Bila anak tak sihat, mulalah mak-mak tak ‘senang duduk’. Kejap check suhu, lapkan badan. Kiranya mak-mak dalam tempoh berjaga-jaga, takut makin teruk.
Masa ini jugalah, bila anak tak sihat, rasa nak keluar berjalan pun tak berani dan selesa duduk rumah saja. Begitulah mak-mak kerisauan yang boleh buat tak tidur malamlah.
Sebenarnya, jangan takut nak bawa keluar rumah bila anak tak sihat. Inilah masanya, ikhtiar baru untuk anak selain daripada pengambilan ubat doktor. Tak kiralah anak demam, batuk atau selesema. Fahami apa yang dikongsikan oleh Mazliana Mazlan ini.
Anak Tidak Sihat, Bawalah Keluar Tengok Matahari, Tanah
Bawa anak keluar cari matahari dan tanah bila batuk dan selsema.
Kalau dulu kita tak berani bawa anak keluar rumah bila sakit, sekarang kita kena ubah pula. Lagi anak tak sihat, lagi kita bawa keluar. Tapi masih dalam keadaan berjaga gitu.
Cari ikhtiar baru, kalau anak asyik batuk tak henti-henti, hidung pulak berair selalu.
Baru ni anak saya batuk. Seharian jemur kat luar. Dari pagi sampai petang. Waktu terik sangat, duduk bawah pondok dan dia tidur. Masih di luar rumah.
Masya Allah, dalam masa 3 hari je dah selesai batuk berkahak dia. Fuh, hebatkan Allah ciptakan alam pun boleh jadi asbab penyembuhan buat anak.
Ads
Ubat Paling Power
Kalau nak tahu, matahari dan tanah inilah ubat paling power. Percuma pula tu. Rugi sangat kalau kita tak ambil peluang kan.
Lebih masa di luar rumah, lebih terdedah dengan matahari, lebih banyak vitamin D yang kita dapat, lebih cepat anak nak sembuh, insya Allah dengan izin dariNya.
Bila bersentuhan dengan tanah pulak, berlakunya perpindahan cas-cas antara tanah dan tubuh badan. Dapat kurangkan keletihan dan keluarkan hormon bahagia buat anak.
Bila bahagia dan tak stress, cepatlah sembuh bila sakit kan.
Boleh cuba tau. Ramai sangat tanya pasal anak tak sihat. Apa saya share, kadang menjadi, kadang mungkin tak menjadi. Ikut keserasian dengan anak-anak kita.
Kalau mak-mak dah buat semua, tapi masih tak menjadi, jom cuba bawa anak cari nikmat matahari pulak. Mana tahu di situ ada penyembuhan buat anak-anak kan.
Kita cuba sama-sama ya, carikan jalan terbaik untuk penyembuhan anak secara menyeluruh, insya Allah.
Ads
Mingguan Wanita : Kita sekadar berusaha. Tapi jangan lupa kena dapatkan rawatan doktor juga kalau tidak ada apa-apa perubahan.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Ads
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Bawang goreng memang sedap ditabur pada masakan seperti sup, bubur, mee dan sebagainya sebagai penambah aroma dan rasa. Walaupun sekadar bawang goreng, jika tak tahu cara buatnya boleh sebabkan bawang lembik, tak rangup dan mudah lemau. Kalau beli di kedai pula, susah nak menepati citarasa yang diinginkan. Selalu bawangnya dah digoreng lama, masuk angin ditambah perisa tambahan malah jika nasib tak baik berbau hapak!
Ok ni hakak nak kongsikan cara buat bawang goreng..simple je. Tips ni dapat daripada kakak ipar yang memang rajin buat bawang goreng sendiri di rumah berbanding beli di kedai. Memang sangat sedap, kekal rangup, tahan lama dan wangi dengan aroma bau bawang yang baru digoreng.
Bahan-Bahan:
15 biji Bawang Ros/ Bawang merah kecil
2 Sudu Besar Tepung Gandum
2 Sudu Besar Tepung Beras
Sedikit Beras
Minyak Masak (Untuk Menggoreng)
Cara Membuat:
1. Kupas kulit bawang dan JANGAN dibasuh. Hanya perlu lapkan bawang tersebut dengan kain lembap atau tisu.
2.Hiris nipis bawang-bawang tersebut.
3. Hanya perlu tabur tepung pada bawang yang telah dihiris dan ratakan . TAK perlu letak air.
4.Perasakan dengan sedikit garam.Gaul rata.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang.
6.Goreng bawang sehingga keperangan dengan api yang paling kecil. Pastikan sentiasa kacau ketika menggoreng bagi menggelakkan bawang hangit.
7. Toskan bawang goreng tersebut dengan tapis yang telah di alas tisu dapur. Biarkan ia sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.Boleh dapat bawang goreng dalam satu bekas saiz sederhana. Jimat dan pasti puas hati.
Siap, Selamat mencuba!
Info Ekstra!
1.Bawang yang dibasuh akan menyebabkan ia lembik setelah digoreng.
2. Boleh juga gunakan hanya salah satu tepung, sama ada tepung beras atau tepung gandum. Terpulang ikut citarasa.Fungsi tepung untuk merangupkan bawang goreng tersebut.
3. Untuk elak hangit atau terlampau garing, ketika menggoreng agak-agak bawang dah hampir keperangan terus angkat dan letak dalam penapis. Minyak panas sedia ada pada bawang akan merangupkan bawang tersebut dalam penapis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
‘Tak tahan tengok dia dipukul hampir setiap hari.’ Syukur ramai sayang adik Alia termasuklah Yang Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam.
Ketika video adik Alia didera ramai yang mengecam kenapa si perakam sanggup biarkan kejadian ini berlaku dan tidak berusaha menghentikan perbuatan tersebut.
Sebenarnya ada alasan yang tersendiri mengapa video itu sengaja dirakam, tidak lain tidak bukan kerana untuk membela nasib Adik Alia.
Menerusi video yang tular kelihatan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama adik Alia, berusia 4 tahun dipercayai anak angkatnya telah mengundang rasa marah di kalangan warganet.
Kisah adik Alia ini dilaporkan oleh beberapa orang pekerja yang sudah tidak mampu melihat kanak-kanak ini terus-terusan dipukul dan didera ibu angkatnya.
Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan perakam bila terpaksa menahan perasaan bila melihat anak tak berdosa ini didera.’
Dikatakan wanita ini memukul adik Alia dengan batang penyapu dan menurut perakam video, pelaku telah mendera kanak-kanak terbabit hampir setiap hari.
Atas dasar perikemanusiaan dan tidak mahu kekejaman yang berlaku di depan mata berterusan, TikToker yang juga bekerja dengan wanita itu telah mengambil tindakan berani dengan membuat laporan polis bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut.
Perkongsian yang dibuat oleh pemuda dikenali dengan nama Aqil itu telah mendapat perhatian ramai termasuklah isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam.
Menerusi Instagram Che Puan Khaleeda, baginda telah mengucapkan terima kasih di atas perkongsian video tersebut dan beliau berjanji akan mendapatkan maklumat berkaitan kes ini.
Justeru itu, Che Puan Khaleeda memaklumkan akan segera mendapatkan infomasi tentang hal tersebut dan akan memastikan pelaku tidak terlepas dengan mudah. Malah besar harapan beliau untuk mendapatkan keadilan buat adik Alia.
Baginda juga telah mengucapkan terima kasih kepada pihak polis Daerah Kajang atas tindakan pantas yang mereka dilakukan.
Setakat ini, pelaku telah ditahan polis untuk membantu siasatan. Justeru itu, Che Puan Khaleeda berharap agar adik Alia akan mendapat keadilan selayaknya.
Mingguan Wanita : Terkini, dikatakan mak angkat yang mendera Alia berdepan dengan depresi, oleh hal yang demikian dia tidak sepatutnya bertindak sebegitu rupa. Maah masalah yang dihadapinya tidak boleh dijadikan alasan untuk dia terus-terusan mendera adik Alia. Semoga ada sinar buat adik Alia. Insyallah.
Sebenarnya kita boleh baiki Peti Ais yang kurang sejuk sendiri di rumah. Rupanya dengan menukar Termostat Pencairbeku dengan modal RM12, Peti Ais kembali berfungsi elok, sejuk dan beku. Memang jimat banyak duit bila buat sendiri berbanding hantar baiki di kedai.
Ikut panduan baiki peti ais tak sejuk, seperti yang dikongsikan oleh Jannatun Naim ini.
Pernah tak tiba-tiba peti sejuk kat atas beku, tapi kat bawah tak sejuk pun. Takpun atas bawah kurang sejuk? Jadi saya nak kongsi sikit. Selalunya yang jadi masalah ialah termostat atau sensor pencairbeku (defrost) yang rosak.
Jadi saya nak tunjuk kat mana dan cara nak tukar benda ini. Sensor ni saya beli online, sebab kedai tak buka masa PKP ni. Modal lebih kurang RM12 benda ni.
Sebelum memulakan projek baiki peti ais, pastikan tutup dahulu suis peti sejuk. Risau peti ais tak beku, orang lain yang kaku nanti.
1. Buka Penutup Di Bahagian Atas Peti Sejuk
Kalau bukak cover bahagian atas peti sejuk, macam ni rupa dia, semua dah frozen, sebab tu bawah tak sejuk.
2. Tunggu Ais Mencair
Tunggu ais tu mencair sendiri. Saya tak kuasa nak tunggu, jadi guna hair dryer pon boleh nak bagi cepat cair. Tadah bekas. Senang nak buang ais yang cair tu.
3. Keluarkan Sensor
Ok, bila dah cair perasan tak benda tiub warna pink tu, haaa tu la sensor tu. Potong cable tie tu, tarik keluar sensor tu.
Ok ni keadaan sensor tu. Yang bawah tu, baru punya.
4. Gantikan Sensor
Ok macam ni.Potong wayar pada tiub asal sambung ke sensor baru.
5. Kemaskan
Akhir sekali, letakkan sensor pada posisi asal dengan menghalakan bahagian besi sensor ke bawah. Ikat wayar dengan kemas menggunakan pengikat wayar supaya tidak bergerak-gerak.Kemaskan guna heat shrink tube (warna hijau tu), kalau takda boleh guna selotip hitam (electrical takpe) pon tak apa.
Artikel Menarik:10 Barang Ini Sebenarnya Tak Perlu Simpan Dalam Peti Sejuk
Mingguan Wanita: Jadi jika ada masalah peti ais tak berapa nak sejuk tu, boleh cuba baiki sendiri di rumah. Tukar Termostat Pencairbeku je, modal baru RM12, memang lebih jimat berbanding hantar kedai baiki.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.