Bagi yang mengikut perkembangan kedua-dua pelakon ini dan pernah menonton filem-filem lakonan seperti Ali Setan pada tahun 1980-an, panggilan Ali dan Asmidar begitu sebati dalam diri mereka. Turut terkesan dengan berita pemergian bekas pelakon Azmil Mustapha ini, pastinya pelakon Ogy Ahmad Daud yang sering menjadi heroin gandingan beliau didalam lakonan satu ketika dahulu.
“Lepas ini, tiada lagi panggilan Asmidar dan Ali,” luah pelakon terkenal, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih popular di sapa sebagai Ogy Ahmad Daud.
Menurutnya, panggilan tersebut sememangnya digunapakai olehnya dan Azmil Mustapha sejak membintangi filem yang sekali gus mencipta fenomena tersendiri, Ali Setan.
“Dia menggelarkan diri sebagai Ali, malah turut memanggil saya dengan Asmidar. Panggilan itu terus ‘lekat’ sampai hari ini,” kata pelakon ini.
Akibat Komplikasi Jantung
Azmil meninggal dunia akibat komplikasi jantung di kediaman keluarganya di Seksyen 9, Shah Alam, kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi.Bintang filem Mekanik itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun.Menurut adik kepada Allahyarham, Aziq Mustapha berkata, arwah difahamkan meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan.
“Kali akhir saya dapat bercakap dengan dia adalah pada tahun ini. Ketika itu saya mengundang dia untuk datang ke program Huru Hara.
“Tapi, dia menolak kerana katanya ini bukan masa yang sesuai. Lagipun, dia kata dah lama tak tengok TV.
“Sebab itu, saya agak terkejut dengar berita pemergiannya. Badan saya pun menggigil,” katanya.
Pemergian Dipermudahkan
Bagaimanapun, bintang filem Langit Cinta ini bersyukur kerana pemergian Azmil dipermudahkan.
Ads
“Alhamdulillah, dia mendapat keredaan ALLAH SWT malah dia pergi juga dengan mudah dan tenang,” katanya.
Bukan sahaja menjadi sahabat baik dan rakan lakon, aktres berusia 56 tahun ini turut menganggap Azmil sebagai abang.
“Dia menjaga saya seperti adik terutama ketika kami sama-sama menjalani penggambaran filem Ali Setan.
“Saya juga tak pernah dengar dia bercakap buruk pasal orang, semuanya baik-baik sahaja. Dia seorang yang sangat selesa untuk berkawan dan berbual,” katanya lagi.
Paling Kuat Beri Sokongan
Malah, katanya, Azmil adalah individu yang paling kuat memberi sokongan terhadap apa sahaja yang dilakukannya.
Ads
“Masa saya mula-mula berhijrah, dia orang pertama datang ketuk pintu rumah saya dan bagi sokongan.
“Masa saya pilih untuk kembali berlakon selepas berhijrah, dia juga sokong dan katakan itu adalah ketentuan ALLAH.
“Dia juga nasihatkan saya agar jangan melupakan-NYA dalam setiap apa yang lakukan,” katanya.
Jenazah allahyarham dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz, Shah Alam untuk urusan serta solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.
Ads
Info Ekstra!
Ustaz Azmil Mustapha adalah seorang pelakon dan penceramah lelaki Malaysia yang pernah menjadi fenomena pada lewat tahun 1980-an di Malaysia. Bermula dengan filem yang mencecah kutipan Box Office iaitu filem Mekanik (1983) yang turut dibintangi Lagenda bola sepak tanah air iaitu Dato’ Mokhtar Dahari sebagai pemain undangan.
Antara filem yang turut melonjakkan nama beliau adalah Ali Setan (1985),Ali Setan 2 (1986) dan Suara Kekasih (1986). Gandingan paling ideal pada era tersebut adalah antara beliau dan Fauziah Ahmad Daud. Selain itu antara filem-filem yang turut mendapat sambutan adalah seperti Driving School (1990), Iman Alone (1998) dan Fifty Cent (1991).
Azmil merupakan bekas mahasiswa dari Universiti Indianna, Bloomington, Amerika Syarikat. Menuntut selama lima tahun di Universiti Indiana dengan membawa pulang segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Filem, Radio dan Televisyen ketika kembali ke Malaysia pada tahun 1979.
Memenangi anugerah Aktor Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-6 (1986) – Filem Ali Setan.
Beliau bersara ketika nama beliau di kemuncak kerjaya sekitar 1980-an, Namun beliau tidak pernah kesal dengan keputusan yang diambil. Beliau menumpukan hidup beliau dengan memberi ceramah-ceramah agama.
Sebelum ini Azmil pernah dua kali mendirikan rumah tangga, namun kedua-duanya tidak kekal lama. Melalui perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Shamira. Manakala dengan isteri kedua pula, dia kurniakan empat anak iaitu Nur Azalea Arifah, Nur Amalia Batrisha, Muhammad Bazli Zhafri, dan Nur Alia Iman.
Perubahan yang berlaku dalam hidup ayah tunggal kepada lima orang anak dan datuk kepada seorang cucu, Alexandria Carina itu disifatkan sebagai satu nikmat yang terlalu indah buatnya.
Team Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga Azmil Mustapha, semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan beriman. Amin
‘Dihina bakal mertua rumah macam kandang.’ Akhirnya berjaya bina rumah baru, tiada niat tumpang senang bakal keluarga mertua. Tidak semua hubungan cinta diakhiri dengan perkahwinan.
Bertahun-tahun bercinta, akhirnya hubungan terputus dek kerana sikap bakal mertua. Kadang-kadang ibu atau bapa mertua membawa pengaruh besar dalam hubungan percintaan anak-anak.
DiHina Bakal Mertua
Beruntunglah bagi mereka yang mendapat mertua yang sporting dan tidak mengira asal usul keturunan. Namun ada juga segelintir mak ayah yang bersikap sebegini, memilih bakal menantu berdasarkan rupa, harta dan keturunan.
Nasib buruk ini turut dilalui oleh pengguna TikTok Eytamin. Pengalaman sedih ditinggalkan bekas kekasih kerana tidak mendapat restu bakal ibu mertua mendapat simpati ramai orang.
Rumah Macam Kandang
Sudahlah dihina rumahnya seperti kandang, malah wanita malang ini juga ditinggalkan bekas teman lelakinya gara-gara hubungan mereka tidak mendapat restu ibu.
Tanpa disangka kisah sedihnya membuatkan dia bangkit daripada kedukaan seterusnya berusaha mencari semangat untuk berubah dan buktikan dia juga mampu berjaya.
Akhirnya Berjaya Bina Rumah Baru
Setelah berbulan-bulan dihina akhirnya Eytamin berjaya membina sebuah rumah banglo miliknya sendiri hasil usaha kerasnya selama ini.
Biarpun sedih hubungan cintanya gagal di tengah jalan, namun sikap buruk bakal ibu mertua “tak jadi” telah mengubah hidup Eytamin sekeluarga.
Alhamdulillah, ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Kejayaannya membina rumah hasil daripada titik peluh sendiri membuktikan dia bukanlah seorang wanita yang ingin menumpang kesenangan orang lain.
Komen Netizen:
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan kebahagiaan Eytamin dan malah turut berasa bangga dengan kejayaan yang telah dikecapinya.
Malahan pada masa yang sama, beberapa pengguna TikTok turut berkongsi kisah yang hampir serupa dengan Eytamin iaitu ditinggalkan kerana miskin dan tak setaraf.
Sebelum tu saya ingin memohon maaf kepada semua rakan media, kawan-kawan, dan juga peminat yg prihatin dan bertanya khabar tentang cabaran yang dihadapi dalam rumah tangga saya dan Mawar.
