Sumber Foto: Instagram Adira

Kini penularan pandemik Covid-19 semakin hari semakin mengganas. Malah menjadi kewajipan orang yang lebih dewasa untuk lebih peka dengan penjagaan kesihatan kanak-kanak yang masih kecil.

Golongan kanak-kanak sudah pasti belum arif dengan apa yang disarankan seperti penjarakan sosial, etika menutup mulut dengan betul, tidak bersalaman dan sebagainya. Oleh itu sebagai ibu bapa sememangnya memainkan peranan untuk melindungi anak-anak yang masih kecil dari dijangkiti virus ini,

Adira Jalani Kehidupan Norma Baharu

Sepertimana saranan kerajaan tentang status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah penyanyi Adira Suhaimi mengakui sanggup tidak keluar rumah demi menjaga keselamatan dan kesihatan anak-anaknya ketika tempoh PKPB ini.

Artikel berkaitan: Risaukan Anak-Anak Kecil Terdedah Covid-19, Adira Lebih Rela Duduk Saja Di Rumah   

COVID-19: ‘Frontliners’ Terkorban, Arab Saudi Bagi Setengah JUTA Riyal Kepada Keluarga

IKLAN

Malah seperti yang difahamkan, Adira juga akur untuk menjalani kehidupan dalam norma baharu demi menjaga kepentingan anak-anaknya.

Isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red ini yang mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Anggerik, 3, Assan, 2, dan Anggun, berusia setahun ini memberitahu dia dan anak-anak sihat namun lebih selesa memilih berada di rumah.

Malah Adira juga sering memberi peringatan pada diri sendiri supaya tidak mengalakkan untuk keluar jika tiada hal penting atau memaksa.

IKLAN

Patuhi Arahan

“Saya sangat mematuhi arahan ketika PKPB ini, saya tidak akan rentas daerah atau negeri dan hanya duduk di rumah sahaja.

“Saya takut sampai macam tu sekali kerana ada anak-anak kecil yang sangat berisiko tinggi terdedah dengan penyakit berbahaya seperti Covid-19. Jadi perlu fikirlah itu dulu sebelum lakukan apa-apa,” terang Adira.

IKLAN

Suami Juga Tidak Merentas Daerah

Adira juga menerangkan dia bersyukur suaminya juga tidak perlu merentas daerah untuk ke rumahnya dan madu, Sharifah Norshafilla Hassim atau Datin Red.

“Alhamdulilah suami saya pun sihat dan setakat ini dia tidak perlu pun merentas daerah atau negeri kerana saya dan madu tinggal berdekatan sahaja,” terangnya.

Sumber Foto: Instagram Adira
Sumber: Astro Gempak
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/