Kehidupan Adalah Perjalanan Ke Syurga, Kena Rancang Dan Buat Persediaan

Kehidupan kita di dunia ini hanya sementara. Persinggahan sebelum ke negara abadi. Andai kita menjadikan syurga matlamat destinasi terakhir, kita perlu merancang dan berusaha supaya mampu mencapai matlamat tersebut.

Segalnya bermula dengan kehidupan. Ikuti perkongsian ini.

Pada saya kehidupan itu ada sebuah perjalanan yang di dalamnya wujud berjuta-juta perjalanan.Mudahnya, setiap apa yang kita lakukan merupakan satu perjalanan.

Ini kerana setiap perjalanan itu mempunyai titik mula dan titik akhir. Manakala setiap aktiviti yang kita jalani juga merupakan satu perjalanan sebuah hubungan. Bermula dari kita bangun pagi yang juga merupakan titik mula kehidupan seharian kita hingga kita memejamkan mata untuk merehatkan segala anggota di malam hari.

Titik Akhir Perjalanan Seharian

Tidur adalah titik akhir perjalanan kita dalam sehari. Meskipun begitu, kita perjalanan kita sehari itu, kita mempunyai banyak perjalanan. Makan tengah hari contohnya adalah satu perjalanan. Ia bermula dan kemudian berakhir.

Setiap perjalanan melibatkan hubungan dan setiap hubungan melibatkan perjalanan. Apabila kita berada di tempat kerja maka ia adalah satu perjalanan. Ianya dikatakan satu hubungan kerana kita perlu menjaga keterikatan kita dengan setiap perkara yang berkaitan dengan kerja.

Kehidupan Adalah Perjalanan Ke Syurga, Kena Rancang Dan Buat Persediaan
Foto: 123rf

Jaga Hubungan Dalam Perjalanan Kehidupan

Begitu juga dengan makan. Ianya satu perjalanan. Ianya juga satu hubungan diri dengan apa yang kita makan. Jika kita tidak menjaga hubungan dalam perjalanan makan, kita boleh tersedak atau tercekik. Setiap perjalanan yang ingin kita lakukan dalam sehari pula bermula dengan keinginan. Keinginan pula perlukan satu tindakan. Manakala tindakan pula memerlukan satu keputusan. Keputusan pula akan menjadikan hubungan mempunyai ‘rasa.’

Perjalanan adalah hubungan. Hubungan adalah perjalanan. Justeru, jika kita mahu menjaga sebuah hubungan maka kita perlu menjaga perjalanannya. Begitu juga jika mahu menjaga sebuah perjalanan maka kita perlu menjaga hubungan di antaranya.

IKLAN

Gagalkan Hubungan

Kita tidak boleh mahu menjaga sesebuah perjalanan tanpa menjaga hubungan. Ini kerana dalam perjalanan itu wujud hubungan. Kegagalan kita dalam menjaga setiap apa yang terhubung dengan kita sepanjang perjalanan akan memberi kehambaran dalam hubungan hingga menjadikan hubungan terkulai sebelum sempat ia mekar.

Sebelum sesuatu hubungan itu dimulakan, kita perlu ada keinginan yang pasti dan jelas tentang apa yang kita inginkan darinya. Setelah itu barulah kita boleh memulakan perjalanan. Dalam perjalanan sesebuah hubungan kita akan bertemu dengan pelbagai lorong-lorong kecil sebuah kehidupan.

Lagi artikel menarik:

Pernikahan Komitmen Seumur Hidup, Teliti Pilih Pasangan Supaya HIDUP Seperti Di Syurga

IKLAN

Ikuti kami di sini:

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Buat Keputusan

Setiap kali kita bertemu dengan lorong-lorong ini, kita membuat keputusan sama ada mahu melaluinya atau hanya melewatinya. Setiap keputusan yang kita ambil pasti akan memberi impak sama ada positif atau negatif terhadap perjalanan yang sedang kita lalui itu.

Kita pasti memerlukan sedikit masa untuk mendapat kemahiran dalam mengendali ‘stering’ pemanduan. Namun kita tidak boleh berputus asa dalam belajar memandu kehidupan kerana semakin banyak cabaran yang yang kita jumpa semakin matang kita mengendalikan perjalanan-perjalanan kecil dalam sebuah perjalanan besar.

IKLAN

Tak Boleh Bersandarkan Emosi

Setiap perjalanan memerlukan kita membuat keputusan. Setiap keputusan yang diambil tidak boleh bersandarkan emosi kerana impaknya terlalu besar dalam setiap perjalanan. Apatah lagi jika tiba-tiba kita memutuskan yang keputusan awal kita untuk memulakan perjalanan dalam sesebuah hubungan merupakan satu kekhilafan kerana kita sebenarnya tidak bersedia untuk hubungan tersebut.

Ianya bukan hanya bakal mengecewakan tetapi merosakkan keseluruhan perjalanan.  Perjalanan yang rosak cukup sukar untuk diperbaiki kerana kecacatannya sangat jelas.

Tak Bersedia Ubah Perjalanan Kehidupan Untuk Ke Syurga

Begitu jugalah cerita perjalanan kita menuju syurga Allah SWT.  Kita memang berkeinginan untuk ke syurga. Kita sudah membuat keputusan untuk ke syurga. Tetapi dalam perjalanan kita untuk ke syurga, kita merasakan yang kita tidak bersedia untuk merubah perjalanan kehidupan kita yang sedia ada.

Kita tidak bebas melakukan apa sahaja kerana setiap perjalanan ada peraturannya.  Apabila kita tidak bersedia untuk ke syurga maka tanpa sedar kita sebenarnya sudah bersedia untuk ke neraka kerana tidak ada tempat untuk didiami diantaranya.

Apabila kita mahu ke syurga tetapi tidak bersedia untuk mengikut peraturan ke syurga maka kita adalah orang-orang yang sangat mementingkan diri sendiri yang tidak sedar telah merosakkan diri sendiri apatah lagi hubungan ke syurga. Semoga kita benar-benar memutuskan untuk ke syurga dan melaksanakan perjalanan ke syurga.

Sumber: Dato’ Dr. Azhar Haji Surip,  NLP Gold Master Trainer (NFNLP, USA)

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI