Siapa sangka bermula dengan saja-saja dibuat makan, Roti Jala Sos Coklat yang dibuat mampu jadi duit poket dan pendapatan sampingan buat lelaki ini apabila ia kian mendapat sambutan. Mungkin kerana keunikan resipinya kerana roti jala selalunya berwarna kuning dan dihidangkan bersama kari ayam atau daging. Tapi sebaliknya roti jala ini rasa manis berwarna coklat dan dihidangkan bersama sos coklat.
Berikut perkongsian resepi oleh Muhamad Fadzul Ilahi Azhar sebagai rujukan mak-mak yang nak cuba sendiri dirumah atau boleh juga dibuat pendapatan sampingan.
“Dari saja-saja buat makan..sampai la menjadi duit poket..hari ini saja saya dapat tempahan 70 set.Saya ingat orang tak suka.. saya cuba.. Alhamdulillah dapat sambutan.. saya nak sis2 yang tak buat apa-apa kat rumah.. boleh laa amik resepi ROTI JALA SOS COKLAT.. sama-sama kita kongsi ilmu.yang mana dah share sebelum ni bagus la. Yang belum share silakan.saya halalkan.Tapi doakan saya berjaya dalam bisnes.. aaminn
Ada orang tanya saya jual sebekas berapa.Saya jual 1 bekas RM5 ada 7 Keping
Bahan-Bahan (Roti Jala):
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
3 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
1/2 cawan susu cair
Air ikut kepekatan jangan pekat sangat jangan cair sangat.
Sedikit garam
Cara Membuat:
1.Kacau semua bahan dalam satu mangkuk lepas tu blend hingga halus.
2.Semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar dekat tengah tu boleh masuk satu ibu jari tu adunan cantik.kalau blend adunan tu tiada pusar atau pusar kecik.. masukkan air bagi ada pusar kat tengah.
3. Bolehlah ‘menjala’ menggunakan botol 3 kaki atas kuali nonstik.
Lelaki dalam gambar ini, ayah kepada Azfarizan Jaafar. Selepas ayah keluar dari rumah sehelai sepinggang pada bulan Januari 2007 sampai hari ini ayahnya tidak kembali.
Keluarga ini pernah mengecam mayat yang memakai pakaian lengkap iaitu baju terakhir ayahnya, tetapi selepas dilakukan ujian DNA, mayat itu bukan ayahnya.
Sampai hari ini pencarian anak ini, kerinduan anak ini tak berpenghujung. Dan dia percaya ayahnya masih hidup. Malah dalam doanya agar Allah pertemukan mereka kembali.
“Bismillahirrahmannirrahim.. Sebenarnya berat hati nak share tapi FB is the only medium yang aku tak pernah cuba untuk cari Abah.
“But since ramai yang pm nak gambar Abah and bagi kata-kata semangat, then i think why not cuba kan. Harap kalian sudi membantu.”
Akuinya gambar yang dikongsikan ini, diambil sekitar tahun 2005. Itulah satu-satunya foto yang ada dalam galeri simpanan di telefon bimbitnya.
“Hensem kan dia? Orangnya sangat cerewet and very neat dalam serba serbi. Memandangkan dia hilang dah lama sejak tahun 2007.
“Andai dia masih hidup mungkin wajahnya dah tak sama dengan gambar kerana faktor umur. Takpelah kan, aku tawakal je.”
“Kalau ada rezeki aku jumpa Abah melalui FB, ALHAMDULILLAH.”
Bila tengok dan baca tentang kesedihan kawan-kawan di Facebook yang kematian orang tersayang, aku turut sama rasa sedih. Kadang tu, berlinang airmata dibuatnya.
Jangan kata aku tak pernah sedih! Korang pernah dengar tak, orang yang kau nampak happy, mental sot dan tergelak-gelak macam hantu tu sebenarnya menyimpan seribu kesedihan. Pernah dengar?
Nak tau cerita sedih aku? Bacalah kalau kau sudi dan ada hati nak baca. Aku tak paksa sebab cerita ni panjang! Aku dah ringkaskan, pun panjang juga. Sori.
Aku ni kan, memang close dengan Abah. Apa-apa sikit, aku suka share dengan Abah. Aku dah kahwin pun, Abah masih belikan aku kereta dan bagi duit belanja.
“Ada duit lagi tak tu, Yong?” Opkos la aku jawab “Takde bah” Kompem dua tiga ratus dia akan hulur. Kelepet tetap kelepet. Kahkahkah.
Pada awal tahun 2006, Abah aku diserang penyakit pelik. Dia jadi takut nak berhadapan dengan orang, selalu nampak ketakutan and selalu sakit sebelah kaki.
Doktor kata, dia ada penyakit saraf. Entah, untuk kaki tu mungkin la penyakit saraf. Yang sentiasa ketakutan tu kenapa? Bila dah jadi macam tu, kitorang cuba ubatkan dia dengan seorang Ustaz. Nampak banyak perubahannya.
Pada hari raya Aidiladha 31/12/2006, Abah nampak lebih sihat. Tak habis-habis dia menimang si Darling yang masa tu baru berumur 5 bulan.
Aku happy sangat bila tengok perubahan Abah. Tapi mulut dia tetap tak habis memesan, “Jadi apa-apa dengan Abah, jaga mak dan jaga adik-adik. Janji dengan Abah!”
Bila dah balik rumah, malam tu jugak ustaz yang membantu kitorang untuk mengubat Abah beritahu pada suami aku supaya buat air penawar yang dibacakan dengan ayat-ayat suci Al Quran untuk direnjis di sekeliling rumah Abah malam tu juga.
Ya memang suami aku buat air tu tapi tetiba badan dia jadi sakit dan lemah. Nak bangun pun dia tak larat. Jadi malam tu, kami tak sempat nak renjis air seperti yang ustaz suruh.
So we decided to do it the next day before kitorang pergi ke Alor Setar kerana urusan kerja.
Benarlah kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan semuanya. Pagi tu kitorang terlambat bangun and terus hantar Darling ke rumah Abah and rush to Alor Setar.
Abah keluar pergi beli breakfast masa tu. Aku fikir, takpelah, balik dari Kedah nanti kita terus pergi rumah Abah and buat apa yang ustaz suruh.
So kita terus pergi Kedah.
The next day pada waktu Subuh 2/1/07, mak menelefon nangis-nangis beritahu ABAH HILANG! YES!! ABAH AKU HILANG!
Mak kata Abah hilang petang semalam semasa mak keluar pergi beli buku sekolah adik bongsu aku yang pada masa tu baru nak masuk tingkatan 1.
Dia keluar rumah tak balik-balik. Mak aku memang purposely tak nak beritahu aku pada malam sebelum tu sebab risau kitorang akan drive balik pada malam tu juga.
We drove back to KL lepas dapat berita tu. Aku telefon adik lelaki aku dan marah dia kenapa tak temankan Abah keluar. Aku tak ingat kenapa tapi yang aku ingat Abah nak keluar jalan-jalan kat tasik sebab dia pun dah lama tak keluar rumah kerana sakit.
Yang peliknya, dia tak bawa kunci rumah, kunci kereta, he also left his wallet, handphone, watch and his ring. He didn’t bring anything!
Kami sampai dan terus buat police report. Bomba juga dikerah untuk cari Abah di tasik. Kau sebutlah apa channel or apa cara pun, semua kami dah buat. Tak perlu la aku cerita satu persatu. Itu belum part orang dan bomoh-bomoh yang mengambil kesempatan terhadap kesusahan kami.
Dalam hidup aku, AKU TAK PERNAH PERCAYA BOMOH! Tapi kerana Abah, aku ketepikan itu semua untuk pastikan dia balik dengan selamat. Polis pun tak dapat nak buat apa because he left no clue to us.
Kerja aku dah tunggang langgang. Aku menangis hari-hari terkenangkan Abah. Pantang orang kata, ada orang boleh tolong cari Abah, aku mesti pergi jumpa. Sampai la satu malam tu, lebih kurang 2 bulan lepas abah hilang.
Waktu itu, aku terpandang berita Buletin Utama, sekujur mayat dijumpai di pondok tinggal di seksyen 15 Shah Alam. Cepat-cepat aku call nombor yang tertera.
Ya, aku ingat lagi inspektor tu tanya, “Ayah awak rambut panjang ke?” I said no.
Sebab sehari sebelum raya tu, adik aku dah bawa Abah pergi potong rambut dan Abah aku tak pernah rambut panjang! Tapi bila polis beritahu warna baju dan seluar mayat yang dijumpai, warna tu sama dengan baju & seluar Abah!
Aku makin berdebar-debar. Inspektor tu berjanji akan call aku selepas diorang buat post mortem.
The next day, lebih kurang pukul 2 petang aku terima phone call dari inspektor tersebut. Dia suruh datang ke bilik mayat Hospital Besar Klang untuk pengecaman.
Aku menangis dah macam orang gila. I rush to Shah Alam to fetch my mum and adik-adik. Sampai sana, kitorang terus ditunjukkan baju, seluar dan seluar dalam mayat.
Dan mak aku sahkan, ITU PAKAIAN ABAH! Langit seolah-olah runtuh! Aku rasa nak ikut je Abah pada masa tu! Aku duduk dan meraung. Lemah! Doktor panggil aku dan mak untuk untuk sahkan rekod pergigian tanpa disuruh untuk melihat mayat kerana keadaannya dikatakan dah mereput.
Urusan memandikan mayat dilakukan di hospital dan dibawa ke masjid seksyen 7 Shah Alam untuk disembahyangkan.
Oh ya, jangan ditanya kenapa dan bagaimana mayat Abah ada di pondok tu kerana kami sendiri pun tak tau.
Sejak haritu, aku makin redha akan kehilangan Abah. Hari-hari aku pergi kubur Abah untuk menyatakan kerinduan aku pada dia sambil berdoa agar Allah ampunkan dosanya. Aku tak lupa beritahu Abah yang aku akan jaga mak dan adik-adik. Yong janji.
Lebih kurang after 2 weeks dikebumikan, my uncle iaitu adik Abah beritahu mak aku, “Betul ke mayat tu Abah? Mayat pun tak tengok. Rambut pulak panjang (mak aku ada tengok gambar yang polis bagi tapi tak nampak muka sebab rambut panjangnya dah menutupi muka).
My uncle suggested that kita buat DNA test to confirm mayat tu memang Abah.
So Angah and my uncle pun pergi ke hospital untuk menghantar specimen or sample for DNA test. Kebetulan pihak hospital masih simpan specimen mayat tersebut.
Result cuma boleh dapat after 2 month katanya but the police promised to keep us updated on the progress.
After nearly 3 weeks, the police called my mum to inform that so far specimen my uncle and Angah, takde satu pun yang match dengan specimen mayat tersebut.
Katanya kemungkinan besar mayat tu BUKAN ABAH. Aku terus dapat semangat baru! MY ABAH STILL ALIVE!! I am happy but on the same time still clueless tak tau mana nak cari dia.
Cukup 2 bulan, pihak polis sahkan mayat tu bukan Abah. Masih tertanya-tanya camne seluar, baju dan seluar dalam boleh sama? Sungguh kami buntu nak fikir.
Pencarian Abah bermula kembali. Macam-macam usaha kami buat. Pernah mak berjumpa dengan arwah Dato Harun Din. Katanya, naluri dia kuat mengatakan Abah masih hidup tapi bila kami tanya di mana Abah, dia hanya tersenyum dan suruh kami berdoa sungguh-sungguh agar Abah balik.
Jangan cerita la kesusahan kami selepas ketiadaan Abah. Mak aku masa tu cuma seorang Senior Clerk di Uitm. Aku cuma seorang executive biasa yang bergaji RM2400 je masa tu. Angah baru kerja, gaji dalam seribu lebih je. Dua adik aku masih belajar masa tu.
Masa muda, aku banyak credit card tapi aku takde masalah untuk membayar cumanya, cash in hand aku memang sikit. Gaji bersih tinggal dalam RM500 je camtu.
Dengan duit banyak tu, macam mana la aku nak bantu mak melangsaikan hutang rumah & Iain-lain. Nak bantu adik-adik lagi. Aku tak nak diorang rasa kesusahan lepas hilang Abah! Kau tau aku buat apa?
I registered myself to AKPK. Aku cuma kena bayar hutang RM500 je sebulan. Aku dah tak peduli. Yang penting my cash in hand bertambah! Aku anak sulung dan aku kena berkorban! Lantak la AKPK ke hape. Aku bukan mencuri.
Itu salah satu pengorbanan terbesar aku untuk adik-adik. Diorang pun dah berjaya sekarang. Walau tak kaya, diorang mampu ada diploma dan degree. Mungkin kerana niat yang baik, Allah permudahkan banyak benda. Aku cuma sempat dalam AKPK lebih kurang 4 tahun je. Sekejap sangat.
Tapi yang misteri masih tetap kekal misteri! Abah masih tak dijumpai hingga kini. Aku rindu Abah. Rindu sangat! Kalau la dia masih hidup dan dapat baca apa yang aku tulis ni, aku nak sangat beritahu dia,
YONG TAK PERNAH MUNGKIR JANJI UNTUK JAGA ADIK-ADIK DAN MAK! ADIK-ADIK SEMUA DAH BERJAYA BAH.
YONG RINDU NAK BELIKAN PERFUME UNTUK ABAH, RINDU NAK BELIKAN BAJU ABAH, RINDU NAK DENGAR BEBELAN ABAH YANG SELALU JADI BAHAN LAWAK KITORANG TU! RINDUUU!! MAK ADIK-ADIK PUN RINDU ABAH!
Kematian memang berat untuk diterima tapi sekarang-kurangnya, ada kubur sebagai tanda. Masih ada tempat untuk korang luahkan rindu.
Tapi aku? TAKDE! Hari-hari aku berdoa agar dapat mimpi Abah tapi hampa! Sebelum ajal menjemput, satu je impian aku. NAK JUMPA ABAH supaya aku dapat beritahu, YONG SAYANG ABAH! SAYANG SANGAT!
Sekiranya anda pernah terjumpa lelaki seperti dalam gambar di atas, sudilah kiranya menghubungi Facebook Azfarizan Jaafaruntuk memaklumkan kepada beliau.
Bahayanya bila wujud perasaan cemburu buta dalam diri. Macam-macam tindakan diluar kewarasan fikiran boleh terjadi.Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku di Astana, Kazakhstan ini, gara-gara memuji kecantikan penampilan wanita lain, lelaki ini mengalami kerosakan zakar yang teruk selepas teman wanitanya bertindak menikam dan menghiris buah zakar mangsa.
Zhanna Nurzhanova, 36, yang ‘cemburu buta’ bertindak demikian selepas mendapati teman lelakinya menghantar komen pada gambar rakan perempuan menerusi telefon bimbitnya.
Mangsa, R Suleimano memuji penampilan wanita itu yang didakwa sebagai rakan kenalannya.
Zhanna yang bekerja di sebuah salun kecantikan itu memberikan pil tidur kepada teman lelakinya dan menunggu sehingga mangsa tidak sedarkan diri ketika kejadian di kediaman mereka di Astana.Kemudiannya menyuntik kekasihnya dengan ubat bius di sekeliling kemaluan mangsa. sebelum mengeratnya.
Tidak cukup dengan itu, Zhanna mengambil pisau pembedahan dan mula menghiris buah zakar kekasihnya.
Zhanna juga dilaporkan mengikat salur sperma lelaki itu dan cuba menjahit luka itu semula tetapi mangsa mengalami pendarahan yang banyak.
Kerana panik, Zhanna segera membawa mangsa ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dia ditahan selepas doktor membuat laporan polis setelah mangsa mengalami cedera parah pada kemaluannya. Menurut jurucakap hospital, pakar bedah cuba menyambung semula organ tersebut, namun keadaannya dilaporkan ‘rosak teruk’.
Susulan kejadian itu, Nurzhanova telah berdepan tuduhan tidak jelas yang mana jika didapati bersalah dia boleh berdepan hukuman sehingga enam tahun.
Macam-macam hal boleh berlaku akibat cemburu buta. Jika memiliki perasaan ini dapatkan rawatan, mohon kawal dan elakkan perasaan ini daripada berterusan.
Setiap kali mak ayah bawa anak ke taman-taman permainan yang glamour lokasinya, belon buih saiz gergasi ini memang boleh mak ayah jumpa merata orang jual. Yang lebih dikenali sebagai Giant Bubble.
Seronokkan tengok belon-belon buih saiz gergasi berterbangan di udara. Anak-anak pun teruja sama nak main. Sewanya mencecah juga RM5 ke RM10 ikut lokasi.
Kalau beli yang siap dalam bekas permainan yang macam pistol itu lagi berganda harganya. Mahalkan?
Nak bagi anak-anak seronok dengan kadar boleh guna belon buih berkali-kali Puan Suza Dawi tunjukkan cara buat belon buih saiz gergasi dengan anak-anaknya.
Rupanya tak adalah susah mana pun. Kata Puan Suza semudah ABC. Nak tahu ABC ke tak ABC kita tengok DIY nya dekat bawah ini.
4 sudu besar tepung ubi kayu
250 ml sabun pencuci JOY
1.5 liter air
1. Isikan 1.5 liter air ke dalam bekas besar.
2. Tambahkan sabun pencuci joy sebanyak 250 ml.
3. Masukkan 4 sudu besar tepung ubi kayu.
4. Kacau dan dah boleh gunakan besi hanger yang dibentukkan bulat untuk bermain.
√ Sebenarnya macam-macam cara boleh buat, tapi Puan Suza guna cara ini sebab paling mudah nak sediakan.
√ Bahan pun mudah nak cari.
√ Bubble wands tu nak jimat punya pasal, guna saja besi hanger. Ada juga dijual di kedai RM2.
√ Sebelum ini, dia pernah mencuba guna sabun jenama lain. Tapi kurang menjadi. Sabun Joy kepekatannya lebih tinggi.
“Bolehlah kekalkan kejadia belon itu. Walaupun tak sama macam profesional kan.”
√ Aktiviti petang bermain belon buih saiz gergasi ini pun satu aktiviti meneroka kreativiti bersama anak-anak. Ia akan create bonding dan kegembiraan antara ibu dan anak.
Bukan waktu panas atau terik mentari yang meninggi. Cuaca paling baik untuk bermain belon buih saiz gergasi ‘giant bubble’ ini adalah ketika mendung ataupun cuaca redup.
Selepas hujan dan dalam keadaan angin sepoi-sepoi pun bagus untuk bermain dengannya. Ini kerana, semakin panas dan berangin akan membuatkan belon sabun saiz gergasi buatan anda alami kekeringan.
ia akan menyebabkan buihnya cepat meletop. Kalaulah cuaca masih terik dan anda masih juga nak bermain dengan anak, cubalah bermain di bawah tempat redup atau berbumbung.
Celupkan pemegang dalam bekas belon buih dan angkat tinggi-tinggi. Perlahan-lahan berundur ke belakang. Dengan ini anda tak membuatkan belon buih terbebas ke udara secara paksa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!