‘Tak tahan tengok dia dipukul hampir setiap hari.’ Syukur ramai sayang adik Alia termasuklah Yang Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam.
Ketika video adik Alia didera ramai yang mengecam kenapa si perakam sanggup biarkan kejadian ini berlaku dan tidak berusaha menghentikan perbuatan tersebut.
Sebenarnya ada alasan yang tersendiri mengapa video itu sengaja dirakam, tidak lain tidak bukan kerana untuk membela nasib Adik Alia.
Menerusi video yang tular kelihatan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama adik Alia, berusia 4 tahun dipercayai anak angkatnya telah mengundang rasa marah di kalangan warganet.
Kisah adik Alia ini dilaporkan oleh beberapa orang pekerja yang sudah tidak mampu melihat kanak-kanak ini terus-terusan dipukul dan didera ibu angkatnya.
Ads
Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan perakam bila terpaksa menahan perasaan bila melihat anak tak berdosa ini didera.’
Dikatakan wanita ini memukul adik Alia dengan batang penyapu dan menurut perakam video, pelaku telah mendera kanak-kanak terbabit hampir setiap hari.
Atas dasar perikemanusiaan dan tidak mahu kekejaman yang berlaku di depan mata berterusan, TikToker yang juga bekerja dengan wanita itu telah mengambil tindakan berani dengan membuat laporan polis bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut.
Perkongsian yang dibuat oleh pemuda dikenali dengan nama Aqil itu telah mendapat perhatian ramai termasuklah isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam.
Menerusi Instagram Che Puan Khaleeda, baginda telah mengucapkan terima kasih di atas perkongsian video tersebut dan beliau berjanji akan mendapatkan maklumat berkaitan kes ini.
Justeru itu, Che Puan Khaleeda memaklumkan akan segera mendapatkan infomasi tentang hal tersebut dan akan memastikan pelaku tidak terlepas dengan mudah. Malah besar harapan beliau untuk mendapatkan keadilan buat adik Alia.
Ads
Baginda juga telah mengucapkan terima kasih kepada pihak polis Daerah Kajang atas tindakan pantas yang mereka dilakukan.
Setakat ini, pelaku telah ditahan polis untuk membantu siasatan. Justeru itu, Che Puan Khaleeda berharap agar adik Alia akan mendapat keadilan selayaknya.
Mingguan Wanita : Terkini, dikatakan mak angkat yang mendera Alia berdepan dengan depresi, oleh hal yang demikian dia tidak sepatutnya bertindak sebegitu rupa. Maah masalah yang dihadapinya tidak boleh dijadikan alasan untuk dia terus-terusan mendera adik Alia. Semoga ada sinar buat adik Alia. Insyallah.
Jarang anak tak minat air kultur atau probiotik ini melainkan mak ayah langsung tak pernah bagi minum. Sekali rasa, mesti anak pantang tengok!
Tetapi kata Dr Taufiq Razif, bukanlah tak boleh bagi langsung cuma kena berpada-pada. Biar ada limit dan mak ayah patut tahu kandungan gula dalam air kultur.
Jangan Bagi Anak Kita Minum Minuman Probiotik Setiap Hari!
Anak saya sendiri pun, minuman kultur ataupun probiotik ni lah benda pertama yang dia akan terkam kalau ikut saya ke pasaraya.
Kenapa?
Sebab benda ni MANIS! Memang fitrah anak-anak sukakan benda benda manis ni. Ingat ke bila ada tulisan ‘less sugar’ ni boleh la percaya rupanya bila check balik memang kandungan gulanya sangat tinggi.
Kandungan Gula Yang Tinggi
Tak kira apa pun yang mereka tulis, minuman probiotic ni akan tetap ada kandungan gula yang tinggi. Sebab dalam minuman ni ada bakteria yang hidup. Gula dalam tu bukan cuma sebagai perasa tetapi juga sebagai makanan pada bakteria hidup kat dalam tu!
Kalau kita buat perbandingan dengan air coca cola yang super manis sendiri pun kita rasa terkejut dah. Kandungan gula dalam coca cola 10.6g per 100ml. Tetapi dalam minuman probiotik boleh sampai 18.3g per 100ml! Banyak ke sikit tara tu!
“Nak tengok kesihatan anak kita 20 tahun akan datang tengok kandungan gula yang kita duk suap anak kita tiap hari.”
Nota: Air kultur atau Probiotik ni bukan tak boleh minum langsung cuma jangan la jadikan rutin. Sekali sekala tu tak apa lah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Kami sanggup jual buah pinggang.” Supaya dapat membeli makanan untuk anak-anak yang kelaparan.
Ternyata begitu sekali pengorbanan yang dilakukan mak ayah di Afganistan demi meneruskan kelangsungan hidup. Mereka sanggup memperjudikan nyawa sendiri demi keluarga.
Kami Sanggup Jual Buah Pinggang
Krisis kemanusiaan yang berpanjangan di Afghanistan menyebabkan penduduknya mengalami pelbagai masalah sejak Taliban merampas kuasa terutamanya isu kelaparan, lapor laman berita Wion News kelmarin.
Menurut laporan, beberapa penduduk di wilayah Herat terpaksa menjual buah pinggang mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli makanan buat keluarga mereka.
Penduduk di daerah Injil dilaporkan menjual buah pinggang mereka di pasaran gelap demi sedikit wang bagi mengatasi kelaparan yang dialami, demikian menurut laporan agensi berita TOLO News.
Supaya Dapat Membeli Makanan
“Kami menjual buah pinggang sekiranya ada yang sanggup membelinya supaya dapat membeli makanan untuk anak-anak kami,’’ jelas seorang penduduk setempat.
Kanak-kanak dan wanita turut dilaporkan bertindak menjual buah pinggang mereka.
Menurutnya, dia tidak mempunyai pilihan lain demi kelangsungan hidup walaupun tindakan menjual organ adalah dilarang menurut undang-undang negara itu.
Untuk Anak-Anak
“Kami gembira keadaan keselamatan adalah baik tetapi harga agak tinggi di negara ini,’’ jelas seorang penduduk lain kepada TOLO News.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Luar Britain, Liz Trus mengulas mengenai perkara tersebut dan berkata bahawa ia sangat membimbangkan.
“Kami sedang bekerja keras untuk membawa penduduk keluar dari Afghanistan dengan menggunakan pelbagai laluan. Kami turut menjalankan bantuan kemanusiaan tambahan ke Afghanistan,’’ jelas beliau. – Agensi
Ternyata ayah yang prihatin akan cakna keperluan anak di dunia hingga akhirat dan bukan sekadar penuhkan keperluan hidup anak semata-mata.
Semenjak anaknya dilahirkan, seorang ayah yang prihatin akan fokus yang terbaik buat anaknya sama ada keperluan di dunia dan akhirat.
Bukan sekadar mahu anaknya pandai membaca saja, malah turut mempersiapkan anaknya untuk pandai mengaji Al-Quran dan solat.
Bukan Sekadar Penuhkan Keperluan Hidup
Kongsi Mohd Fhais Salim, begini caranya menjadi ayah yang prihatin…
Bukan sekadar nampak makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan sekolah anak-anak sahaja.
Prihatin pada sesuatu yang boleh nampak di mata dan sekadar memenuhi keperluan hidup.
Kang tak makan jatuh sakit pula anak tu.
Ini prihatin juga, tapi prihatin level paling rendah!
Ayah Prihatin Cakna Keperluan Anak Dunia, Akhirat
Ada 3 level prihatin yang semua ayah-ayah kena tahu.
1. Prihatin level rendah ( fizikal ) :
– pastikan anak cukup makan dan minum.
– pastikan anak berpakaian selesa.
– sediakan tempat tinggal yang selamat.
– ikut keperluan perkembangan anak.
2. Prihatin level sederhana ( emosi ) :
– beri anak sentiasa rasa selamat
– buat anak rasa selesa dan bahagia
– lindungi anak dari tekanan emosi
– buat anak rasa dirinya berharga
– perkembangan emosi dan mental dia sihat
3. Prihatin level tertinggi ( jiwa ) :
– ajar anak tentang tujuan hidup dia
– mengajar anak tentang siapa diri dia yang sebenar
– ajar anak apa fungsi dia di muka bumi
– mengajar anak fahami konsep syukur
– ajar anak kenal siapa Tuhan yang disembah
Ayah Prihatin
Ayah yang prihatin akan cakna pada keperluan anak dari dunia sampai akhirat.
Seorang ayah yang prihatin akan cakna supaya anaknya tidak sesat sampai bila-bila.
Ayah yang prihatin akan cakna dengan hala tuju hidup dan mati anaknya.
Ayah yang bijaksana akan meninggalkan anak yang soleh dan solehah sebagai bekalan di hari pembalasan.
Ibu tiga anak digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, kegagalan brek jadi punca. Seorang anggota penjara yang juga ibu kepada tiga anak,...