Bukan semua pasangan bertuah dan bernasib baik untuk mempunyai anak sendiri secara semulajadi. Ada yang perlu melalui rawatan kesuburan seperti IVF untuk mendapatkan anak. Namun demikian potensi untuk menentukan kejayaan rawatan IVF ini juga bergantung pada umur seorang ayah.
Satu kajian mendapati bahawa umur seorang ayah memainkan peranan penting bagi meningkatkan potensi mendapatkan anak menggunakan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF), lapor portal berita MailOnline semalam.
Kajian itu dibuat berdasarkan analisis data secara rawak yang diperoleh daripada pihak berkuasa persenyawaan Britain, Pihak Berkuasa Persenyawaan dan Embriologi Manusia.
Pengaruh Besar Peluang Dapat Anak
Analisis yang dilakukan ke atas hampir 19,000 kitaran IVF itu mendedahkan bahawa bagi wanita yang berumur bawah 35 atau lebih 40 tahun, usia pasangan mereka memberi pengaruh yang besar terhadap peluang mendapatkan anak.
Ads
Bagi wanita dalam lingkungan umur tersebut, kadar kelahiran hidup didapati menurun daripada 32.8 peratus (apabila umur ayah di bawah 35 tahun) kepada 27.9 peratus (apabila umur ayah antara 40 hingga 44 tahun).
Sekiranya umur pasangannya melebihi 55 tahun pula, kadar kelahiran hidup terus merosot kepada 25 peratus.
Ads
“Jelas di sini bahawa amat penting agar kita tidak boleh mengambil ringan faktor umur si ayah apabila memberi penjelasan kepada pasangan mengenai hasil rawatan kesuburan.
“Usia seorang wanita sememangnya memainkan peranan terpenting, namun fokus tidak seharusnya hanya diberikan kepada jam biologi jantina itu semata-mata,” kata salah seorang pengarang kajian, Profesor Geeta Nargund.
Mingguan Wanita: Jadi buat pasangan yang berhasrat untuk melakukan IVF diharap jangan berputus asa atas faktor umur. Paling penting berjumpa doktor dahulu untuk lakukan pemeriksaan lengkap.
Tak dinafikan isteri dan wanita zaman sekarang ramai yang cukup berdikari. Kebanyakkan perkara dari mencari rezeki, urusan rumahtangga, jaga anak-anak selalunya kena buat sendiri.Hakikatnya kehidupan berdua dalam rumahtangga saling melengkapi.Namun demikian, apabila terlalu berdikari dan buat semuanya seorang diri, menjadikan isteri letih dan penat sendiri.
Bila dah semuanya “sorang-sorang”, dimana gunanya hidup “berdua”?
Mungkin ramai beranggapan, its good kalau isteri boleh sampai tahap ni. Semuanya sendiri itu menandakan si isteri tak terlalu bergantung pada suami dan si isteri adalah seorang yang berdikari.
But, how long can you do it sorang-seorang?
Ada ketikanya, awak akan mula berfikir kembali. Ada ketikanya, awak akan mula renung kembali. Ada ketikanya, awak akan nampak hasil daripada sorang-sorang awak tu dan ianya adalah sebaliknya.
Tak indah, tak bagus, tak baik bila asyik sorang-sorang. Masa tu, apa yang boleh diubah, si dia dah selesa dengan istilah semuanya awak boleh buat sorang-sorang. Too less tak bagus, too much also tak bagus dalam rumahtangga kita.
Sederhana, adil dan tahu untuk meletakkan setiap perkara ditempat yang betul itu perlu ada.
Saya Ada Suami
Bukan tak boleh berdikari, tapi tak nak terlalu berdikari bukan tak boleh buat sendiri, tapi tak nak buat semuanya sendiri sebab, “Saya ada SUAMI…”
Mereka yang sentiasa buat semuanya sorang-sorang selalunya sampai di tahap pemikiran yang “lebih baik hidup sorang” sebab takde banyak beza pun. Maybe not now, not tomorrow, but in the future after awak dah letih dan penat buat dan tempuhi semuanya “SORANG-SORANG”.
Mingguan Wanita : Ada benarnya perkongsian ini. Bila dah semuanya buat sendiri, dimana gunanya hidup berdua saling melengkapi di dalam rumahtangga. Akhirnya bila isteri terlalu berdikari, akan letih dan penat sendiri, malah rasa lebih baik hidup seorang diri keran tiada beza pun.
Sumber: Firdaus Shakirin
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Perasan tak, kalau mak-mak suka marah, membebel benda-benda yang kecil, sebenarnya dia terlalu penat dan inginkan berehat. Namun, kerana tugas dan tanggungjawab pada keluarga dia lupakan segalanya, asalkan keluarganya sempurna dan peroleh kesenangan.
Self Love ini sebenarnya sangat diperlukan oleh seorang isteri dan mak. Ia tidak bermaksud self love ini dengan pergi ke spa, melancong bersama kawan-kawan atau membeli belah tetapi ia lebih kepada penghargaan untuk dirinya sendiri.
Itulah yang dikatakan oleh Kamalia Kamal tentang self-love ini.
Isteri Kena Ada Self–Love
Ramai rupnya yang masih tak tahu kenapa mereka perlu self-Love [SL].
Konsep SL ni bukan hanya pergi spa, makan coklat, pakai baju cecantik saja, bukan. Itu hanya small part of it.
SL ini tujuan utamanya untuk kembalikan rasa penghargaan kepada diri sendiri, rasa hormat pada diri dan naikkan konfiden diri. Tanpa konfiden, semua pekara sukar nak dilakukan.
Contohnya, dalam hubungan, seorang isteri yang bekerja, dalam masa yang sama menguruskan rumah tangga, tiada masa untuk self – love. Banyaknya masa yang ada hanyalah untuk keluarga.
Apa jadi? Dirinya perlahan-lahan akan penat, kadang sampai tak kenal dah dengan potensi diri sendiri yang hebat dulunya.
Perlahan-lahan tahap keyakinan dirinya terbunuh secara berdikit-dikit. Walaupun nampak macam konfiden, hakikatnya banyak yang mereka selalu komplen mengenai diri sendiri. The more you talk bad about yourself, the more you bring yourself down unconsciously.
Sesayang manapun kita pada perkahwinan dan anak, kalau diri tidak terjaga, orang sekeliling akan dapat rasa kesannya.
Wanita, isteri, ibu wajib sayang diri dan practice self love setiap hari.
Apa contoh perkara self love ni? Semua hal yang boleh tambah value diri seperti:
1. Join kelas – Belajar perkara baru selalu. Kelas menjahit, kelas vokal, kelas swimming, kelas clay, kelas tanam pokok, kelas panjang gunung, kelas buat sabun. 2. Buat perkara yang kita tak suka – Panjat gunung, makan sushi, lari marathon. Cabar diri untuk buat pekara yang kita benci. Tak semestinya kita benci, hal itu tak baik untuk kita. 3. Inkantasi – Ini adalah injection kata-kata yang baik untuk diri sendiri setiap hari. Kalau bukan kita yang puji diri dan beri kata-kata baik pada diri,siapa lagi? 4. Baca – Ramai pandang remeh. Wanita tak boleh stop membaca. Jelas kita boleh nampak beza orang yang membaca dengan yang tak membaca. Apa yang kita ucapkan keluar dari otak. Membaca adalah FOOD OF MIND untuk kita keluarkan kata-kata yang baik 5. Audit Believe system – Sentiasa upgrade hal agama. Betulkan bacaan solat, fahami terjemahan Al-Quran, kuasai makna wording waktu solat. Tak boleh stay pada tempat yang sama macam kita 10 tahun dulu, mesti kena upgrade.
Jadilah Terbaik
Kesan tak buat self love ni sangat jelas dapat dilihat.
Wanita yang suka marah-marah, lesu, penat, nampak tak bermaya, bergossip, membebel dan bosan dengan hidup ni adalah yang paling simple kita boleh nampak depan mata.
Macam mana nak jadi isteri dan ibu yang terbaik kalau emosi kita tak stabil begini? Kita rasa macam dah buat yang terbaik. Kalau betul, kenapa orang sekeliling pula yang makin drain dengan kita?
Orang yang tak marah, jadi marah. Yang tak penat jadi penat bila duduk di sekeliling kita.
Jaga diri dulu sebelum kita beriya nak jaga anak dan suami.
MW: Kadang-kadang slef love nie tak perlu beria-ia sangat, cukup dengan berehat dan tidur sekejap pun jadilah. Betul tak?.
Setiap wanita muslim pastinya mengimpikan seorang suami yang mampu membimbing mereka ke syurga, menjadi imam solat mereka. Namun, bukan semua isteri bernasib baik memiliki suami begitu.
Bagaimana sekiranya si suami culas solat? Nasihat isteri umpama mencurahkan air ke daun keladi, langsung tak berbekas. Bagaimana isteri boleh memainkan peranan untuk menyedarkan suami? Ikuti perkongsian daripada puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie, juga penulis kolumn Resipi Hidup dalam majalah Mingguan Wanita.
Hilang Hormat
Seorang isteri mengadu kepada saya mengenai sikap suaminya yang enggan bersolat. Bukan solat Jumaat atau solat hari raya, tetapi enggan menunaikan solat lima waktu yang diwajibkan kepada umat Islam seluruhnya.
Sikap suami menyebabkan isteri hilang hormat dan rasa muak untuk melayan si suami. Realitinya, kes sebegini bukanlah kes terpencil. Mengikut kajian, antara sebab utama berlakunya perpecahan dalam rumah tangga malah hingga menyebabkan berlakunya perceraian ialah kerana ada di kalangan individu tersebut yang tidak menunaikan tanggungjawab solat. Namun, bila berdepan dengan suami atau isteri yang tak solat, pergaduhan atau perceraian bukanlah penyelesaiannya.
Perlu difahami, setiap ketentuan Ilahi itu bersebab dan pastinya juga mempunyai hikmah. Sama juga isunya dengan ketentuan jodoh anda bersama pasangan anda.
Benar, dalam al-Quran melalui surah an-Nur ayat 26 dijelaskan: “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik.”
Maksud Tersirat
Sungguhpun maksud ayat ini jelas, terang dan mudah difahami, masih ada maksud lain yang boleh difahami. Maksud yang tersirat di sebaliknya ialah seandainya ditetapkan jodoh anda dengan seseorang yang berbeza tingkah laku dan sikapnya iaitu ada sikapnya yang menyalahi syariat, berkemungkinan pasangan anda itu boleh berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya tetapi memerlukan usaha dan tindakan daripada anda.
Itulah yang dikatakan hikmah tersembunyi di sebalik rahsia jodoh yang ditetapkan oleh Allah SWT. Buat para isteri yang berdepan masalah sebegini, jangan jadikan alasan bercerai hanya kerana suami anda tak solat. Benarlah, ramai isteri sebegini mengadu memerlukan suami yang boleh mendidik, membimbing dan mengimamkan solat berjemaah. Sememangnya itu juga hasrat ramai wanita dan gadis.
Tetapi perlu diingat, pilihan perlu dibuat sebelum sahnya akad nikah, bukan setelah cinta yang mulanya bersemarak hingga membutakan mata dan kini cinta mulai lenyap dek kegagalan pasangan dalam melaksanakan sebahagian tanggungjawab, mungkin juga berlaku curang maka hasrat menginginkan seorang imam pula dititikberatkan. Pengalaman saya mengendalikan kes juga, hal suami tak solat bukanlah isu besar kecuali setelah pasangan tadi bersikap curang.
Ajak
Bila berdepan dengan suami yang enggan solat, para isteri berperanan untuk mendidik dan membimbing suami untuk melaksanakan solat. Jangan diperintah tetapi ajaklah suami untuk sama-sama menunaikan solat. Ingatkan suami secara berhikmah mengenai kewajipan solat. Jangan mengajar kerana suami mempunyai egonya yang tersendiri. Ambillah teladan Rasulullah s.a.w mengajak kaum kafir terdahulu ke arah Islam, segalanya penuh hikmah kan! Berlembut, berdikit-dikit dan penuh sabar!
Di samping ajakan sendiri, jika anda telah dikurniakan anak yang dididik untuk solat, boleh minta si anak mengajak ayahnya pula melaksanakan solat.
Tidak wajar bagi isteri untuk hilang rasa hormat dan enggan melayan si suami yang enggan solat sekiranya si suami melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami. Contohnya si suami melaksanakan tanggungjawab menyediakan nafkah zahir, melayan anda dan anak sebaiknya cuma si suami tidak melaksanakan solat maka dalam keadaan ini, sebagai isteri dan anak, anda wajib kekal menghormati suami dan melayan suami dengan baik.
Anda cuma perlu bersikap aktif untuk menasihati, mengajak, membimbing malah kerap mendoakan agar suami berubah menjadi hamba-Nya yang soleh dan mengerjakan solat, puasa dan sebagainya yang telah diarahkan oleh Allah untuk dilaksanakan dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Mendidik tanggungjawab suami, bukan tanggungjawab isteri! Jika itu yang bermain di fikiran sekarang, anda salah! Sebenarnya, setiap individu termasuklah isteri dan ibu; bertanggungjawab memastikan setiap ahli keluarganya berada di landasan yang betul, sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu (serta umatmu) mengerjakan solat dan engkau hendaklah tetap bersabar menunaikannya….” – surah Toha: 132. Ayat ini meletakkan arahan umum kepada semua merangkumi suami, isteri, ibu, ayah malah si anak. Kenapa?
Ketahuilah! Kita semua dilahirkan sebagai hamba Allah! Tugas dan peranan penting sebagai hamba Allah ialah melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar atau menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan keburukan. Jelas sekali, mendidik bukan hanya peranan suami tetapi juga peranan isteri terutama sekali apabila suami gagal melaksanakan peranan tersebut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...