Kebiasaannya bila kita selalu masak, periuk belanga yang digunakan akan berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Namun tukang masak ini, ada cara tersendiri dalam memastikan periuk belanga yang digunakan disental setiap 2 minggu sekali dan jadi bersih berkilat! Hanya menggunakan 3 bahan iaitu gosok periuk kasar, gosok periuk halus dan sabun mandi.
Mak-mak boleh baca perkongsian Puan Tinie Razak ini sebagai rujukan;
“Baru selesai menggosok periuk belanga dengan 3 barang ni je.Memang selama ni, saya guna 3 barang ni untuk tonyoh periuk belanga saya.Semoga bermanfaat untuk semua.”
1. Gosok periuk kasar (scotch brite)
2. Gosok periuk halus (steel wool)
Ads
3. Sabun mandi popinjay hijau (sabun cap burung)
Dan semestinya air lah.
Ads
Update:
Saya guna sabun popinjay ni sebab dia cepat kembang (macam sabun kapak) bila terendam air, kebanyakan sabun mandi yang lain, dia lambat sikit. So, saya akan tekapkan kat sabun dan gosok. Sabun ni saya beli dekat nsk. Tapi dekat kedai runcit or pasaraya pun ada je.
Ada yang komen cakap, kononnya saya jarang masak, sebab tu periuk belanga bersih. Saya owner Tinie’s Kitchen. Seorang tukang masak dan kerja saya memang memasak.
Cumanya, setiap 2 minggu sekali saya akan kumpulkan periuk belanga dan gosok sekali harung. So, tak sempatlah nak berkerak tebal. Dan usia periuk belanga ni dah 5 tahun pun.
Mana yang berkerak tebal pulak, sis semua boleh kikis dulu dengan pisau, kemudian gosok dengan yang kasar kemudian yang halus pulak. (Nak seribu daya kan?)
Tak semua steelwool berkesan, so kena pandai cari. Yang saya guna ni jenis yang bungkus besar, pastu nak guna kena tarik-tarik dulu.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, payah nak bersihkan jadi berkilat tu boleh cuba cara berkesan yang dikongsikan ini.
Jika selama ni laman kosong je tiada rumput dan hiasan landskap menarik, sebenarnya kita boleh serikan dengan pasang rumput tiruan. Buat sendiri je, lebih jimat namun ada cara-caranya. Malah memandangkan tahun ni kita beraya di rumah sendiri, bolehlah dijadikan ‘spot’ menarik untuk photoshoot pagi raya nanti.
Boleh cuba idea yang dikongsikan oleh Muammar Arfaini;
Fuh…Puas hati geng..Benda boleh buat sendiri buat upah orang? Hahahaha.. Barang semua beli kat shopee. Cuma pasir je beli kat hardware. Cara pemasangan boleh tengok youtube geng.Ni semua untuk photoshoot raya. Raya kan kat ghumah je.
1.Cangkul rumput-rumput. Kalau tanah tak rata, lebih baik cangkul ratakan sikit.Nanti lepas letak weedmat, letak pasir baru levelkan.
2. Pasang weedmat.
3.Tabur pasir halus dan ratakan.
4. Pasang rumput tiruan. Paku simen belah dalam longkang tu.Paku simen setengah atau 1 inci.Paku bawah sikit supaya drain cover tu boleh masuk sebab paku tu saya tak tanam habis supaya tak terlucut.
Info Ekstra!
Rumput lama insya Allah tak naik sebab dah letak plastik hitam (weedmat).Dia akan tertutup and lama-lama akan mati sebab takda cahaya.
Mak-mak mesti ingat, label nombor yang biasa tertera di bahagian bawah bekas plastik adalah jumlah yang sepatutnya kita guna. Jangan lebih daripada itu, takut ia akan memudaratkan kesihatan. Rasanya semua orang mesti beranggapan begitu.
Sememangnya, bekas plastik yang ada dijual ini, macam-macam bentuk dan warna, sampaikan mak-mak pun geram dan kalau boleh semua nak diborongnya. Ini belum lagi, angan-angan apa jenis makanan yang nak dimasukkan ke dalamnya.
Kalau jenis mak-mak yang prihatin, mesti dia akan tengok dulu label nombor di bawahnya. Bagaimana dengan mak-mak yang tidak pernah ambil tahu tentang perkara ini.
Jangan salah faham tentang label nombor yang ada di bawah bekas plastik. Ini ada penerangan daripada ahli kimia, Fatimah Salin tentang perkara ini.
Label Nombor Itu Untuk Memudahkan Proses Pengumpulan Kitar Semula
Secara peribadi, masuk saja kedai serbaneka, saya suka melihat kepelbagaian barang yang dijual, ada yang saya beli juga. Barangan yang murah, sedia maklumlah ada baik dan buruknya. Namun jika kita pandai membeli dengan membandingkan harga dan jenis barangan, untung sebenarnya. Ada barangan sama yang jauh lebih murah daripada kedai lain.
Cuma nak pesan, barangan yang melibatkan penyimpanan makanan harus lebih berhati-hati. Contoh barangan plastik berwarna hitam yang mungkin diperbuat daripada plastik kitar semula. Barangan murah dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.
Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, antimony ke dalam makanan yang dimasak, di samping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree Celcius.
Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut.
Bukannya tidak boleh guna, cuma ELAKKAN penggunaan plastik jenis sebegini pada suhu panas.
Label Pada Barangan Plastik
Berkongsi mengenai barangan plastik, mari ulangkaji mengenai label Resin Identification Code (RIC) yang digunakan pada barangan plastik supaya kita lebih cakna.
Cuba perhati barangan plastik anda. Perasan tak adanya nombor 1 hingga 7 yang biasanya berada dalam kurungan segitiga (rujuk gambar di bawah). Sebenarnya ia adalah kod rujukan yang bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis bahan kimia polimer binaan aka material untuk bekas plastik berkenaan.
YA. Kod ini bertujuan untuk memudahkan proses pengumpulan semula bekas yang mempunyai bahan binaan yang sama untuk dikitar semula (recycled).
Bagi kod resin No.7 agak unik kerana ianya mengumpulkan pelbagai bahan binaan yang bukan dalam kategori utama No.1-6. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk senarai dalam gambar di bawah.
Bekas berkod resin No.3 iaitu yang diperbuat daripada bahan kimia polimer vinyl chloride (PVC) boleh membocorkan (leaked) bahan kimia phthalates yang mana telah dikaitkan dengan masalah sistem peranakan dan tumbesaran.
Bekas berkod No.7 terutamanya yang diperbuat daripada bahan kimia polimer carbonate (PC) boleh membocorkan bisphenol A (BPA) yang mana telah dikaitkan dengan pembesaran prostat dan gangguan sistem peranakan pada bayi dan kanak-kanak, juga kanser payudara, diabetis, kegemukan, penyakit berkaitan jantung.
Selain itu, bekas berkod resin No.6 pula boleh membocorkan styrene iaitu bahan kimia penyebab kanser (kasinogenik). Ini juga sebab kenapa kini pembungkus polystyrene tidak dibenarkan untuk membungkus makanan, apa lagi untuk makanan panas.
Sering Diperkatakan
Sebenarnya isu keselamatan barangan plastik ini pada dos yang kita terdedah setiap hari masih lagi menjadi perdebatan. Setakat ini, FDA hanya mengharamkan penggunaan bahan ber BPA dalam produk botol bayi.
Selainnya, masih lagi dikategorikan sebagai selamat kerana jumlah bahan kimia pemberi risiko yang boleh terbocor dan masuk dalam badan kita (melalui makan, minum, terhidu atau aplikasi pada kulit) adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pendedahan luar dan sistem badan kita mampu mengeluarkannya secara semula jadi.
Usah risau, FDA bukan suka-suka keluarkan keputusan. Ia dibuat berdasarkan timbang tara beribu kajian klinikal tentang keselamatan barangan plastik ini. Jika pengeluar mengikut garis panduan pembuatan dan kita pula menggunakannya dengan betul, ia selamat. Maka, gunakanlah bekas-bekas ini sesuai dengan TUJUANNYA agar keselamatannya terjamin.
Nota kaki: Kod pada bekas plastik ini BUKAN petanda berapa kali ianya boleh dikitar semula ya.
Kalau ada anak lelaki yang minat kumpul koleksi kereta hot wheels, eloklah buat rak kereta macam yang Puan MeerSha Sapian buat di rumahnya.
Benda ini biasanya bukan anak je suka kumpul, bapa kepada anak-anak pun boleh tahan. Dan mungkin lagi dahsyat, sanggup habus beribu beli koleksi kereta hot wheels. Lagi pun mainan ini ada nilai.
Jadi nak selamatkan kereta hot wheels ini daripada cepat rosak, anda boleh sediakan rak kereta dengan DIY sendiri je.
Tempat Kereta Hot Wheels Guna Rak Kasut
Yang ini versi tak lekat kat dinding lagi.
Ini saya sertakan cara-cara nak buat.
Bahan-bahan simple je.
– Rak kasut kayu, saya beli yang 4 tier (RM35 beli kat tesco. Diy pun ada tapi 2 tier ke 3 tier je rasanya)
– Cable tie
Cara-cara:
1. Double kan rak tu, susun bagi sama rata. Tapi rak ni tak sama rata pula potongan dia.
2. Pastu ikat guna cable tie, kalau nak skru pun boleh je.
3. Susun sampai abis rak yang ada, ikut la nak susun memanjang ke tepi atau memanjang ke bawah. Saya buat memanjang ke bawah tapi mesti double kan tau. Kalau tak, nanti tak muat nak letak kereta.
4. Ketatkan ikatan tu pastu potong cable yang lebih-lebih.
5. Dah siap, drill letak kat dinding. Susun la kereta yang ada.
Haaa… kelebihan buat rak kereta macam ni, hot wheels kesayangan anda tak akan cepat rosak dan kaum isteri tengok pun tak sakit mata.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita koma lepas lahirkan anak meninggal dunia selepas tujuh tahun terlantar. Kisah benar Mohd Saiful yang setia menjaga isterinya, Nor Fadila, hingga ke hujung nyawa.