Bila dah berkeluarga, tentu kita ingin tinggal tempat yang selesa untuk anak dan isteri. Nak beli rumah dan kereta untuk keselesaan keluarga. Kalau tak dibeli sekarang, harga rumah makin lama makin melambung tinggi. Belum nak bayar perbelanjaan lain.

Tapi, nak beli rumah kena tengok juga pendapatan kita. Takutnya tak berbaloi dan ‘makan pasir’ nak bayar komitmen bulan-bulan. Tak perlu nak rumah yang hebat, cukup yang sederhana dan sesuai dengan cara kita.

Ada sesetengah daripada kita rasa berbaloi beli rumah yang baru dan tak kurang beli rumah ‘second hand’. Cuma yang takutnya, rumah baru ada projek terbengkalai dan rumah second hand pula nak kena banyak baikinya.

Namun, perkongsian dari Dr Azizul Azli Ahmad ini menjurus kepada beli rumah dengan sambung bayar. Lagi bahaya sebenarnya sebab ia belum tentu hak milik kita.

Baca Artikel Menarik lain Di Sini: Suami Isteri Gaji BESAR Tapi Kereta Biasa-Biasa, Ada Alasannya! Dia Kedekut Yang Cerdik

Nak Beli RUMAH Kena BERSEDIA, Hutang 35 Tahun Ke Depan, Sanggup Atau Tidak?

Beli Rumah, Sambung Bayar

Jika sebelum ini ada kereta sambung bayar, sekarang ada rumah main ‘jual’ sambung bayar juga katanya.

Beli mahal mahal, tak mampu bayar. ‘Jual’ secara sambung bayar. Jual terus tak ada pembeli sebab rumah mahal sangat sampai berjuta lemon. Maka mintak sambung bayar sahaja.

Sambung bayar nie, tak ada hak milik kita sebenarnya. Rumah masih di atas nama pembeli asal yang dituntut oleh bank.

IKLAN

Pembeli asal boleh jadi dah mula lewat bayar atau tak bayar, peluang kena lelong tetap ada.

Kawan kawan,

Elakkan beli rumah yang mahal sangat waktu ekonomi sedang tak cantik begini. Layak beli rumah sejuta, beli yang RM600k – RM700k sahaja cukup.

Bagi yang layak beli rumah RM500k, beli yang RM300k cukup. Jangan salah beli waktu ‘cuaca’ begini.

Elakkan ‘beli’ kereta sambung bayar atau rumah sambung bayar sebegini. Bahaya sedang menanti.

IKLAN

Sambung Bayar Sebab Tak Mampu

Rumah yang tuan rumah beli, tak mampu bayar maka dia jual secara sambung bayar. Sambung bayar ini biasanya mereka beli rumah yang ‘overmarket value’.

Dapat jual pun masih tak boleh ‘cover’ hutang bank, maka cara paling mudah dan meriah adalah buat jualan sambung bayar.

Ketahuilah bahawa kegiatan ini salah dari segi undang undang., sama macam sambung bayar kereta, liabiliti masih ditanggung oleh pembeli asal.

Pembeli baru hanya ‘tolong’ bayarkan hutang orang sahaja.

Jika dah habis bayar tuan rumah kata dia tak mahu pindah milik kita tak boleh buat apa apa.

Jika tuan rumah mati juga kita hanya akan melopong sahaja. Jangan ambil mudah urusan jual beli rumah.

IKLAN

Paling penting jangan salah beli rumah, jika kita beli rumah dengan cashback RM650K, siap dapat cashback RM50K lagi.

Biasanya kediaman begini dah 10 tahun pun harga masih sama sekitar RM600k sahaja. Hutang dan faedah bank masih tinggi dan terluka jiwa membayarnya.

Kalau nak jual mesti kena ‘Top Up’ lagi, jadi elakkan beli kediaman yang bagi ‘cashback’, jika dapat pun mintak pemaju potong terus pada harga rumah agar hutang kita jadi kecil.

Jangan salah beli rumah, kita ingat harta boleh diwariskan rupanya beban hidup buat mereka.

Mingguan Wanita : Fikir dulu dan faham betul-betul, sebab hutang ni melibatkan berpuluh-puluh tahun yang belum tentu habisnya. Lagi sedih kalau yang sambung bayar, last-last tak dapat apa pun.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI