Seronoknya bila tengok suami isteri yang mempunyai anak rapat-rapat. Kagum dan bangga kerana diberikan rezeki dengan anak yang ramai.

Beruntungnya bila ada anak rapat-rapat. Memanglah masa merka kecil agak penat buat mak ayah. Tapi tak perlu mengeluh sebab setiap anak ada rezeki masing-masing. Namun, tak kurang juga pasangan yang bertahun-tahun kahwin tapi masih belum dikurniakan anak.

Suburnya dia! Itu salah satu ayat yang biasa mak-mak cakap. Sudahlah subur, senang nak bersalin dan tidak ada apa-apa alahan. Kalau macam ini, tiap-tiap tahun pun boleh beranak.

Begitulah. Seronok memang seronok anakrapat-rapat. Tapi, kalau nak anak yang ramai sekalipun, jangan hanya serahkan segala urusana menjaga anak ini di tangan isteri semata-mata.

Sebagai suami kena ada kerjasama dan membantu. Jangan hanya fikir nak ‘buat anak’ saja. Lepas itu, segala macam ditanggung oleh isteri. Sedih.

Bayangkan kalau anak rapat-rapat tapi mampu mak ayah uruskan dengan baik, tidak menjadi masalah. Apa yang menjadi masalah, bila suami tak ambil peduli langsung. Penat dan boleh ‘burn-out’ isteri.

Walau bagaimanapun, anak rapat-rapat atau tidak semuan kena bergantung pada kerjasama suami juga. Inilah yang dikongsikan oleh Insyirah Soleha tentang perkara ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Kerap Jerit Pada Anak, Cari Gaduh Dengan Pasangan, Tanda Dia Perlukan Me-Time

Mak Ayah Marah Anak Jangan Bandingkan, Elak Cemburu Dan Benci Dengan Adik Beradik

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Kagumnya Anak Rapat-Rapat

Seorang sahabat, anaknya rapat-rapat. Kagum juga sebab beliau berniaga, jadi tanyakan kalau boleh ambil ibrah untuk amalkan. Tapi, dia balas penuh rendah diri.

IKLAN

“Kita tak hebat langsung la awak, suami yang banyak sangat bantu. Sediakan keperluan anak-anak, bantu uruskan keperluan saya juga.

Suami selalu buat lauk frozen, siap tampal sticker tarikh. Apa yang saya teringat nak makan, saya ambil panaskan.”

Ya Allah.
Kadang kita nampak kecil sangat tapi sebenarnya bantuan pasangan sangat besar maknanya.

Ada ibu seronok anak rapat-rapat sebab pasangan yang sangat mengambil peranan untuk sama-sama uruskan anak.

Bila anak berak langsung tak segan cebokkan.
Anak mengamuk tak tumpang mengamuk.
Bila anak sakit sama-sama berjaga malam.
Anak lapar tolong uruskan.
Sama-sama.

Tak cerewet bila rumah bersepah, asalkan bukan kotor. Ada beza sepah dan kotor.

Ujian Berbeza

Tapi, ada juga isteri yang diuji anak ramai jarak dekat tanpa bantuan pasangan dalam masa yang sama ‘haramkan’ untuk ambil perancangan keluarga kerana menyekat rezeki Tuhan katanya.

IKLAN

Dalam dia duk mentazkirah isteri pasal sekat rezeki, dia tak peduli pun berak kencing anak, solat dan mengaji anak-anak entah ke mana, bila anak sakit elok saja berdengkur macam tak ada apa.

Sungguhlah,
Perkahwinan bukan sahaja berkenaan apa hak kita dari pasangan tetapi perlu ingat apa tanggungjawab kita pada pasangan, dalam pada kita menunaikan hak dan tanggungjawab perlu ada ihsan dan belas kasihan.

Kenapa masa bercinta seronok sangat tapi dah berumahtangga rasa pudar cinta, jadi menyampah?

Sebab… perkahwinan ada tanggungjawab yang perlu dibuat, ada hak yang perlu dilunasi, ada nyawa manusia lain untuk disantuni dan kesemuanya itu memerlukan pengorbanan dan hati yang empati.

Seperti mana dosa pasangan yang belum bernikah, sebesar itu jugalah pahala buat mereka berumahtangga.

Beri senyum dan membuat orang senyum juga boleh jadi ibadah.

Semoga, sama-sama saling membantu bina Syurga dunia sebelum Syurga yang dijanjikan Nya bagi orang bertakwa.

IKLAN

Ummu Amir,
Be Kind. Always.

Mingguan Wanita : Masa anak kecil-kecil, boleh naik migrain dengan perangai anak. Sabarlah. Semoga ada rezeki untuk pasangan yang masih belum dikurniakan anak. Jangan berhenti berdoa dan berusaha.

Sumber: Insyirah Soleha

Baca Artikel Lain DI SINI: Anak Perempuan RAPAT Dengan AYAH Bukan MENGADA, Dialah Lelaki Pertama Diingati Bila-Bila

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI