Nourul Depp dedah terpaksa buang uterus dan ovari. Penyanyi terkenal Nourul Depp akhirnya membuka satu kisah yang selama ini disimpannya kemas di mana dirinya pernah menghidap kanser saluran vagina sehingga terpaksa melalui pembedahan besar membuang rahim dan ovari.
Mengimbas kembali detik pada tahun 2018, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 48, mengakui ia antara ujian paling besar dalam hidupnya, namun dipendam demi menjaga hati banyak pihak.
Nourul Depp Dedah Terpaksa Buang Uterus & Ovari
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Nourul memberitahu kanser tersebut dikesan awal hasil pemeriksaan kesihatan yang memang menjadi rutinnya setiap tahun. Pada mulanya, doktor mencadangkan suntikan vaksin HPV untuk merawat masalah prakanser yang ditemui.
“Doktor suruh cuba rawatan selama enam bulan. Tapi kanser itu datang semula dan naik daripada prakanser kepada tahap satu. Waktu itu saya sedang mengandungkan Isabella. Mujur dapat dikesan awal kalau lambat, mungkin saya tak dapat mengandung,” ujarnya.
Ads
Selepas beberapa siri pemeriksaan, doktor mengesahkan sel kanser kembali aktif. Pada ketika itu, ibu kepada empat cahaya mata ini nekad membuat keputusan untuk membuang rahim pada tahun 2020.
“Alhamdulillah, selepas pembedahan, semuanya bersih,” katanya lega dengan perasaan lega.
Tidak berhenti di situ, tahun lalu dirinya turut menjalani pembedahan membuang ovari selepas doktor menasihatkan tindakan tersebut demi keselamatan jangka panjang. Tambahnya lagi tidak perlu menjalani kemoterapi kerana kanser masih pada tahap awal.
Ads
Nourul juga lebih peka terhadap kesihatan wanita kerana mempunyai kakak yang turut diuji dengan kanser ovari tahap 3B.
“Sebab ada pengalaman dalam keluarga, saya memang rajin buat pemeriksaan. Syukur, saya dapat tahu lebih awal. Kanser tahap satu pun sudah bahaya, apatah lagi kalau dibiarkan,” jelasnya.
Kehidupan sibuk di kota sering kali membuat kita terperangkap dalam rutin yang sama. Namun, di sebalik kesibukan kerja, sesekali rasa mahu bertukar angin, menikmati makanan berbeza dan menambah kegembiraan dengan semangat bercuti.
Bayangkan sejenak, anda berada di atas awan, meluncur ke destinasi yang penuh dengan keajaiban dan pengalaman yang menanti.
Menghampiri musim cuti sekolah minggu depan, ambil kesempatan menjelajah pelbagai lokasi menarik. Terbang bersama Batik Air terus ke 63 destinasi yang memukau pandangan.
Menawarkan tambang yang murah serta kompetitif, memilih Batik Air sebagai penerbangan hujung minggu atau cuti singkat tidak lagi membebankan.
Bagi warga Lembah Klang, kemudahan berlepas dari Subang Airport menjadi antara tarikan terbesar Batik Air. Lokasinya yang dekat, prosesnya yang pantas dan suasana lapangan terbang yang lebih santai menjadikan Subang pilihan ideal untuk percutian spontan.
Dari sini, Batik Air menawarkan penerbangan secara terus ke Singapura, Jakarta, Bangkok, Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu bagi warga kota menjadikan perjalanan lebih mudah tanpa perlu memandu jauh ke KLIA atau melalui transit yang memanjangkan masa perjalanan.
Bukan sekadar terbang dari Subang, Batik Air turut menawarkan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (Ipoh) ke Singapura, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Tashkent, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Incheon Korea Selatan (selain terus ke Sandakan, KLIA 1 dan Airport Subang), tanpa transit di mana-mana destinasi sempena cuti sekolah, cuti perayaan Tahun Baru Cina serta Hari Raya Aidilfitri.
Selain memudahkan warga KL, Batik Air turut mengembangkan laluan terus dari bandar-bandar lain, menawarkan perjalanan yang lebih pantas tanpa transit sesuai untuk perniagaan, percutian singkat atau lawatan keluarga.
Laluan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah – Singapura memberikan alternatif perjalanan yang lebih mudah untuk kedua-dua pihak sama ada orang Perak yang ingin ke negara jiran atau warga Singapura yang mahu menikmati percutian ringkas di utara Malaysia. Sangat senang tanpa perlu ke KLIA1 lagi.
Laluan unik ini menghubungkan pulau peranginan terkenal Malaysia ke ibu kota Uzbekistan. Ia membuka peluang kepada pelancong dari Asia Tengah untuk meneroka Malaysia secara terus selain memberi pengalaman percutian yang berbeza kepada rakyat Malaysia yang ingin melihat sejarah dan budaya Asia Tengah. Bahkan harga perjalanan terus ke bumi anbia ini lebih kompetitif berbanding laluan bertransit.
Di Sabah, pengembangan laluan Batik Air menjadikan Lapangan Terbang Antarbangsa Kota Kinabalu semakin penting sebagai hab penerbangan serantau. Sambungan terus ke Incheon, Korea Selatan membuka akses yang lebih lancar untuk perjalanan ke Seoul, tanpa perlu transit di Kuala Lumpur.
Selain itu, laluan terus ke bandar-bandar seperti Tawau, Sandakan dan Kuching memudahkan pergerakan dalam negeri Borneo. Hubungan ke Kuala Lumpur dan Subang pula memberi lebih fleksibiliti kepada penumpang Semenanjung.
Dan mulai Februari ini, Lapangan Terbang Antarbangsa Kota Kinabalu akan menawarkan penerbangan terus ke Singapura, menjadikan perjalanan antara Sabah dan negara jiran itu lebih mudah, cepat dan lebih berbaloi dari segi kos.
Dengan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri, semakin ramai memilih untuk bercuti sebelum musim puncak, ketika harga lebih stabil dan destinasi lebih tenang. Laluan terus yang ditawarkan Batik Air memberi kelebihan kepada mereka yang ingin pergi bercuti tanpa transit, sampai cepat dan pulang cepat, elak kesesakan cuti sekolah serta menikmati short escape sebelum fasa sibuk perayaan.
Dengan rangkaian 63 destinasi dan laluan terus yang semakin meluas, Batik Air kini menawarkan cara perjalanan yang lebih mudah, cepat dan praktikal. Sama ada untuk beristirehat seketika sebelum Tahun Baru Cina atau untuk mengisi masa sebelum Ramadan, penumpang kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk bercuti tanpa perlu menunggu cuti panjang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Malam kelmarin arwah begitu selera makan nasi dengan lauk sambal telur, empat kali bertambah sedangkan sebelum ini dia tidak kuat makan,” kata Abd Rahim Saidin, 40, bapa kepada kanak-kanak lelaki yang maut dipercayai lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya dalam kejadian di Kampung Permatang Tepung.
Tragedi cuti sekolah ini berlaku dalam suasana yang cukup menyayat hati apabila seorang abang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan adiknya yang terjatuh ke dalam parit besar.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam, Muhammad Alif Fahmi Abdullah, 12, disahkan meninggal dunia selepas dihanyutkan arus deras parit besar ketika cuba menyelamatkan adiknya, Muhammad Rayan Firrdaus, 9.
Menurut Abd Rahim, anak sulungnya yang mesra disapa Abang keluar bersama kira-kira 10 rakan sekampung untuk menangkap ikan laga di kawasan parit besar terbabit. Paras air ketika itu meningkat susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.
“Arwah dan rakan-rakan biasa menangkap ikan laga di kawasan itu dan tidak pernah berlaku kejadian buruk sebelum ini.
“Saya pelik melihat kelainan pada Abang apabila dia makan dengan begitu berselera. Saya tidak menduga itu menjadi petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.
“Saya reda dengan kehilangannya yang manja sejak kecil lagi, namun ujian ini amat berat,” katanya ketika ditemui.
Abd Rahim turut berkongsi perasaan terkilan apabila mengenangkan permintaan terakhir arwah untuk memakai kasut sekolah baharu ketika majlis graduasi Sekolah Kebangsaan (SK) Merchong Jaya.
“Beberapa kali dia merayu mahu memakai kasut baharu berwarna hitam yang dibeli oleh ibunya, namun akhirnya akur dengan larangan kami. Kasut itu sepatutnya dipakai ketika buka sekolah nanti,” katanya.
Menurutnya, parit besar itu terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka. Jiran datang memaklumkan kejadian sebelum beliau segera ke lokasi.
Penduduk kampung berusaha mencari mangsa dalam keadaan air yang deras. Mayat arwah ditemui kira-kira jam 7.15 malam selepas dua kali azan dilaungkan oleh penduduk setempat.
Sementara itu, rakan mangsa, Amirul Hakimi Mahyuddin, 12, berkata dia sempat menarik tangan adik mangsa selepas kanak-kanak itu terjatuh ke dalam parit.
“Arwah terus terjun ke dalam parit semata-mata mahu menyelamatkan adiknya, namun dia gagal kerana dibawa arus deras ke bawah pembentong.
“Saya sempat melihat tangan mangsa sebelum dia tenggelam. Arwah seorang yang baik dan mudah berkawan,” katanya.
Menurut Amirul lagi, sebelum kejadian tragis itu, arwah dan adiknya berjaya menangkap kira-kira 30 ekor ikan laga yang cantik.
Bagaimanapun, tragedi cuti sekolah itu meninggalkan kesan mendalam buat dirinya sehingga dia bertekad untuk tidak lagi meneruskan hobi menangkap ikan laga selepas kehilangan rakan yang amat disayanginya.
Tragedi menyayat hati berlaku pada Jumaat apabila nahas SUV di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris – Sungai Gawi – Aring meragut nyawa sepasang bakal pengantin selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung berhampiran Bukit Kawah.
Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, Hassan Shazali, 52, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir, bersama tunangnya, Suzaimah Che Azis, 34, yang bekerja sebagai pembantu kantin, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan serius. Pasangan ini difahamkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember nanti, namun impian itu tidak kesampaian.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab memaklumkan bahawa pasangan tersebut menaiki Toyota Fortuner dan sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu menuju kediaman mereka di Gua Musang, Kelantan ketika nahas SUV berlaku.
Siasatan awal mendapati laluan yang digunakan sebenarnya telah ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan. Keadaan jalan yang tidak rata serta tidak stabil turut menambahkan risiko kepada pengguna.
Menurut kenyataan beliau: “Sebaik tiba di lokasi, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 61 meter.”
Kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia serta-merta akibat kecederaan parah. Insiden ini menggemparkan penduduk kawasan sekitar dan menimbulkan pelbagai reaksi dari masyarakat yang turut bersimpati terhadap keluarga mangsa.
Sharudin memaklumkan bahawa mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu bagi urusan bedah siasat. Tambahnya, laluan tersebut merupakan laluan persekutuan yang ketika itu telah ditutup kepada pengguna jalan raya kerana berada dalam zon tanah runtuh.
Beliau menegaskan bahawa pengguna jalan raya perlu sentiasa mematuhi arahan penutupan jalan demi keselamatan, terutama di kawasan yang diketahui berisiko tinggi berlaku pergerakan tanah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sebagai laluan yang sering terdedah kepada perubahan struktur tanah, kawasan Bukit Kawah dan laluan sekitarnya memerlukan perhatian serius daripada pengguna jalan raya. Tanah runtuh yang berlaku sebelum ini menjadikan kawasan tersebut tidak stabil dan mudah runtuh semula, terutama selepas hujan lebat.
Pihak berkuasa berkali-kali mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil risiko melalui laluan yang telah ditutup, meskipun kadang-kadang kelihatan masih boleh dilalui secara fizikal. Struktur tanah yang tidak stabil boleh gagal pada bila-bila masa tanpa amaran awal.
Kisah pasangan bakal pengantin ini menyentuh hati ramai dan menjadi peringatan tentang bahaya jalan berisiko tinggi. Selain ucapan takziah yang mengalir di media sosial, ramai turut menyeru agar langkah keselamatan diperketatkan dan pemantauan lebih kerap dilakukan di kawasan tanah runtuh.
Pakar keselamatan jalan raya turut menasihatkan agar pemandu sentiasa menyemak laporan keadaan jalan melalui sumber rasmi seperti JKR atau PDRM sebelum memulakan perjalanan jauh, terutama ketika musim hujan.
Tragedi nahas SUV ini sewajarnya menjadi pengajaran penting mengenai keperluan mematuhi arahan keselamatan dan mengambil kira risiko sebenar di laluan yang tidak stabil.