Khas buat mak-mak penggemar rasa coklat dan keju, boleh cuba resipi kek batik cheese lemak berkrim yang sangat sedap ini. Gandingan rasa pahit coklat dan lemak manis keju, menjadikan rasa kek ini cukup sempurna! Dimakan pula waktu sejuk-sejuk memang terbaik! Paling penting cara membuatnya cukup mudah, malah lebih jimat berbanding jika dibeli.Boleh lah mak-mak nak buat untuk hari istimewa ketika harijadi, kenduri, jamuan dan sebagainya nanti.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ain Aziz ini;
Bahan-Bahan (Kek Batik):
250g Butter
1/2 Tin Susu Pekat (Kalau tak suka manis sangat letak suku, ikut pada tahap kemanisan anda) @malaysiamarigold
1 Paket Milo 200gm (Paket paling kecik) @milo_malaysia
1 Sudu kecik Esen Vanila
1 Paket Biskut Marie (Dipatah-patahkan)
Ads
Bahan-Bahan (Cream Cheese):
250g Cream Cheese tatura
Sedikit Susu Dutchlady @dutchladymy
3 Sudu Besar Susu Pekat (ikut pada tahap kemanisan anda)
Sedikit Perahan Lemon (Dalam video takde,terlepas pulak)
Bahan Lain
* Loyang 8×8 & Baking Paper
* Koko Powder (Untuk atas Cream cheese)
** Kena pandai adjust manis ikut rasa anda. Kalau kek batik dah manis, kurangkan sikit manis cream cheese. Untuk rasa balance, atas hiasan cream cheese letak koko powder. Kek batik cheese kena letak dalam peti ais belah bawah selama 3-4 Jam. Untuk senang potong & cheese tak cair.
Ads
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak boleh buat sendiri di rumah lebih jimat dan puas hati, anak-anak pun mesti suka!
Mi segera, makanan popular dan cepat dimasak. Kalau zaman belajar, inilah makanan yang dicari, lebih-lebih lagi kalau duit belanja tak berapa nak ada. Peliknya, makanan ini sangat didukai oleh semua peringkat, dari kanak-kanak sampailah dewasa.
Kalau masa belajar, hanya rendam dengan air panas. Agak-agak dah masak teurs masukkan perencah. Kalau jenis rajin, didihkan air dan masak mi selama 3 minit. Siap sedia untuk dimakan. Senang dan cepat sangat.
Merebus cara ini adalah salah. Ini kerana kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul
MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.
Perkara lain yang mungkin kita sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mi itu disalut dengan pengawet makanan. Pengawet makanan amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.
Inilah yang diperkatakan oleh pakar kesihatan, Dr. Zubaidi Ahmad yang menyarankan agar pengambilan mi segera dikurangkan kerana ia boleh mengundang penyakit kronik terutamanya disebabkan bahan daripada serbuk perasa.
Jika tiada pilihan lain atau tiada makanan lain, barulah jadikan mi segera sebagai makanan pilihan terakhir. Kalau tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh daripada penggunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah.
Mi segera adalah makanan berproses dan bukanlah makanan yang sihat. Jika pengambilan lebih daripada tiga kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.
Apa itu MSG
Biasanya cara kita memasak mi segera adalah dengan meletakkan mi itu ke dalam periuk dan kemudian masukkan air, serbuk perasa dan biarkan kesemua bahan mendidih selama tiga minit lalu siap untuk dimakan. Sebenarnya kaedah memasak mi segera itu salah.
Sebenarnya, dengan cara ini, kita telah merebus bahan-bahan yang ada di dalam serbuk perasa terutamanya Monosodium Glutamate (MSG) yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan ia menjadi toksik.
MSG ialah sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan terhadap makanan yang diletakkan MSG di dalamnya. .
Walaupun MSG tidak membunuh kita secara mendadak, tetapi ia membunuh kita perlahan lahan.
Selain MSG, perhatikan bahan-bahan kimia sintetik yang menjadi racun dalam makanan kita.
1- Perasa
2- Pewarna
3- Penaik
4- Penstabil
5- Pemanis
6- Pengawet
Jadi berhati-hati ketika memilih makanan kita.
Cara Masak Betul
Cara masak mi segera yang betul
Beberapa langkah yang betul untuk memasak mi segera:
1. Rebus mi segera di dalam periuk yang berisi air.
2. Setelah mi masak, toskan dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet.
3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.
