Gambar hiasan

Memang ada benarnya dunia yang dilalui oleh anak-anak kita pada ketika ini sangatlah mencabar. Membesarkan anak-anak zaman dulu dan sekarang tak lagi sama dan sangat berbeza. Hanya bekalan ilmu, didikan dan doa sebagai pelindung diri anak-anak kita daripada pelbagai cabaran ini.

Hadamkan perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar daripada Parent Connect Consultancy ini.

Dunia yang terpaksa dihadapi anak-anak zaman sekarang sangat mencabar.

Sedangkan lagu Hari Raya yang sejak zaman-berzaman memuji keagungan Allah dan menggamit kenangan bersama Ayah Bonda kini dicemari hingga hilang izzah, kesopanan dan kesusilaan, apatah lagi perkara lainnya.

Zaman anak-anak kita adalah zaman membuka aib dan kebodohan diri sendiri di media sosial untuk di war-warkan kepada dunia sedangkan Allah SWT sentiasa menutup aib kita.

Zaman para narsis bermaharajalela hingga sanggup melakukan apa sahaja demi ‘like’, diiktiraf dan dijulang pengikut yang terpesona.

Zaman spesies yang songsang dan melawan fitrah ciptaan Allah SWT diraikan, diberikan hak, disanjung, dikagumi dan dikasihani.

Zaman penipu menggunakan pelbagai cara untuk menjerat mereka yang terleka agar dapat hidup mewah dengan penipuan itu, malah tidak malu mempamerkan kemewahan hasil penipuan.

Zaman di mana professional yang selama ini dihormati dalam masyarakat sibuk mengejar glamor dan populariti di media sosial hingga sukar untuk membezakan antara intan dan kaca.

IKLAN

Zaman teknologi berkembang tetapi jiwa mengecut hinggakan semua perkara dirakam dan ditularkan dengan rasa bangga tanpa mengira akibatnya.

Zaman ramai yang menjadi pakar tahu serba serbi walaupun itu bukanlah bidangnya, malah mungkin belajar pun tidaklah setinggi mana.

Zaman para suami, isteri, ayah dan ibu tidak malu menonton perkara lucah, beraksi lucah, menuturkan perkataan lucah, bergurau lucah, menampal pelekat dengan kata-kata lucah secara terbuka.

Zaman orang Agama bertelagah dan menyindir di platform umum, malah ada yang mulut ringan mengeluarkan perkataan carutan apabila tidak sekepala.

IKLAN

Apa yang dihadam oleh anak-anak kita dari semua ini?
Membesarkan anak zaman dulu dan zaman sekarang tidak sama.

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka…”
(Surah At-Tahriim 66:6)

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Mesti Baca:Mak Ayah Jangan DEWASAKAN Anak Sebelum Waktunya, Biarlah Dia Lalui Zaman Riang Kanak-Kanak

Artikel Menarik:Pintar Ikut Mak, Emosi Ikut Ayah, Keduanya Penting Diwarisi Anak, Tak Perlu Banding

IKLAN

Mingguan Wanita:Sama-samalah kita memperbanyakkan berdoa semoga anak-anak kita tetap terpelihara daripada segala cabaran pada zaman kini.

Sumber: Parent Connect

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Betul ke wanita bekerja kerana bimbang bebankan suami?

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI