Kena scam, dail cepat 997. NSRC berjaya sekat duit kurang 4 minit dari mangsa hubungi. Ramai yang menjadi mangsa scammer dan sering berputih mata kerana tidak mendapat semula wang yang dirompak.
Penipuan melibatkan scammer ini bukan sedikit jumlahnya tetapi mencatat kerugian sebanyak RM362 juta melibatkan 10,468 kertas siasatan dibuka berhubung kes jenayah dalam talian dalam tempoh Januari hingga Jun lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dalam sidang dewan rakyat baru ini memaklumkan, daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,169 pertuduhan telah pun dilaksanakan membabitkan jenayah scammer bagi tempoh yang sama.
Memandangkan jenayah scammer tiada penghujungnya, penubuhan NATIONAL SCAM RESPONSE CENTER (NSRC) baru ini dilihat mampu memberi sinar buat mereka yang menjadi mangsa.
Kejayaan NSRC yang ditubuhkan 14 Oktober lalu, mula menunjukkan hasil apabila pasukan NSRC berjaya menyekat duit dari dikeluarkan dari bank secepat 4 minit selepas mangsa menghubungi nombor 997.
Dari satu perkongsian di fb, difahamkan, pihak NSRC berjaya menyekat pengeluaran duit dalam tempoh 4 minit selepas mangsa dail 997.
“Semalam ada case scam, mangsa telah call NSRC di talian *997*. Alhamdulillah, duit transfer dari akaun mangsa ke akaun bank lain telah berjaya disekat dan dalam proses pemulangan semula ke akaun mangsa scam. Proses sekatan berjaya dilakukan dalam tempoh 4 minit dari waktu mangsa call NSRC di *997*.
Apa dia NATIONAL SCAM RESPONSE CENTER (NSRC)?
Ads
NSRC ialah pusat panggilan yang ditubuhkan bagi membantu menyekat pengaliran wang mangsa penipuan siber.
#NSRC adalah sebuah pusat respons setempat yang menggabungkan sumber dan kepakaran daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), nstitusi-institusi perbankan serta syarikat perkhidmatan telekomunikasi bagi menerima laporan daripada mangsa-mangsa penipuan siber.
Mangsa penipuan siber boleh terus menghubungi talian bank masing-masing (operasi 24 jam) atau talian NSRC di talian 997 (operasi 8.00 pagi hingga 8.00 malam – Setiap hari) jika menyedari menjadi mangsa scam.
Pastikan anda mempunyai butiran maklumat insiden kejadian, maklumat komunikasi serta transaksi yang dilakukan seperti :-
1.NOMBOR TELEFON ORANG YANG MENGHUBUNGI KITA. Cara perhubungan sama ada panggilan telefon, panggilan Whatsapp, SMS dan lain-lain.
2. Masa dan tarikh panggilan diterima.
3. Maklumat akaun bank seperti nombor akaun bank dan nama pemilik akaun.
Ads
4. Masa, tarikh dan amaun transakSi yang dilakukan. Jika lagi cepat buat panggilan ke 997, mungkin wang anda masih boleh diselamatkan.
NSRC adalah gabungan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), institusi perbankan dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi.
Namun begitu, orang ramai dinasihatkan agar terus peka dan waspada dengan helah scammer. Jangan jadi mangsa scam!
Hubungi 997 jika anda merupakan mangsa penipuan siber (Macau Scam, Love Scam, E-Dagang, Pinjaman Tidak Wujud …) dan anda baru sahaja membuat transaksi ke akaun keldai. Sila alert agar tak jadi mangsa scam seterusnya.
Memeluk agama Islam adalah satu nikmat yang terhingga. Bukan sekadar dengan lafaz sahaja tetapi kita perlu jalani hidup sebagai muslim yang istiqamah dan belajar menjadi hamba yang kekal beriman. Itulah cabaran yang dilalui oleh Tham Mei Shan atau nama Islamnya Ilannur Afia Tham Mei Shan, 30 tahun selepas memeluk agama Islam lapan tahun yang lalu.
