Wanita memang tak boleh lari daripada benda yang cantik-cantik. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan emas. Rasanya semua wanita suka dengan barang kemas, macam-macam rekaan yang ada kat pasaran sekarang ini.
Sebut saja pulut dakap, biskut tawar atau nama-nama yang memang menjadi tarikan untuk wanita.
Bagi yang gila dengan emas, setiap kali rekaan baru mesti dibelinya. Hebat. Sebab emas sekarang ni jadi buruan wanita. Harganya pun tidak pernah susut dan kiranya semakin tinggi nilainya.
Namun, rasanya tidak semua wanita suka dan gila dengan barang kemas. Kalau ada pun hanya seutas dua, mungkin hadiah masa perkahwinan dulu yang masih tersimpan rapi. Boleh dikiralah berapa yang ada. Itu pun disimpan elok dalam almari.
Jarang pakai atau kerap pakai, kadang-kadang ia boleh nampak kusam dan tidak bersinar. Nak pakai nanti takut orang cakap emas palsu pulak. Jadi, ambillah masa 10 minit untuk bersihkan supaya berkilau dan berkilat seperti baru.
Kalau upah kat kedai untuk bersihkan mungkin agak mahal. Jadi, perkongsian daripada Hani Mynis ini boleh membantu mak-mak untuk bersih dan cuci sendiri barang kemas. Ambil masa 10 minit sahaja dah kembali berkilau macam beli baru kat kedai.
Hani sebenarnya tak suka pakai barang kemas lagi-lagi yang diperbuat dari emas.
Tapi dah namanya perempuan, paling tidak koman-koman mesti ada walaupun satu utas/ bentuk. Tak kira lah sebentuk cincin atau seutas gelang tangan kan.
Jadi, Hani buat deep cleaning barang kemas yang ada. Ini sahaja koleksi yang ada, seutas gelang tangan, seutas rantai dan dua bentuk cincin. Sekarang kan ada amacam-macam rekaan.
Deep cleaning ini selalu buat setahun sekali setiap kali nak raya je sebenarnya. Tapi, alang-alang cuti bolehlah buat. Senang sangat dan semua bahan ada kat rumah. Ambil masa lebih kurang 10 minit je. Dah buat ni barulah berkilau-kilau balik barang kemas yang kita ada.
Semoga bermanfaat .
Ads
Ads
MW: Mana-mana mak yang ada barang kemas banyak, tak payah nak Membazir duit, boleh cuci sendiri kat rumah.
Tidak semua yang mampu tinggal di rumah teres, semi D atau banglo. Dapat tinggal rumah ada balkoni seperti apartment, kondo atau perumahan kos rendah pun dah bersyukur. Sebab setiap kita telah ditetapkan rezeki masing-masing.
Kalau semua tinggal di rumah yang ters setinggal atau orang cakap rumah ‘bertanah’ siapa pula yang nak tinggal rumah yang ada balconi dan tinggi-tinggi. Cuma, yang mungkin agak menggerunkan bila tinggal di rumah yang tinggi-tinggi, keselamatan anak terutamanya kena jaga.
Malah, kerap berlaku kemalangan yang tidak diingini melibatkan anak-anak kecil yang jatuh dari tingkat yang tinggi. Mahunya menjadi ingatan dan trauma buat mak ayah yang mengalaminya. Serik dan takut pastinya sentiasa bermain dalam fikiran mak ayah.
Inilah yang perlu mak ayah kena perhatikan dan jaga bila tinggal di rumah ada balkoni. Sebagai langkah keselamatan dan moga anak-anak kita terpelihara.
Tinggal Rumah Ada Balkoni, Amalkan Langkah Keselamatan Ini
Apabila bercakap tentang penjagaan kanak-kanak, ia turut melibatkan keselamatan di rumah dan bukan hanya semasa di luar. Ketahui asas keselamatan yang perlu dititikberatkan di dalam rumah.
Peringatan & Tip
Pasti mak-mak cuku seriau bila ada berita tentang anak-anak terjatuh dari tingkat yang tinggi, tak mustahil juga ada video tular tentang anak-anak memanjat dan bermain di luar balkoni rumah pangsapuri dan sebagainya.
Ada beberapa peringatan dan tip yang perlu mak ayah ambil tahu untuk menjaga keselamatan anak semasa berada di rumah.
KESELAMATAN BALKONI
1. Jauhkan bangku, meja dan kerusi daripada pagar balkoni. Ia adalah satu naluri biasa pada kanak-kanak yang ingin memanjat pagar atau perabot untuk melihat pemandangan yang lebih baik. Namun dalam masa yang sama, ia meningkatkan risiko untuk anak terjatuh. Jika kawasan balkoni anda terhad, sebaiknya biar ia berada dalam keadaan tanpa perabot. Cuma bawa keluar beberapa kerusi jika ingin melayan tetamu di sana.
2. Waspada jarak antara palang pagar balkoni. Jarak antara palang bar di balkoni seharusnya tidak boleh melebihi 4 inci. Ia bertujuan untuk menghalang kanak-kanak walaupun bersaiz kecil untuk melepasi pagar tersebut. Sekiranya ketinggian balkoni adalah lebih daripada 1 meter di atas paras tanah, ia mesti lah mempunyai pagar atau penghadang. Ini bermakna jika anda tidak tinggal di kondo atau pangsapuri, tetapi mempunyai teres bertingkat, ia harus mempunyai pagar.
American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar ketinggian pagar balkoni haruslah sekurang-kurangnya 3 kaki atau 1 meter.
3. Pintu ke balkoni sentiasa berkunci, penting untuk penjagaan kanak-kanak
Anak sekarang bijak-bijak belaka, malah yang masih kecil sekali pun ada kalanya sudah pandai untuk membuka pintu yang berkunci. Jadi penyelesaian terbaik adalah untuk memasang 2 jenis kunci yang berbeza. Jika pintu ke balkoni jenis pintu gelangsar atau sliding door, anda boleh meletakkan papan penyelak pada landasan pintu untuk mengelakkan daripada terbuka.
BAHAGIAN DAPUR
Kebanyakan jenis rumah yang diubah suai atau unit kondo menggunakan susun atur terbuka, menjadikan kawasan seperti dapur mudah diakses untuk semua individu termasuk kanak-kanak.
Jadi pastikan pisau dan peralatan dapur lain diletakkan jauh daripada capaian anak.
Sekiranya perlu, pasang kunci dan selak kalis kanak-kanak (kid-proof lock & latches) pada kabinet dan rak – terutamanya yang menyimpan peralatan berbahaya atau bekalan pembersih seperti peluntur atau semburan beracun.
Gunakan stove guard untuk menutup atau mengunci tombol dapur masakan, pastikan setiap pemegang periuk atau kuali dialihkan ke belakang untuk mengelakkan ia mudah dicapai anak semasa sedang memasak. Anda juga boleh memasang pengadang sudut pada meja dan kaunter dapur.
BILIK MANDI
Dalam menitikberatkan aspek penjagaan kanak-kanak dan keselamatan di rumah, anda perlu ketahui bahawa bilik air adalah antara tempat berbahaya untuk anak kerana mereka boleh lemas walaupun dalam air takungan yang cetek serta tergelincir. Anda boleh letakkan tikar getah pada lantai bilik air terutamanya di bahagian pancuran mandian atau tab mandi untuk mengurangkan lantai daripada licin.
Pilih pemanas air yang mempunyai peranti anti-panas atau pasangkan peranti tersebut pada kepala pancuran mandian untuk memastikan kulit anak tidak melecur atau terkena air yang terlalu panas.
Paling penting, jangan pernah meninggalkan anak di dalam bilik mandi tanpa pengawasan.
Keselamatan – BAHAGIAN TINGKAP
Berikut antara aspek keselamatan pada tingkap di rumah, sentiasa pastikan semua tingkap agar:
• Tidak dibuka lebih daripada 12.5 cm
• Mempunyai selak, kunci atau pengadang tingkap untuk menghentikan pembukaan tingkap lebih daripada 12.5 cm
• Hanya boleh dibuka daripada atas
• Jauhkan perabot, katil daripada tingkap untuk mengelakkan anak menggunakannya untuk memanjat tingkap
• Ajar anak untuk bermain jauh daripada tingkap
• Sentiasa awasi anak yang bermain berhampiran tingkap
Lindungi palam elektrik, aspek keselamatan di rumah yang penting
Sikap ingin tahu anak terutamanya yang masih kecil membuatkan mereka akan menyentuh segalanya termasuklah soket elektrik.
Pastikan setiap palam atau soket elektrik dilindungi menggunakan pelindung keselamatan untuk mengelakkan anak daripada memasukkan jari.
Wayar juga perlu dipastikan sentiasa kemas dan tidak berselirat di lantai – jauh daripada jangkauan anak-anak.
AJAR ANAK ASPEK KESELAMATAN
Tip terakhir dalam memastikan keselamatan anak semasa di rumah adalah dengan mengajar mereka mengenai aspek keselamatan dan mematuhi peraturan apabila berada di kawasan dengan pagar balkoni.
Tetapkan beberapa peraturan asas seperti:
• Balkoni adalah kawasan terlarang untuk bermain melainkan bersama individu dewasa
• Dilarang memanjat pagar balkoni atau perabot yang terletak di sana
Mingguan Wanita : Mak ayah kena pantau dan jaga keselamatan anak terutamanya bila tinggal di rumah ada balkoni. Sekadar untuk menjaga keselamatan anak. Minta dijauhkan dari perkara yangtidak kita ingini.
Selalunya jika ada dokumen, gambar mahupun fail penting yang ingin di simpan untuk keperluan peribadi, kita sering ‘menumpang’ sementara dengan hantar ke WhatsApp orang lain. Tak kiralah kawan rapat, adik beradik, pasangan dan sebagainya sering menjadi ‘mangsa’ dalam situasi ini.Ia bagi memudahkan kita, sebelum ia disimpan dan dipindahkan ke tempat lain seperti laptop.
Mungkin masih ada yang tidak tahu, sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk hantar dan simpan dokumen, gambar, mahupun, teks dalam aplikasi WhatsApp dengan menghantarnya ke nombor sendiri. Malah paling penting ia tidak perlu melibatkan pihak lain lagi.
Caranya cukup mudah seperti berikut;
1. Buka browser pada telefon bimbit anda dan taip wa.me//, diikuti kod negara dan nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan dengan WhatsApp. Contoh, wa.me//60*******94.
2. Tekan enter dan satu pop-up mesej akan keluar. Tekan “Continue to chat”.
3. Anda akan dibawa ke aplikasi WhatsApp terus kepada nombor anda sendiri. Disini, anda boleh menghantar mesej kepada diri sendiri tanpa perlu risau menggangu orang lain.
Untuk memudahkan anda, pin sahaja mesej WhatsApp itu di atas, supaya lepas ni senang nak cari. Tekan lama-lama pada mesej, dan klik butang pin pada atas kanan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mungkin ada yang tak tahu lagi, untuk menghantar dokumen, gambar, teks mahupun fail ke nombor whatsApp sendiri boleh cuba cara yang dikongsikan ini iya.
Ada sesetengah wanita cukup pantang kalau ada masalah kulit muka. Kalau masa remaja mungkin dengan masalah jerawat dan makin bertambah usia, tumbuh pula jeragat. Inilah yang buatkan wanita tak senang ‘duduk’.
Mungkin ada yang lebih selesa guna rawatan tertentu untuk menghilangkan jerawat dan jeragat. Tak kisahlah berapa jumlah yang perlu dibayar, asalkan ia mampu menghilangkan masalah ini.
Namun, masih ada juga wanita yang suka mencuba petua orang dulu-dulu. Bukan hanya kosnya murah tapi paling penting ia berkesan.
Kali ini, Mala mansor berkongsi petua cara nak hilangkan jerwatan dan jeragat tanpa perlu keluarkan modal yang besar. Malah, yang leibh menarik, petua inilah turut digunakan oleh wanita Thailand. Patutlah kulit wajah mereka licin dan cantik saja.
PETUA KECUTKAN JERAWAT DAN PUDARKAN JERAGAT TANPA BOCORKAN POKET
Kalau jenis kuliit muka selalu tumbuh jerawaat, sangat bagus guna petua ni. Awek Thai ramai yang guna petua ni. Yang penting bahan ini semulajadi dan kita tahu cara buat memang selamat. Yelah sebab kita buat sendiri kan
Petua ni, boleh putihkan dan haluskan kulit sekali. Boleh juga untuk scrub badan sekali.
Bahan Diperlukan :
=================
5 sudu makan beras pulut
2 sudu makan tepung beras
1/2 biji perahan lemon
Sedikit air
Cara membuat Masker :
=====================
1. Basuh beras dan rendam sekejap. Toskan. Goreng tanpa minyak untuk keringkan beras.
2. Blend beras pulut hingga halus.
3. Masukkan tepung pulut dan air gaul hingga sebati.
4. Masukkan perahan lemon kedalam bancuhan tadi.
Cara menggunakan Masker :
=========================
1. Sapu paste masker ke atas muka dan ratakan. Tunggu hingga kering. Kemudian bilas dengan air bersih. Semasa membilas, boleh gosokkan dengan lembut muka untuk tanggalkan sel kulit mati.
2. Kalau guna di badan, sapu di seluruh bahagian badan. Tunggu hingga kering. Bilas dan gosok kuat sikit. Masker ni boleh dijadikan scrub untuk tanggalkan daki di kulit badan.
Amalkan petua ni 3 kali seminggu. Memang muka dan badan akan bersih dan putih. Tak perlu dah beli masker dan scrub dari luar.
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Bisaanya kalau dah bertambah usia ni, jeragat cepat je tumbuh. Nanti bolehlah cuba cara murah ini.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...