4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan dan ketika air masih sangat panas masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut untuk membuat sup mi.
5. Sekiranya, anda inginkan mi kering, masukkan serbuk perasa ke dalam air, masukkan mi dan toskan untuk mendapatkan mi kering tanpa kuah.
Mingguan Wanita : Hati-hati, jangan jadikan amalan.
Nak goreng ikan pun ada petua dan tipnya barulah ia tak berbau hanyir atau melekat di kuali. Asam keping pula memang banyak kelebihannya. Selain di masukkan dalam masakan, rupanya ada fungsi lain bila masukkan sedikit asam keping dalam minyak panas yang digunakan untuk menggoreng ikan nanti.
Ia petua masakan untuk menjadikan ikan tak berbau hanyir atau melekat pada kuali.Bukan apa, lebih-lebih lagi jika guna kuali biasa ikan memang mudah melekat pada kuali, malah payah pula nak cuci nanti.
Petua dapur ini dikongsikan oleh Puan Ameerasendiri daan boleh dijadikan panduan.
Petua mengoreng ikan supaya tidak berbau hanyir dan tidak melekat di kuali.
Cara-caranya ada di setiap gambar.
Panaskan minyak.
2.Letakkan 5-6 keping asam keping.
3.Terus masukkan ikan.
4.Nah ini hasilnya. Tidak melekat dan tidak berbau hanyir.
Memang cantik kejadian Kek Sarang Semut yang dikongsikan ini. Guna sukatan cawan malah bakar guna dapur gas je, memang mudah! Tak perlu guna alat penimbang untuk sukat bahan-bahan, takde oven pun boleh buat Kek Sarang Semut cantik macam ni.
Kek Sarang Semut antara kek ‘lejen’ orang dulu-dulu. Kena ikut sukatan dan teknik yang betul barulah menjadi ‘sarang’nya.
Ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Iedaa Jahaya ini sebagai panduan;
Alhamdulillah..bersarang. Semut je belum tengok, kalau dah dah hinggap dah ni.Saya guna sukatan cawan pulak. Kek sarang semut bakar guna dapur gas je.
Bahan Ayak:
1cawan tepung gandum
1cawan tepung ubi
1/2sdm baking soda
1/2sfm baking powder
*Ayak dan ketepikan dulu
Untuk Karamel
1 1/4cawan gula pasir
300ml air panas
Masak gula pasir api sederhana. Jangan kuat takut hangit karamel. Kacau hingga gula larut dan cair.Jangan nampak sikit pun ketulan gula dalam tu.
Kemudian masukkan air panas dan tuang sikit-sikit, sambil kacau. Jangan tuang sekali gus. hati-hati sebab panas. Kacau-kacau hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan dulu.
Dalam bekas lain
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat
Esen vanilla
Pukul guna whisk je selama 1 minit camtu atau hingga sebati.
1/2cawan buttercup yang telah dicairkan dulu. Ketepikn sekejap.
Selepas pukul telur, masukkan sikit-sikit bahan ayak tadi berselang seli dengan gula karamel tadi dan buat hingga habis.
Kacau hingga sebati kemudian tuang butter cair tadi sikit-sikit sambil kacau hingga sebati.
Untuk bakar, guna nonstick pan saiz besar ya untuk senang nak masuk loyang.
Sapu loyang 9 inci dengan marjerin atau butter. Tapis masukkan adunan ke dalam loyang.
Letak loyang ke dalam nonstick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu ye .(Panaskan kuali 7, 8 minit terlebih dahulu).
Mula membakar selama 20 minit tak perlu ditutup.
Bila kek dah nampak kembang membuih sambung bakar dengan terus menutup kuali.Guna api perlahan je terus membakar selama 45minit.
Bila kek dah masak tunggu sejuk baru potong.
Nota:
Kalau guna oven guna panaskan oven 10 minit.Bakar guna api bawah suhu 180 selama 40minit.Kemudian tukar api atas bawah 10minit atau hingga masak,letak dekat bahagian bawah sekali.
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak buat kek sarang semut yang elok menjadi cantik ‘sarangnya’. Guna sukatan cawan je dan boleh bakar atas dapur gas. Mudah dan sedap!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...