Buat masa ini, saya tidak dapat nak menjawab segala persoalan rakan-rakan mahupun media yang bertalu-talu. Tidak dinafikan yang rumah tangga saya menghadapi sedikit cabaran seperti mana yang diketahui semua. Saya amat berharap terutama pihak media dan netizen dapat bersabar dan memahami situasi kami.
Sesiapa sahaja yang mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian utntuk hidup bahagia dan mempertahankan rumah tangga hingga ke jannah.
Tapi bila sampai waktunya kita dipilih oleh Allah untuk diuji bermaksud kita mampu untuk menghadapinya dan percaya lah Allah tidak pernah zalim kepada hambaNYA.
Mungkin setiap kejadian yang berlaku nampak buruk di mata manusia, tetapi tidak di sisi Allah, setiap apa yang berlaku mesti datangnya bersama hikmah. Dan hikmah bergantung kepada kita yang menerimanya. Sekiranya kita memandang ke arah positive maka hasilnya adalah positive, dan sebaliknya.
Mawar Tetap Ibu Kepada Anak Kami
Walau apa yang berlaku sekalipun, insyallah hubungan saya dan mawar akan terus baik demi membesarkan dan mendidik Wan Maryam zuriat dari Allah yang kami nantikan selama 4 tahun.
Apa jua yang terjadi, Mawar tetap ibu kepada anak kami, Wan Maryam. Semoga Allah memberkati Mawar dan saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua.
Apa-apa pun keputusan mahkamah nanti saya terima dan saya memohon maaf dan juga memaafkan semua pihak. Doa yang baik-baik daripada semua pihak diharap dapat menemui jalan yang terbaik antara saya dan Mawar. .
Tak kan berlaku sesuatu perkara tanpa izin Allah, dan sekira ianya berlaku dan itu adalah takdir Allah, saya percaya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita sebagai hambaNYA.
Saya amat berharap, semua pihak dapat memberi ruang kepada kami untuk menyelesaikan isu ini sebaik mungkin.
Terima kasih sekali lagi, kepada semua yang memberikan kata-kata semangat, doa yang baik-baik, dan saya juga memaafkan segala komen-komen mahupun fitnah yang dilemparkan netizen, kerana mereka tidak tahu kisah sebenarnya.
Comel sungguh melihat gelagat Lara Alana yang dirakam oleh Awal Ashaari mengumumkan dia bakal mendapat adik. Permata sulung pasangan popular Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari ini begitu teruja apabila mengetahui ibunya yang dipanggil Mommy sedang mengandung.
Semalam Awal menerusi akaun Instagram @awalashaari telah berkongsi kisah gembira di hari jadinya yang ke-39 bersama pengikut di laman sesawang itu tentang isterinya yang kini sedang hamil empat bulan.
Hadiah Bermakna
Seperti mana yang ditulis:
“Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua. We are expecting our second baby, and Inshallah going to our forth month now. Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna. Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga. P/s: Scha mintak maaf sebab dia dalam fasa benci handphone sekarang ni. Saya pun kengkadang pun dia benci jugak hahahaha SchAwaLara”
“Saya Akan Jaga Adik Lelaki Saya Nanti” Lara
Lara yang terkenal dengan kebijaksanaannya kelihatan tersenyum sewaktu Awal merakamkan video yang dikongsi di Instagram. Sambil memegang kit ujian kehamilan wajahnya tidak lekang dari senyuman.
“Mummy sedang hamil. Saya bakal menjadi kakak kepada adik saya nanti, insya Allah. “Saya akan menjaga adik lelaki saya nanti. Doakan keselamatan Mummy,” luahnya sambil Awal mengusik Lara mengenai bagaimana dia mengetahui adik yang bakal dilahirkan nanti adalah lelaki.
Secara spontan Lara menjawab, Awal yang memaklumkan perkara itu. Namun menerusi video perkongsian tersebut tidak disahkan jantina anak yang bakal dilahirkan.
MW doakan bayi dalam kandungan Scha sihat dan Scha akan seronok menjalani proses mengandung dan kelak selamat melahirkan anak keduanya. Amin,.
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....