Sebelum anak ke sekolah, mak-mak mesti akan sediakan air manis setiap pagi untuk anak minum. Kalau anak tak makan sekurangnya minum boleh bagi tenaga.

Begitulah mak-mak tak nak bagi anak perut kosong ke sekolah. Biasanya air manis waktu pagi yang selalu disediakan tentulah milo, susu, jus oren dan sebagainya. Belum lagi sarapan lain yang disediakan.

Sebenarnya, cara mak-mak salah. Inilah yang boleh membuatkan otak anak kecut sebab ambil minuman tinggi gula. Belum lagi hari-hari biasa yaang ada masanya anak memang suka dengan makanan manis lain. Ketahui kesan dan cara terbaik yang disarankan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Tak Perlu Marah Anak Makan ‘Comot’, Bersepah, Inilah Proses Ajar Anak Berdikari!

Bila Melawat Bayi, Jangan Bebankan Tuan Rumah & ‘Pandai-Pandai’ Beri Khidmat Nasihat

Info Lebih Menarik DI SINI

Air Manis Waktu Pagi Kecutkan Otak Anak

Kecut otak anak-anak kalau kita bagi makan minum tinggi gula selalu.

Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula.

Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan, terangkan selalu. Anak-anak akan faham.

Susah nak buat, tapi kita cuba.

IKLAN

Sebab kesannya kita takkan nampak sekarang.

Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah.

Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah.

Atau mungkin pilihan yang lebih sihat kita bagi susu tepung kaya DHA yang dibancuh dengan gula bagus untuk perkembangan otak.

Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah.

Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi.

Hakikat sebenar, kita telah rosakkan sel otak anak-anak dengan kenalkan mereka dengan makanan dan minuman bergula seawal bangun pagi.

Mak Ayah Jangan Rosakkan Sel Otak Anak, Elakkan Bagi Air Manis Waktu Pagi

IKLAN

Antara Makanan Manis

Biskut.
Roti.
Aiskrim.

Mak Ayah Jangan Rosakkan Sel Otak Anak, Elakkan Bagi Air Manis Waktu Pagi

Jus buah.
Jem.
Bar coklat.
Cereal.

Mak Ayah Jangan Rosakkan Sel Otak Anak, Elakkan Bagi Air Manis Waktu Pagigula dalam conflakes.

Keropok.
Pes pasta.
Sos.
Kicap.
Sos tiram.
Pes masakan.

Mak Ayah Jangan Rosakkan Sel Otak Anak, Elakkan Bagi Air Manis Waktu Pagiminuman kultur.

IKLAN

Mak Ayah Jangan Rosakkan Sel Otak Anak, Elakkan Bagi Air Manis Waktu Pagielak susu coklat atau strawberi tinggi gula.

Semuanya ada gula samada kita sedar atau tidak. Susah untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian.

Gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walau kita rasa tak manis sangat, tapi gula tetap banyak dalam tu. Gula antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultraprocessed.

Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi. Minum air kosong kan lebih sihat.

Kita cuba sama-sama ya, Insya Allah.

Sumber: Mazliana Mazlan

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI