Masya Allah… terkedu baca tajuk yang mana punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dipercayai didera oleh ibu kandungnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak semalam adalah disebabkan oleh pendarahan di bahagian esofagus.

Hasil bedah siasat pada pukul 10 pagi tadi mendapati keadaan itu berkemungkinan oleh faktor salur darah pecah atau berlaku ulser pada esofagus. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata,

“Ini mungkin disebabkan stress atau force trauma, selain terdapat banyak kesan parut lama dan luka baru di bahagian kepala dan seluruh anggota badan mangsa yang berkemungkinan didera.”

IKLAN

Apa yang lagi menyedihkan, pemeriksaan fizikal mendapati terdapat banyak kesan lebam ditemui pada bahagian pergelangan kaki, belakang badan, bahagian pinggang, punggung, bahagian siku kiri, bahagian bawah ketiak kanan dan kesan melecur pada bahagian kemaluan mangsa.

Ya, tak mampu nak bayangkan rasa sakit yang ditanggung si mangsa apabila melihat keadaannya. Mangsa yang merupakan pelajar tahun 4 dari Sekolah Chung Ching Tanah Putih merupakan anak pertama dari dua beradik lelaki. Yang kedua berumur lapan tahun.

IKLAN

Mak Ayah Si Mangsa Ditahan

Bapa mangsa yang berumur 30 tahun bekerja sambilan sebagai penjual kereta terpakai selain menjadi pemandu Grab, manakala ibu mangsa mengambil upah menjaga tiga orang kanak-kanak di rumahnya.

Ibu dan bapa mangsa kini ditahan reman sehingga 16 Julai bermula semalam dan kes ini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

IKLAN

Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarganya pada jam 3.40 petang tadi untuk dikebumikan.

Sumber: Bernama

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI