Allahuakbar! Besar sungguh ujian keluarga ini, lepas satu, satu. Ternyata Allah menguji hamba-Nya yang benar-benar kuat.

Petang semalam isterinya dan anak baru keluar wad dan hari ini suaminya yang juga berada di ICU pula meninggal dunia. Salam takziah buat keluarga ini dan semoga Allah tempatkan arwah di kalangan orang beriman.

Suami Di ICU Meninggal Dunia

Kuala Lumpur : Bapa dua anak, Aizameen Haqim Abd Razak yang menghidap asma kronik dan masalah paru-paru meninggal dunia kira-kira jam 1.47 tengahari tadi.

Aizameen, 27, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.

Perkara itu dimaklumkan sepupu isterinya, Emmy Farhany Ahmad, 41, menerusi kiriman Whatsapp kepada Harian Metro.

“Salam semua, nak maklumkan Aizameen Haqim telah pergi menghadap Ilahi.

IKLAN

“Sama-sama kita doakan kesejahteraan arwah. Al-Fatihah,” katanya.

Baca Juga Di sini:

Tolong Doakan! Suami Dan Isteri Baru Habis Pantang Di ICU, Bayi Pula Masuk Wad

IKLAN

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Terpaksa Berpisah Selepas Dimasukkan Ke ICU

Setakat ini, jenazah Aizameen dilaporkan masih berada di hospital untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Kampung Paya Dalam, Melaka.
Kelmarin, portal Harian Metro melaporkan kisah Aizameen dan isterinya, Fatin Atikah Munzahit, 26, yang terpaksa berpisah dengan satu sama lain selepas dimasukkan ke ICU.

Aizameen dimasukkan ke ICU pada 30 Oktober lalu selepas mengalami asma kronik manakala isterinya, Fatin dimasukkan ke ICU Isnin lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.

IKLAN

Isteri dan Anak Baru Keluar Wad

Manakala anak bongsu mereka, Fitiya Ariana yang berusia dua bulan turut dimasukkan ke wad akibat cirit birit dan najis berdarah sementara abangnya Firash Aedrian, 2, mengalami ekzema kini dijaga oleh ibu saudara kanak-kanak itu, Nur Shuhaila Mazlan, 28.

Fatin bagaimanapun sudah dipindahkan ke wad biasa kelmarin sebelum keluar hospital bersama bayinya, Fitiya petang semalam.

MW: Pihak kami merakamkan ucapan takziah dan berharap isteri serta keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan menganugerahkan ketabahan buat isteri arwah. Al-Fatihah.

Sumber: myMetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI