Setiap mak ayah pastinya ada cara yang berbeza dalam mendidik anak-anak. Tak boleh ‘pukul rata’ setiap mak ayah perlu didik anak-anak dengan acuan yang sama. Ada yang menggunakan pendekatan lembut, tegas dan sebagainya. Namun yang pasti tujuannya adalah sama, mahukan anak menjadi yang terbaik dan diberikan didikan sempurna.Oleh itu, jangan sibuk dan tak perlu masuk campur dengna cara orang lain jaga anak, kerana mereka lebih tahu.
Baru-baru ini, pelakon Nor Faezah Md Elai,37 atau lebih dikenali Faezah Elai ada berkongsi pandangan sendiri di laman Intagramnya mengenai cara didikan anak-anak. Isteri kepada Pengarah Drama, Heykal Hanifah ini menjelaskan bahawa tiada cara betul dan salah dalam ilmu keibubapaan.Setiap orang ada cara yang berbeza dan tak perlu mudah menjatuhkan hukum apabila cara mendidik anak-anak tidak sama.
Berikut perkongsian pelakon ini;
“What I believe there really is no right or wrong in parenting,unless u are looking at ur parenting through the judgemental eyes of someone who prefers to do things differently.”
Ads
“Setiap orang ada cara yang berbeza untuk didik anak-anak.Yang really wrong is uninvolved parenting!! I hate it when people trying to tell me how to parent my kids when I’m the one who raised them.I’m a full time mom and sacrifice my life my career to raise my children by myself.”
“Mak Pak zaman lani depa kata kena besaqkan anak-anak hipsturr style, konon we have to be our children friends. I was like seriously??? Let me give you a piece of advice, we need parents to parents not friends! Parents need to set guidelines.Kalau anak-anak dah besar tu cerita lain.. My mom is my best friend tapi that happen bila hakak dah tua dik.”
“I’ve seen parents yang guna method tak pernah marah anak,konon slow talk bagi paham, end up bila besaq and parents said No! Dia keriau balik and said my life is my rules!! So that time I was wondering mana istilah yang konon cakap lembut anak-anak pon lembut.. So konsep tu tak boleh pakai.”
Ads
Tapi tu tak bermaksud u have to yell at ur kids macam orang gila or cursing them!! Yang ni memang tak betoi!! Dont and never curse ur children!! So jangan lah sibuk dengan cara orang lain jaga anak.. kita jaga anak-anak kita sudah lah ye.. Dont bother to advice orang lain kecuali kalau dimintak for advice.
Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 9 September 2011 dan dikurniakan dua orang puteri Dealova Heyrinna,6 dan Aurora Heyrinna,3.
MW: Memang ada benarnya. Setiap mak ayah pasti ada cara tersendiri yang dirasakan terbaik dalam membesarkan anak-anak mengikut acuan yang mereka. Jika tak sama dengan cara didikan kita sekali pun, tak perlu sibuk dan pandai-pandai masuk campur.
Pengalaman ibu ini, Cik Puan Ammy dan suami berdepan sekumpulan anak-anak yang berbasikal lajak di tengah malam gelita membuatkan dirinya dilanda kebimbangan.
Mujurlah suami sempat menekan brek, kalau tidak mahu dia pun tergilis kepala anak-anak yang sedang leka bermain basikal lajak di tengah malam hari itu. Yang buat hatinya hairan, kenapa anak bersekolah ini lepas bebas sebegitu.
Rata-rata netizen menghentam hak kebebasan amoi yang melanggar mati 8 remaja Basikal Lajak dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru, pada 18 Februari 2017 yang lalu. Saya tidak berpihak kepada sesiapa, menghentam pun tidak, menyokong pun jauh sekali… Tetapi terus teringat peristiwa malam merdeka 2019 yang lepas.
Jam 11++ pm, ketika kami suami isteri pulang dari berniaga dengan menaiki lori… Kelihatan sekumpulan budak lelaki dalam lingkungan 5 ke 7 orang, mungkin sebaya dengan anak saya (12 tahun) sedang menolak Basikal Lajak mendaki bukit (jalan raya berbukit) di kawasan Forest Height Seremban.
Apabila kami tiba di atas bukit, ada pula yang bersiap sedia untuk ‘melajak’ basikal nya menuruni bukit… Ada juga yang bersantai – santai baring di bahu-bahu jalan di mana posisi kepala berada di atas jalan raya dan kami hampir menggilis kepala salah seorang daripada mereka kerana kawasan itu agak gelap (tiada lampu jalan).
Nasib baik suami sempat mengelak. Jikalau lah suami tidak berhati-hati sudah pasti kami senasib dengan amoi yang melanggar mati 8 orang remaja Basikal Lajak tempohari kerana telah menggilis kepala kanak-kanak tersebut walaupun tidak sengaja… Nauzubillah mohon dijauhi pekara seperti itu berlaku keatas anak-anak saya dan anak-anak para pembaca.
Ikutkan hati suami, ingin sahaja berhenti dan ‘menghalau’ mereka balik. Tetapi saya menghalangnya kerana bimbang suami pasti akan memberi ‘pelempang jepun’ kepada anak-anak tersebut. Pasti ada ibu-bapa yang tidak berpuas hati nanti.
Dengan rasa tanggungjawab… Suami ‘call’ 999 dan minta disambungkan ke balai polis berhampiran minta pihak polis buat rondaan. Apa yang paling terkesan dengan kata-kata suami saya;
“Encik… Tolong segera ya. Anak-anak bangsa kita tu. ”
Di mana ibu dan bapa anak-anak tersebut? Sudah larut malam anak-anak masih tiada di rumah. Tidakkah mereka risau?
Kepada ibu-bapa yang mendapati anak-anak ada memiliki Basikal Lajak. Tolong lah pantau. Jika berminat untuk berlumba basikal, tolong ke saluran yang betul dan selamat. ‘Support’ hobi anak-anak, luangkan masa melayan minat mereka. Anak-anak kita bakal pemimpin masa depan. Jangan hancurkan masa hadapan mereka dengan kelalaian kita sebagai ibu dan bapa.
Seperti yang saya nyatakan di atas, saya juga mempunyai seorang anak berumur 12 tahun, hampir juga nak ‘custom made’ Basikal Lajak secara rahsia menggunakan rangka-rangka basikal lama miliknya semasa berumur 4 ke 5 tahun yang lalu.
Biasa lah kan… Budak mana yang tidak tertarik dengan Basikal Lajak lebih-lebih lagi anak saya amat meminati sukan yang ‘extreme’ seperti ini. Memandang kan bapanya seorang pomen basikal dan punyai kelengkapan yang mencukupi memang tidak ada masalah untuk dia membina sebuah Basikal Lajak.
Walaupun dia sudah mempunyai sebuah basikal ‘mountain bike’. Namun dia masih tidak berpuas hati kerana hanya berlumba di laluan hutan (off road) sahaja. Dia juga ingin merasai pengalaman berlumba di jalan raya.
Bila saya selalu gagalkan rancanganya dengan ‘kuasa veto’ seorang ibu, langsung dia tidak berminat lagi dengan Basikal Lajaknya itu dan akhirnya rangka basikal tersebut ‘terkubur’ sepi dibelakang rumah.
Melihat dia bergitu berminat untuk berlumba di jalan raya, suami saya telah membeli sebuah lagi ‘racing bike’ untuknya dan saya sendiri telah mendaftarkan dia ke beberapa ‘event’ berbasikal dan salah satunya adalah daripada anjuran Junior Cycling sebagai tanda sokongan.
Sebagai ibu dan bapa kita haruslah sentiasa memberi galakkan terhadap minat anak-anak. Begitu juga dengan abang dan kakaknya yang punyai minat dan hobi yang berbeza. Minat anak-anak saya tidak sama walaupun lahir daripada benih dan rahim yang sama.
‘Support’ minat anak-anak bukan beerti kita manjakan mereka. Tunaikan kehendak anak-anak juga bukan beerti kita ‘bertuankan’ mereka. Tidak salah jika melayan kehendak dan kerenah mereka asalkan kita mampu tetapi haruslah berpada-pada dan kena pada tempatnya.
Letakkan syarat yang harus mereka patuhi dan ‘harga’ yang harus mereka bayar untuk mendapatkan sesuatu yang mereka idamkan.
Sebagai contoh, mereka perlu menghargai, menjaga dengan baik, menggunakannya dengan cermat dan tidak menyalah gunakan setiap pemberian. Terangkan kepada anak-anak bukan mudah bagi kita sebagai ibu dan bapa memerah keringat untuk mendapatkannya.
Memiliki anak-anak yang degil dan tidak mendengar kata ibarat igauan ngeri kepada ibu dan bapa. Tetapi ianya bukanlah satu alasan untuk kita mengabaikan mereka. Mereka amanah tuhan untuk kita jaga.
Setiap masalah ada jalan penyelesainya. Cuba cari di mana puncanya sehingga anak-anak kita menjadi tidak bermoral. Mungkin kurang kasih sayang, terlalu dimanjakan atau cara didikan yang salah.
Saya tidak menafikan, anak-anak saya juga kadangkala bermasalah. Alhamdulillah suami saya bijak menangani setiap masalah anak-anak dengan baik. Kami akan mencari puncanya dan akan berbincang apakah cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. Kami tidak akan segan silu untuk meminta pandangan dan pendapat daripada para sahabat yang lebih berpengalaman.
Cuba jadi ‘kawan’ yang baik kepada anak-anak supaya senang mendekati mereka… Fahami perasaan mereka supaya senang mereka berkongsi masalah dengan kita dan cuba kenali diri mereka.
Ramai ibu dan bapa gagal mengenali sikap dan emosi anak-anak sendiri sehingga apabila belakunya sesuatu pekara yang buruk baru mereka sedar selama ini sikap dan tingkah laku anak mereka tidak bermoral, emosi anak terganggu dan jangan menyesal jika saat kita mula menyedarinya ianya sudah terlewat.
Semoga dewasanya anak-anak kita di bawah naungan keluarga yang bahagia. Keluarga bahagia akan melahirkan anak-anak yang cemerlang.
MW : Basikal lajak akan jadi tidak berbahaya jika di pandu anak-anak di kawasan dan masa yang betul. Ada salurannya untuk mak ayah layan hobi anak-anak ini.
Sekarang tengah cuti sekolah, tentu mak-mak kalut, maklum sahaja nak kena sediakan makanan sebelum ke tempat kerja, risau anak-anak tak makan nanti. Itu masa hari-hari kerja.
Tetapi bila hujung minggu, sibuknya lain pulak. Sediakan sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam untuk keluarga. Belum lagi keluar suara tarzan, bila anak-anak mula bertelagah sastu sama lain
Abang sakat adik, adik menangis. Angah pula main ‘lawan-lawan’ dengan adik, menangis sebab kena tumbuk dengan angah. Pening kepala mak-mak. Boleh dikatakan bangun je pagi, mulut mak-mak mula tak berhenti. Kalau senyap pun bila masa tidur ajelah. Itulah mak-mak, marah macam mana sekali pun, sayangnya tetap ada. Sebolehnya mahu melihat anak-anak gembira, sihat dan berjaya.
Didik Anak Jangan Tangguh
Nakal, degil macam mana pun anak tetapi bila berada di luar mesti kena jaga adab terutamanya apabila berada di luar rumah. Apatah lagi, bila anak-anak mula membesar dan dewasa. Sebab itulah, mak-mak kena mula didik anak sejak dari kecil lagi.
Menurut Pak Riz, Pakar Perunding Ilmu Kekeluargaan yang berpengalaman selama hampir 26 tahun, ada cara untuk ‘ikat’ anak, bukan sahaja untuk menjaga adab tetapi juga supaya anak sentiasa ingat pada ibu bapa. Bayangkan semasa mak memasak di dapur, hati kecil mesti terlintas, along buat apa kat depan ruang tamu tu. Tak semena-mena along akan muncul bertanyakan maknya…Itulah hati kecil ibu, bila terlintas sesuatu,teruslah berdoa yang baik-baik untuk anak.
Sentuhan yang paling berkesan antara ibu bapa dengan anak ialah: a) Sentuh atas ubun kepala dan ucaplah dengan kata yang baik-baik. b) Pegang bahu anak bila berjalan bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Buat mak ayah yang berhasrat untuk menghantar anak-anak berumur 12 tahun ke bawah tinggal di asrama, sewajarnya pertimbangkanlah sebaik-baiknya keputusan tersebut. Tak kiralah atas apa juga pendirian yang dirasakan betul.
Ini kerana anak-kanak berusia di bawah 12 tahun masih tidak sesuai untuk tinggal di asrama. Sama ada alasan untuk mengajar mereka hidup berdikari mahupun atas tujuan pendidikan. Pada usia ini anak terlalu mentah untuk menguruskan diri sendiri dan tempat paling sesuai untuk mereka adalah di rumah bersama keluarga dengan bimbingan ibu bapa sepanjang masa.
Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal, berkata pada usia ini kanak-kanak memerlukan sentuhan kasih sayang ibu bapa bagi membolehkan proses tumbesarannya seimbang, terutama dari segi emosi dan pemakanan.
Beliau berkata, anak perlukan perhatian, bimbingan dan kasih sayang sebagai sokongan untuk membesar dengan sempurna.
Katanya, selepas mencecah usia 12 tahun ibu bapa perlu menilai semula tumbesaran fizikal dan emosi anak, mereka perlu rasional membuat keputusan sama ada membenarkan anak tinggal di asrama atau sebaliknya.
“Usia tujuh hingga 12 tahun adalah fasa usia kanak-kanak melalui proses pembesaran yang kritikal. Mereka mudah dipengaruhi rakan sebaya sekiranya ditempatkan di asrama tanpa bimbingan ibu bapa.
“Hubungan dan kasih sayang bermula dari rumah membantu mematangkan fikiran mereka.
“Berbekalkan bimbingan dari rumah, apabila keluar nanti, anak dapat menilai perkara baik dan buruk,” katanya mengulas isu kanak-kanak tujuh tahun maut akibat didera pelajar senior di sebuah pusat tahfiz di Lanchang, Temerloh, Pahang, baru-baru ini.
Kematian pelajar tahfiz, Muhammad Aimin Nurul Amin, 7, baru-baru ini dipercayai akibat cemburu sehingga tercetusnya pergaduhan. Mangsa yang juga pelajar paling muda dan bersikap manja dengan pasangan suami isteri yang juga pentadbir pusat terbabit, dipercayai menimbulkan perasaan cemburu dalam kalangan pelajar lain.
Terdapat beberapa kesan lebam di bahagian badan mangsa dipercayai dipukul. Susulan itu, tiga pelajar berusia 13 tahun di pusat tahfiz terbabit termasuk abang tiri mangsa ditahan reman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan.
Noor Aziah berkata, ketika ini ramai ibu bapa cenderung menghantar anak ke pusat tahfiz dengan harapan anak mendapat pendidikan agama sempurna.
Katanya, pada masa sama, mereka lupa kerana rumah adalah sebaik-baik sekolah dan ibu bapa sepatutnya bertindak sebagai guru agama dalam membentuk rohani dan jasmani anak untuk menjadi insan sempurna.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Renung-renungkanlah kembali, tujuan sebenar dan kesannya jika menghantar anak-anak seawal usia berjauhan dengan keluarga dan tinggal di asrama. Benar, sesungguhnya sebaik-baik ‘sekolah’ adalah didikan yang bermula di rumah sendiri.