boleh menjejaskan bekalan susu ibu.
Hope. Perkongsian kakyaa ni dapat membantu mom-mom bakal jadi mom. Dan yang ibu yang sedang berpantang sekarang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...