Kelapa parut memang banyak kegunaannya terutama dalam pelbagai jenis kuih muih dan masakan yang menggunakan santan. Bila ada banyak kelapa parut dan tak habis digunakan kenalah simpan dengan cara yang betul. Barulah ia tahan lama dan tak mudah rosak. Rupanya kena tabur dengan garam dan kukus dahulu selama 15 minit sebelum disimpan.

Untuk faham lebih lanjut, boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.

“Nak kongsi cara simpan kelapa parut agar tahan lama.”

Bahan Diperlukan:
Garam
Loyang
Periuk Pengukus

Cara-Caranya:

  1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang.
  2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata.

CARA SIMPAN Kelapa Parut Agar Tahan Lama,Tabur Garam Kukus 15 Minit!3. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan
4. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan.Kukus selama 15 minit.

IKLAN

CARA SIMPAN Kelapa Parut Agar Tahan Lama,Tabur Garam Kukus 15 Minit!5. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dalam plastik.

CARA SIMPAN Kelapa Parut Agar Tahan Lama,Tabur Garam Kukus 15 Minit!6. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.

IKLAN

CARA SIMPAN Kelapa Parut Agar Tahan Lama,Tabur Garam Kukus 15 Minit!7. Kukus semula bila hendak menggunakannya.

IKLAN

Info Ekstra!

  • Boleh tahan sehingga 2 atau 3 bulan kelapa parut tersebut.
  • Untuk mendapatkan santan yang pekat, blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat.

Baca Lagi Di Sini: Cara Betul Simpan Lebihan Santan Segar, Taklah Rosak Bila Nak Guna

MW: Semoga perkongsian tip ini bermanfaat buat mak-mak yang nak simpan kelapa parut agar tahan lama. Jadi tak mudah rosak dan elak pembaziran. Bolehlah digunakan bila-bila masa.

Sumber: Ani Zam

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI