
Usik mengusik dan senda gurau didalam perkahwinan menambah lagi kemanisan serta kemesraan dalam hubungan suami isteri. Perkara ini tidak terkecuali dilakukan oleh pasangan selebriti Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.
Gelagat pelakon Zamarul Hisham mengusik isterinya, Diana Rafar yang memakai telekung untuk menunaikan solat berjaya mencuit hati pengikut akaun beliau dan peminatnya.
Zamarul berkongsi video pendek berdurasi 41 saat itu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam mendapat tontonan hampir 213 ribu.
“Selalu dia kacau. Sekarang dia pula kena. Apa salahnya ambil wuduk banyak kali. Bagus biar diri kita sentiasa dengan air wuduk.
“Nak gurau dengan siapa lagi. Ini je la intan payung yang ada. Lain la kalau dia izinkan satu lagi. Ooppppsss,” tulisnya.
A post shared by Zamarulhisham Mohamed (@zamarulhisham93) on
Video tersebut merakamkan Diana cuba mengelak daripada bersentuhan dan bersalaman dengan suaminya kerana tidak mahu air wudhunya batal. Diana telah menekup mukanya dengan kain telekung manakala Zamarul pula cuba menyentuh wajahnya.
Bagaimanapun, Diana terpaksa mengambil kembali air wudhu kerana Zamarul telah memegang tangannya.
Diana secara spontan terus berkata “Alaaaa dah batal,”.
Pasangan bahagia ini dikurniakan dua orang anak, Kashfi Haikal 8 tahun dan Kayla Resha, 6 bulan.Meskipun perkahwinan mereka pernah dilandai badai satu ketika dahulu, pasangan ini belajar daripada kesilapan dan memperbaiki hubungan mereka. Mingguan Wanita ucapkan semoga rumahtangga pasangan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga. Rajin-rajinlah usik pasangan kita selalu iya.
Sumber: Instagram Zamarulhisham93
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
‘Sayang Tanpa Syarat’ Sissy Imann & Bonda “Sayang Seikhlas Hati Terima Seadanya”

‘Sayang Tanpa Syarat’ cukup besar pengertiannya. Kasih sayang tanpa had, tanpa mengharapkan balasan, menerima baik buruk seadanya malah menyayangi seikhlas hati tanpa mengira siapa pun dia.
Kasih sayang antara ibu dan anak seringkali menjadi penanda aras dalam meletakkan definisi ‘Sayang Tanpa Syarat’. Tulusnya kasih seorang ibu pada anak-anak adalah cinta abadi apabila mampu menyayangi dan rela berkorban sepenuh jiwa tanpa mengharapkan apa juga balasan. Menerima baik buruk perangai, tingkah laku, kelebihan mahupun kekurangan setiap anak-anaknya. Malah ikhlas menyayangi anak-anak dari kecil hinggalah mereka dewasa.
Selain itu, ibu akan sentiasa ada di hati anak-anaknya. Menjadi ‘tulang belakang’ yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi serta meniupkan kata-kata semangat pada anak-anaknya. Teguh berdiri menerima setiap kekurangan mahupun kelebihan anaknya dengan hati terbuka.Tatkala anak berada di puncak kejayaan mahupun dalam keadaan titik paling rendah dalam hidup.
Kasih sayang tanpa batasan ini cukup memberi nilai positif dan kekuatan pada diri anak dalam mengharungi apa juga ujian dan rintangan dalam kehidupan. Namun demikian bagi seorang ibu juga, anak merupakan sumber kekuatannya. Hubungan erat dan mesra yang terjalin antara ibu dan anak dapat menberi sokongan antara satu sama lain.