Tertarik Dengan Pergerakan Solat
Wanita yang berketurunan Baba Nyonya ini mengkagumi satu sikap budaya Melayu Islam iaitu mereka ini banyak beradab dan layanan seperti keluarga dan saudara sendiri. Kadang-kadang, semasa duduk bersama dengan kawan-kawan, dia selalu bertanya tentang Islam
“Pernah saya tanya soalan berkaitan pahala. Bagi saya darah berbangsa Cina ini fikirannya nak “untung” je. Saya tak tahu kenapa saya terikat dengan perkataan “pahala” itu macam dapat ganjaran besar pula, padahal tak nampak apa pun,” kata anak sulung daripada tiga orang adik beradik.
Semasa menuntut di UUM, Ilannur menerima private message bertanyakan tentang dirinya seorang Muslim atau tidak? Dari situlah, dia banyak berkongsi dengan pelajar senior ini tentang Islam.
“Kak Mira inilah yang banyak mengajar saya tentang Islam, menunjuk buku agama di Pusat Islam UUM dan menghadiahkan buku tafsir Quran pada saya. Pernah dia beritahu, dengan berzikir sambil berjalan pun dapat banyak pahala, sekecil-kecil perkara kebaikan kita lakukan pun dikira pahala. Saya tertarik lagi berkenaan ‘pahala’,” kata Ilannur yang menguatkan lagi untuk dia dalami Islam.
Hilang Rasa‘Bebanan’
Akhirnya, tanggal 11 Mac 2012, Ilannur mengucapkan syahadah di Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah dalam usia 22 tahun. Saat itu, terasa apa yang terbeban di kepala, di fikiran dan di hatinya terus hilang.
“Sebelum lafaz, perasaan takut dan segala bagai bermain di fikiran terutamanya penerimaan keluarga. Namun, selepas syahadah, semua perasaan itu terus hilang perasaan itu,” katanya yang menyambut syahadah tanpa ragu-ragu dan paksaan.
Pada masa yang sama, Ilannur merasakan terlalu banyak yang perlu dia pelajari dan masih berusaha untuk menimba ilmu.
“Saya lebih kepada kunjungan kelas mengaji Quran, ke kelas ilmiah dan kuliah, ceramah agama, bacaan dari buku-buku dan jika ada masa saya pergi melibatkan diri aktiviti NGO. Kawan-kawan juga banyak membantu dalam proses pembelajaran ini,” katanya lagi.
Bersama dengan kawan-kawan usrah.
Bertudung Balik Kampung
Sebaik memeluk Islam, Ilannur kuatkan diri untuk menghubungi ibunya dan memberitahu hal sebenar. Ibunya tidak cepat melantang atau marah, sebaliknya banyak mendiamkan diri. Cuma ibu Ilannur tidak tahu bagaimana untuk memberitahu kepada ayahnya yang sukar untuk terima kenyataan.
“Semasa cuti semester, saya pulang ke kampung dengan mengenakan tudung. Saya memohon maaf pada orang tua. Alhamdulillah, lama-kelamaan, mereka bleh menerima dan saya yakinkan kepada mereka, walaupun beragama Islam, saya tetap anak mereka dan tanggungjawab tetap sama,” katanya yang memberitahu, ayah sanggup membuat pair air bagi memudahkan Ilannur mengambil wuduk.
Hubungan dengan keluarga tidak pernah putus.
Dikurniakan Hidayah
Selepas lapan tahun lebih menjalani hidup sebagai seorang muslim, Ilannur merasakan banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupannya. Dia bersyukur atas kurniaan hidayah untuknya. Pada masa yang sama, suaminya, Ulil Amri Salim, 30 tahun, banyak mengajar dan memberi sokongan motivasi tentang hal-hal agama.
“Suamilah yang sentiasa memberi kata-kata semangat, apabila timbul rasa putus asa dan saya banyak belajar sikap dan tingkah laku positif ini daripada suami saya,” katanya yang berkahwin pada Disember 2015.
Apa yang diharapkan oleh Ilannur agar ibu dan adik bongsunya dikurniakan hidayah dan terbuka hati untuk merasai nikmat Islam. Malah, adik lelakinya turut kembali kepada agama fitrah pada Mac 2019.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri merangkap seorang ibu ini, Marlia Ramli memberi pesanan kepada para gadis muda di luar sana, bahawa percintaan itu bukan sekadar janji tapi perbuatan yang perlu disegerakan.
Rentetan daripada sebuah perkongsian video ‘empat bulan bercinta, gadis terharu pakwe janji suap makanan sampai tua.’ Kerana, sebagai wanita malah ibu yang berpengalaman, beliau menyampaikan pesan kepada para gadis di luar sana.
Wahai gadis! pasangan adalah mereka yang akan bersama-sama dengan anda, bukan semata mahu menjadi ‘baby sitter’ (pengasuh) anda.
Bukan Sekadar Janji
Kita nak life partner, bukan baby sitter girls! Jangan biasakan diri suka dilayan seperti bayi sentiasa.
Empat purnama tak sama dengan empat tahun berumahtangga. Berhenti berharap sesuatu yang realitinya bakal melukakan.
Ni lah akak tak berkenan acah-acah berpura bodo demi sebuah jodoh. Percayalah dik, arjuna bijak suka memiliki gadis yang bijak juga.
Jangan teruja dengan pakwe yang janji nak suap makan sehingga tua.
Terujalah dengan pakwe yang siang malam bekerja untuk menghalalkan anda segera. Katanya : I tak sanggup lagi bernafas hatta seinci tanpa You di sisi.
Terujalah dengan pakwe yang biarpun Bapak kita serupa singa, dia sanggup datang meminta sebuah hubungan bakal direncana. Katanya : I rela Bapak You baham demi memperisterikan You sebagai Suri.
Terujalah dengan pakwe yang sedang siapkan sebuah rumah untuk kita diami tanpa perlu risau keselamatan dan aurat kita. Katanya : Kita tinggal di rumah kecik pun tak pe, janji bangun pagi I dapat tengok muka You.
Terujalah dengan pakwe yang hari ini sedang mempersiapkan diri untuk menjadi imam kita. Katanya : Masa PKP senang… Kita boleh solat sama-sama gituuu…
Terujalah dengan pakwe yang mula buat senarai kira-kira ekonomi keluarga. Katanya : Lepas kawen mudah I nak rancang sediakan nafkah keperluan You. Rumahtangga bukan seperti kisah dalam drama petang-petang dik. Realitinya jauh lebih besar berbanding setakat soal suapkan makan.
Belajarlah bahawa: cinta itu BUKAN SEKADAR JANJI namun perbuatan yang perlu segera dihalalkan.
Salam sayang, you love me? Make it halal for me
#marliaramli_loves
#kongsiilmu
#learnfromobservation
Ini cara paling senang dan cepat nak masak pulut. Tak perlukan santan pun. Tapi pulut tetap dimasak dengan lembut dan tak mentah. Perkongsian daripada Cik Puan Roza Zukri ini bakal memudahkan kerja mak-mak di dapur
Rujuk Nombor Pada Gambar
1. Basuh pulut macam biasa. Kemudian bubuh ja air banyak mana pun. Tak perlu sukat airnya. Dah tu letak ja atas dapur gas..ingat dapur gas ya, bukan periuk elektrik.
Nota: Pulut tu sebenarnya tak perlu nak rendam dulu ya.
2. Masak sampai air mendidih. Jangan biar mendidih lama-lama nanti pulut lembik. Lepas mendidih tutup api.
3. Angkat periuk buang air didihan tu.
4. Bila dah buang air didihan, masak pula dengan periuk elektrik. Jangan lupa tekan butang perituk tu. Nanti tak masak la pulut hampa tu.
Nota: Masa ini dah tak perlu bubuh air dah . Jangan pula masukkan air lagi. Nanti pulut lembik jadi macam bubur.
5. Dalam beberapa minit ja dah masak. 15 minit pun tak sampai.Dalam 10 minit macam tu ja dah masak.
Hasilnya
Memang elok, tak keras, tak mentah dan tak lembik. Lembut saja.
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.