Kasih hingga hujung nyawa, suami isteri rentung dalam letupan treler di lebuhraya. Sata kematian tiba, tidak pernah tercepat sesaat atau terlewat seminit, semuanya sudah tertulis sejak di luh mahfuz lagi.
Kasih suami isteri yang sering bersama menghantar barangan bersama berakhir dengan tragis apabila keduanya ditemui rentung apabila treler dinaiki disyaki hilang kawalan dan terbabas ke lorong paling kanan lalu merempuh tembok tengah penghadang lebuh raya.
Lebih menyayat hati, kenderaan berat itu meletup dan terbakar di lorong kanan lebuh raya sekaligus mengakibatkan kesesakan lalu lintas lebih 10 km semalam.
Memetik laporan Utusan, pemandu treler Mazlan Molot, 48, dan isteri Fauziah Uyop, 40-an yang rentung dalam kebakaran kenderaan berat itu semalam sering bersama menghantar barang.
Kedua-duanya meninggal dunia dalam kemalangan kira-kira pukul 8.40 pagi di Kilometer 259.6 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Port Dickson di sini.
Ads
Keduanya terkorban selepas treler ini meletup selepas melanggar pembahagi jalanBeginilah kenderaan berat yang terbakar selepas hilang kawalan di lebuhraya arah selatan
Ibu Mazlan, Mariam Kassim, 69, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya itu adalah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
“Ketika itu dia pulang ke rumah di Felda Palong 2, Jempol. Dia ada berikan duit kepada saya dan anak-anak saudaranya. Dia seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap.
“Saya tahu dia sering bawa isterinya ke mana-mana kerana isterinya tidak bekerja dan dapat menemani dia menghantar barangan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini semalam.
Mariam berkata, anak keduanya itu sudah12 tahun mendirikan rumah tangga, namun pasangan suami isteri itu tidak dikurniakan zuriat.
Ads
“Isterinya sebelum ini menjadi pengasuh kanak-kanak namun berhenti kerja dan sering mengikuti Mazlan menaiki treler untuk menghantar barangan,” katanya.
Sementara itu, abang mangsa, Yaakob Molot, 51, yang juga seorang pemandu lori memberitahu, syarikat tempat adiknya bekerja ada menghubungi memaklumkan kejadian tersebut.
“Saya dimaklumkan dia baru bekerja di syarikat tersebut yang menghantar barangan kitar semula. Kami sekeluarga reda dengan apa yang terjadi,” katanya.
Suami Isteri Rentung Dalam Letupan Treler Di Lebuhraya
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler jenis Volvo yang membawa muatan biji plastik yang dipandu Mazlan dipandu dari Klang, Selangor menuju ke Senawang.
Ads
“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa disyaki hilang kawalan dan terbabas ke lorong paling kanan lalu merempuh tembok tengah penghadang lebuh raya.
“Akibat pelanggaran tersebut telah menyebabkan treler itu terbakar. Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh bomba di lokasi kemalangan itu,” katanya.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. Sumber :- Utusan
Isteri Datuk Afdlin Shauki, Datin Marcella sambut ‘anniversary’ pertama, bahagia walau beza usia 25 tahun. Datuk Afdlin Shauki dan isteri, Datin Marcella sambut ‘anniversary’ pertama,” Allah hantarmu dalam hidupku.
Isteri Datuk Afdlin Shauki, Datin Marcella Sambut ‘Anniversary’ Pertama, Bahagia Walau Beza Usia 25 Tahun
Namun yang menarik perhatian warga maya ialah ucapan romantis pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki itu kepada isterinya.
“SALAM ULANG TAHUN CINTA. SYUKUR KEPADA ALLAH SWT KERANA MENGHANTARMU DALAM HIDUPKU.
“I AM NOTHING WITHOUT MY FAMILY. LOVE YOU MY LOVE. BISMILLAH CINTA,” TULIS AFDLIN DI RUANGAN KAPSYEN SERTA FOTO PERKAHWINAN.
PASANGAN INI MEMPUNYAI JARAK USIA 25 TAHUN. AFDLIN ATAU NAMA SEBENARNYA AFDLIN SHAUKI AKSAN BERTEMU JODOH DENGAN MARCELLA YANG MERUPAKAN BEKAS PEKERJANYA DAN DIIJABKABULKAN PADA OGOS 2023.
Pasangan ini mengambil keputusan tidak terlalu menguar-uarkan mengenai perkahwinan mereka atas permintaan arwah bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada April tahun lalu.
“Alhamdulillah, kami dapat tunaikan. Ketika itu, arwah minta kami cepat berkahwin. Kami akhirnya dapat tunaikan dan selepas itu, arwah meninggal dunia,” katanya.
Mungkin sebelum ini Afdlin mengambil pendekatan tidak terlalu berkongsi mengenai Marcella. Namun kehadiran Marcella mengubat duka lara sepanjang bergelar duda.
Untuk info, Afdlin pernah mendirikan rumah tangga dengan Maria Christina Orow Abdullah pada 1997. Pasangan ini berpisah pada April tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu aktres Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Saya tak kuat, redhakan aku ya Allah. Ibu berusia 7 tahun tertembak di kepala luah rasa rindu. Perasaan sarat menanggung rindu pada orang yang telah pergi hanya mampu dirasai oleh mereka yang pernah menerima ujian ini. Apa tah lagi pergi yang tak mungkin akan kembali lagi.
Satu perkongsian seorang ibu di Tik Toknya @Bunga Dahlia tentang rasa rindu terhadap anak sulungnya, Eddrayyan yang meninggal akibat tertembak di bahagian kepala pada kejadian 28 April lalu mengundang sebak orang ramai.
Saya Tak Kuat, Redhakan Aku Ya Allah
Berusia 7 tahun, Eddrayyan disahkan meninggal dunia selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri di bahagian kepala ketika bermain dengan rakannya dalam kejadian di Kampung Sosogoh Salong Pagalungan.
Kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa namun siasatan awal polis memaklumkan, kanak-kanak darjah satu ini telah terkena tembakan pump gun di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan.
Apa yang menyayat hati, ibu ini meluahkan rasa rindu yang tiada penghujungnya berikutan kehilangan anak sulungnya yang disifatkan berpotensi cemerlang dalam pelajaran seperti dikongsikan oleh gurunya dari SK Kuala Salong.
Ibu Anak Berusia 7 Tahun Tertembak Di Kepala Luah Rasa Rindu
Tambah Bunga Dahlia, apa yang membuatkan dirinya merindui anak yang sangat keletah ini, pada saat anaknya itu menghembuskan nafas terakhir, dirinya tiada di sisi.
“Saya tidak bersama anak saya buat kali terakhir semasa dia masih hidup Dapat dekat bila dia sudah tidak bernyawa lagi. Sakit yang teramat sangat, katanya memaklumkan situasi dialaminya selepas hal yang sama dikongsi oleh seorang ibu yang turut melalui situasi sama apa apabila anaknya berjuang 50/50 antara hidup dan mati.
Dalam pada itu, ibu muda ini sangat bersetuju agar senjata berbahaya ini tidak sewajarnya dibawa balik ke rumah kerana kejadian yang menimpa anaknya harus dijadikan pengajaran buat semua.
Rasa rindu yang tiada penghujungnya ini, kata Bunga Dahlia sangat perit untuk ditelan di mana dirinya mengakui tidak kuat untuk menghadapinya apatah lagi kes anaknya masih tiada jawapan pasti.
Masa yang sama, dirinya turut memuat naik antara gambar tercantik yang pernah diambil bersama arwah anaknya serta seorang lagi anaknya, Eliya yang masih tinggal dan menjadi penguat semangatnya.
Bahkan dirinya berani berkongsi kisah anaknya ini selepas memperoleh kekuatan mengenainya berbanding sebelum ini.
Replying to @wanida4141 hari ni sy terbuka untuk share. Terima kasih sangat dengan sis ni. Sejuk hati saya baca komen dia. Bukan macam segelintir org tidak berhati perut. Tiada adab bila bertanya. Mohon jangan ada yang komen menyalahkan siapa-siapa dalam kes ni. Tq.
Apa pun semoga siasatan penuh dapat memberikannya satu jawapan pasti punca kematian anaknya kerana rasa sakit itu hanya dirasai oleh mereka yang pernah diuji dengan kematian. Mogar roh anaknya tenang di sana.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dek kerana Pendamik Covid-19 macam-macam perkara yang berlaku di serata dunia termasuklah di Malaysia sendiri.
Malah baru-baru ini seorang rakan Facebook yang dikenali sebagai Puan Zaiton Abd Rahman menerusi akaunnya Zaiton Abd Rahmantelah berkongsi kisah sedih tentang anaknya lelakinya Syazrin Zulfakar yang sanggup berjalan kaki menyeberangi Tambak Johor.
Malah dia juga menyatakan air matanya mengalir apabila melihat video rakaman yang dikongsi anaknya ketika merentasi Tambak Johor dari Woodlands menuju ke Johor Bahru.
Seperti yang dikongsi di status Facebooknya Zaiton Abd Rahman meluahkan;
“Menitik air mata hakak bila tengok video anak hakak gigih berjalan kaki sorang-sorang menyeberang Tambak Johor yang lengang dari Woodlands menuju ke Johor Bahru sejauh hampir 1.5 Km.
“Belas sungguh rasa hati hakak mengenang nasib dia. Kena deferred, kena tahan kat office kastam Singapore sebab berani mati sangat buat perangai macam tu. Nasib baik mereka lepaskan setelah dia buat rayuan.
Dihantar Ke Pusat Kuaranti Selama 14 Hari
“Masuk sempadan Malaysia kena tahan lagi untuk dihantar ke pusat kuarantin selama 14 hari. Masih tak boleh balik jumpa anak dan isteri. Lebih dua bulan mereka terpisah.
“Ya, Allah, tolong jagakan anakku ini. Selamatkanlah dia dari segala mara bahaya, pertemukanlah dia dengan anak dan isterinya serta mama dan ayah serta ahli keluarganya yang lain.
“Terima kasih kepada kerajaan negeri Johor yang menyediakan tempat kuarantin yang selesa. Terima kasih PM dan seluruh Frontliner warga kerja KKM, PDRM dan ATM atas segala perancangan dan bantuan yang diberi demi kebaikan rakyat Malaysia.
“Mama Doakan Yang Baik-Baik Saja”
“Semoga wabak CV19 dapat dibenteras dan berlalu pergi sempena Ramadan yang bakal menjelma. Mama doakan yang baik-baik saja untuk anakku Syazrin Zulfakar.
Kami di MW juga mendoakan anak kepada Puan Zaiton berada dalam keadaan yang baik dan bakal bertemu dengan anak, isterinya dan ahli keluarga tercinta selepas tempoh kuarantin dan PKP.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.