Sissy Imann & Bonda
Sissy Imann Mohammad Kamil,27 merupakan penyanyi, pelakon dan pengacara serta lulusan jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dan mempunyai ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Bersempena Hari Wanita yang diraikan baru-baru ini, BESTARI menyelami kasih sayang tanpa batasan serta hubungan erat yang terjalin antara penyanyi Sissy Imann dan bondanya tersayang.
Benarlah, hanya seorang ibu yang benar-benar memahami dan mengenali anaknya serta sanggup bersusah payah dalam menjaga anak sendiri. Bagi Zuraidah Yazit atau lebih dikenali dengan ‘Mak Tanjung’, personaliti Sissy sendiri cukup berbeza di rumah dan diluar.
“Sissy di luar dan Sissy di rumah memang berbeza sisinya. Sissy di luar nampak periang dan lebih ceria namun di rumah Sissy lebih bersikap serius namun manja dan penyayang. Kalau tak peluk satu hari, dia boleh merajuk” ujarnya bercerita ringkas sikap Sissy.
Meskipun mempunyai kerjaya sendiri, namun Zuraidah atau lebih mesra dipanggil bonda turut rela berkecimpung dalam industri seni dan lebih selesa menjadi pengurus anak sendiri.
“Bonda ada kerjaya sendiri, tapi disebabkan oleh anak, kita cuba nak jaga sendiri dengan menjadi pengurus dia. Puas hati bila sendiri yang jaga anak sendiri, rasa lebih selamat apabila menjadi ibu dan pengurus kepada Sissy Imann,” ujarnya Zuraidah yang telah 10 tahun menjadi Pengurus Sissy sejak 2013.
Memasak & Makanan Jadi Terapi
Ternyata memasak dan makanan mampu menyatukan hati dua beranak ini. Menurut Sissy lauk seperti kari dan ayam goreng sering menjadi pilihan mereka.
“Bonda memang suka ayam goreng. Kalau tanya nak makan apa, dalam satu pilihan lauk tu mesti ada ayam goreng. Terutama bahagian peha.”
“Namun ayam goreng yang digoreng oleh bonda yang paling istimewa. Iaitu menggunakan Tepung Ayam Goreng BESTARI. Jadi bila nak goreng ayam itulah ‘secret ingredient’ nya. Bila Sissy buat untuk bonda sama juga (menggunakan tepung BESTARI), ujar Sissy.

Malah aktiviti memasak bersama-sama sering menjadi ‘terapi’ dalam menghadapi ujian mahupun ketika berasa ‘down’.
“Ada ketika bila rasa down, salah satu terapinya adalah dengan memasak,”ujar bonda.
“Apabila dilanda masalah Sissy suka duduk berdiam diri dalam bilik. Jadi bonda selalu akan ketuk pintu dan ajak masak. Sebab bonda tahu sissy suka makan. Jadi ia satu terapi bila kita masak bersama,” jelas Sissy pula.

Menjelaskan pengertian ‘Sayang Tanpa Syarat’, Sissy dan bondanya bersependapat bahawa ia adalah menyayangi seikhlas hati dan menerima seseorang seadaanya apa sahaja keadaannya.
Banyak lagi perkongsian manis yang dikongsikan oleh Sissy Imann dan bondanya. Saksikan video penuh #sayangtanpasyarat tersebut di sini.
REBUT PELUANG BERBUKA PUASA BERSAMA SISSY IMANN, BONDA DAN USTAZAH ASNI MANSOR
BERITA BAIK juga, rebut peluang berbuka puasa di MAJLIS IFTAR BERSAMA BESTARI SAYANG TANPA SYARATdi Glasshouse@Klang pada 13 April 2023 (Khamis) nanti.
Caranya cukup mudah, iaitu berikan pengertian ‘Sayang Tanpa Syarat’ yang anda fahami di ruangan komen di facebook kami.
5 komen terbaik akan mendapat 2 pass masuk menyertai majlis berbuka puasa bersama Sissy Iman dan Ustazah Asni Mansor.
#sayangtanpasyarat
#bestarisayangtanpasyarat
#bestarifood
#sempurnakanraya
#MWraikanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila Anak Ramai Jangan Susahkan Keluarga Minta Jaga, Didik Dan Buatlah Ikut Kemampuan

Seronoknya bila tengok keluarga yang mempunyai anak ramai. Mungkin masa mereka kecil, mak ayah agak ‘struggle’ maklum saja macam-macam karenah dan perangai masing-masing.
Tak kurang juga yang mengatakan anak ramai susahnya masa kecil. Tapi bila mereka dah besar tentu seronok sebab masing-masing tugas dan fungsi. Boleh membantu mak ayah.
Kita tak tahu rezeki keluarga. Anak ramai pun satu rezeki yang Allah berikan. Mungkin orang luar atau tak mustahil juga adik beradik rasa kasihan bila tengok mak ayah tak tentu arah menjaga anak.
Jangan terkejut, ada keluarga yang mempunyai anak ramai dan tak kisah minta tolong ahli keluarga lain jaga. Bukan hanya anak ramai, anak seorang dua pun ada yang minta ahli keluarga tolong jaga.
Sampaikan boleh dengar orang mengata ‘buat anak pandai tapi bab menjaga tak pandai’. Wow..makan dalam dibuatnya.
Sebagai mak ayah yang diberikan anak ramai, jangan mengeluh atau minta ahli keluarga jaga untuk meringankan beban. Sebaliknya, jagalah sendiri anak-anak itu mengikut kemampuan kita, mereka itulah rezeki yang Allah beri.
Ikuti perkongsian daripada Juriah H Mazlan yang mempunyai 9 orang anak dan cabaran dia serta suami didik anak. Moga dijadikan panduan untuk mak ayah di luar sana
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nak Anak Lancar ‘Speaking’ Macam Anak Hanis Zalikha, Buat Macam Ini
Isteri Seronok Anak Rapat-Rapat Kalau Pasangan MEMBANTU Bukannya Pandai ‘Buat Anak’ Saja
Info Lebih Menarik DI SINI
Anak Ramai, Cabaran Dalam Mendidik
Ada beberapa orang yang pernah berkata, terinspirasi melihat keluarga mama fatim, suka tengok ahli keluarga yang ramai. Anak-anak yang kalau diikutkan pada zaman ini, agak ramai ahli-ahlinya.
Cuma untuk peringatan mama fatim dan kawan-kawan. Siapa yang ada anak-anak, tidak kira ramai atau sedikit.
1) Ingat sangat-sangat, anak-anak ni hanya pinjaman yang diamanahkan. Sebelum dapat dulu, beria-ria kita berdoa dan meminta. Jadi bila dapat, kita tak perlu buat acuh tak acuh sahaja. Jagalah amanah dengan sebaiknya.
2) Waktu anak-anak masih baby, mereka bukannya badut untuk kita merasa terhibur dan sayang waktu kecil je, bila sudah besar tak adalah sayang mana. Ambil peduli pun tidak.
3) Seramai mana pun anak-anak, jagalah dengan penuh kasih dan sayang. Sayangi mereka dengan sama rata. Tidak perlu sebelah pihak sahaja yang menjaga dan bertanggungjawab kerana mereka adalah di bawah tanggungjawab bersama sebagai ibu dan ayah.
4) Tanggungjawab terhadap anak-anak bukan hanya terletak kepada menyediakan mereka keperluan akademik dan fizikal seperti makan minum sahaja semata-mata, ia terletak juga kepada keperluan akidah dan keimanan kepada Allah.
5) Sentiasa berdoa kepada Allah untuk mendidik anak-anak, doakan anak-anak supaya dosa mereka diampunkan, supaya Allah redha pada mereka, kerana sekiranya kita sahaja sendiri-sendiri, memang tidak mampu. Kerana anak-anak ketika kecil lain cabarannya, sudah remaja lagi lah besar dugaan mendidik mereka. Jadi kepada Allah sahaja kita meminta petunjuk.
6) Perlulah kita menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab menyediakan segala keperluan keluarga, sedaya upaya menyediakan apa yang termampu dari segi makan minum, menjaga emosi anak-anak dan pasangan kerana kita sahaja yang dapat memastikan keluarga yang sempurna dengan pertolongan Allah.
7) Sebelum dan sudah ada anak-anak, rancang dari awal Roadmap Pembinaan keluarga. Apa yang kita nak rancang, contohnya kewangan, tempat tinggal, persekolahan anak-anak, simpanan, insurans, takaful, wasiat dan sebagainya. Bila kita nak pencen dari kerja, bila kita nak exit dari menjaga anak-anak (maksudnya tak perlu lah kita menjaga sampai anak cucu cicit semua kita nak jaga).
Tidak perlulah kita menyusahkan ahli keluarga yang lain seperti mak ayah kita, mak ayah mertua, ipar duai dan sebagainya. Pinjam duit, minta jagakan anak-anak. Buatlah dan jagalah keluarga kita mengikut kemampuan dan seadanya.
Begitulah, ini hanya sebahagian sahaja perkongsian untuk mama fatim dan kita semua. Besar sungguh cabaran mendidik anak-anak ni ye. Nak pula zaman sekarang ni. Sesiapa yang ada, tahulah bagaimana.
~ Mama fatim
Pernah 11 kali pregnant, 9 je anak yang membesar, itu pun cukup dah alhamdulillah.
Mingguan Wanita : Masa anak-anak kecil memang buat mak ayah kalut. Tapi, percayalah rezeki yang Allah bagi ini akan menyenangkan kemudian hari. Jagalah amanah Allah ini dengan sebaiknya.
Sumber: Juriah H Mazlan
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Semudah ABC Nak Perbaharui Pasport, Wanita Kongsi Urusan Selesai Di Imigresen Tak Sampai 10 Minit

Semudah ABC nak perbaharui pasport, wanita kongsi urusan selesai di imigresen tak sampai 10 minit.
Kita sering membaca di media kesukaran dihadapi saat memperbaharui passport. Datang kena seawal jam 7 pagi untuk mendapatkan nombor dan jika lambat tiada peluang berurusan di kaunter imigresen jika nombor sudah habis. Begitu juga kesukaran saat mengisi secara dalam talian serta pelbagai keluhan lagi.
Semudah ABC Nak Perbaharui Pasport
Satu perkongsian dari Wan Nurdiana pasti membuka mata bahawa untuk memperbaharui passport tidak lah sesukar mana asal ikut langkah ditunjukkannya. Bahkan urusan memperbaharui pasportnya semudah ABC dan ketika berurusan di Jabatan Imigresen, ianya selesai kurang dari 10 minit.
Jadi, bagi sesiapa yang mahu perbaharui passport, boleh ikut langkah diajarkannya.

Alhamdulillah selesai renew pasport semudah ABC
Tak sampai 10 minit pun dah boleh ambil pasport baru hari ini. Jom Nana kongsikan step by step.
Daripada proses permohonan online sampai ke proses pickup passport.
- Mula-mula, sediakan gambar ukuran pasport – boleh pergi kedai gambar untuk ambil gambar atau nak gambar sendiri and edit back ground sendiri pun boleh (mine ambil kat kedai gambar untuk keselamatan).
Pakai tudung berwarna gelap, back ground putih, natural makeup dan senyum tanpa gigi
Jangan sesekali guna lens berwarna selain rambut / tudung cover kawasan muka.
2) Kemudian buka laman
https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport
Untuk upload gambar, masukkan data peribadi, lokasi ambil passport & bayaran passport (renewal – RM200, warga emas RM100 ) – WAJIB SAVE RESET.
Boleh pilih nak collect pasport di mana nanti. Lebih baik cari tempat berdekatan anda.
3) Lepas submit – tunggu email KELULUSAN dari Jabatan Imigresen (permohonan Nana lulus dalam 30 minit sahaja)
4) Bila dah LULUS, print dan bawa resit bayaran tadi ke pejabat Imigresen yang anda pilih online tadi. (print sendiri untuk memudahkan kerja tapi di UTC KK, ada counter printing di entrance bangunan).
Wanita Kongsi Urusan Selesai Di Imigresen Tak Sampai 10 Minit
5) Bila sampai pejabat Imigresen tidak perlu ambil nombor, letakkan resit bayaran anda di “tray” counter serahan passport (UTC KK kaunter 11).
Sertakan, resit bayaran, pasport lama dan letak IC sekali di dalam tray berkenaan.
Walaupun ada notis 1 jam untuk siap, jangan ke mana-mana sebab masa Nana nak ambil tu tak sampai 10 minit dah dipanggil nama & boleh dapatkan passport baru.
Senang kan?


Inilah cara paling mudah & cepat untuk renew passport. Sebab Nana di Kudat, jauh untuk ke KK (pasport siap serta merta kalau buat di KK).
Tinggal isi online, dapat email kemudian collect tanpa perlu beratur panjang. Ramai juga manusia di UTC untuk urusan pasport tadi.
Tapi bila buat online tinggal datang dan collect tanpa tunggu berjam untuk giliran bergambar dan sebagainya. Alhamdulillah.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Trip Makan-Makan Di Hatyai, Paling Best KlongHae Pasar Terapung. Hotel Pun Murah 3H2M Cuma RM278
Syarat Terkini ‘Renew’ Passport Tak Macam Dulu, Mohon Secara ONLINE Terus 5 Tahun!
Tinggal Pasport Dalam Hotel, Pelancong Wanita Dakwa Pihak Berkuasa Minta Duit Kopi
‘Pengkid Pergi Umrah..’ Masih Ada Lagi Manusia Tidak Belajar Dari Kes Covid-19
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!








