media sosial

Kewujudan media sosial terutamanya Instagram dan Facebook sesungguhnya memiliki kesan baik dan kesan buruknya yang tersendiri. Segalanya terserah kepada diri masing-masing sejauh mana meletakkan media sosial dalam hidup anda.

Saya juga seperti anda, menjadikan Facebook sebagai medium meluah rasa termasuklah berkongsi rasa sedih, gembira serta kecewa di media sosial. Walaupun ada yang beranggapan bahawa mereka yang sering berkongsi rasa di laman sosial sebenarnya inginkan perhatian serta bosan dengan kehidupannya tidak langsung terkesan di hati saya. Bagi saya setiap orang miliki hak kerana akaun tersebut adalah miliknya, namun jangan keterlaluan dan membahayakan.

Saya juga pada mula-mula menggunakan laman muka buku, saya jadi teruja seolah-olah ingin berkongsi segalanya dengan rakan saya di alam maya. Maklumlah ketika itu masih muda dan gemar lakukan pelbagai perkara mengikut perasaan.

Namun, lama-kelamaan perasaan taksub saya menjadi lebih pudar apatah setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata. Kadang-kadang saya hanya menggunakan media sosial dalam mempermudahkan tugasan harian sebagai seorang wartawan.

IKLAN

Rapatkan Hubungan 2 Sahabat Baik

Melalui media sosial, saya dapat mencari contact-contact ‘human’ (kisah masyarakat), pemilik rumah yang cantik, pemilik restoren. Jika ramai yang di luar bertanya di mana wartawan cuba mendapatkan contact dalam menyiapkan satu- satu bahan yang diamanahkan, inilah salah satu caranya.

Di samping itu, antara nilai baik yang mampu saya katakan sejak kewujudan media sosial adalah saya dapat berhubung dengan rakan-rakan yang jauh di mata. Kadang-kadang kekangan waktu dan jarak membataskan hubungan yang terjalin sejak sekian lama. Maka media sosial lah yang menjadi penyelamat keadaan untuk mendekatkan hubungan antara dua sahabat baik.

IKLAN

Tetapi jangan pula anda menjadikan media sosial sebagai medan permusuhan sekiranya anda tidak menyukai seseorang. Sesungguhnya jika anda tidak mengawal situasi, buruk padahnya.

Berbalik kepada kebaikan media sosial, ianya banyak membantu ramai golongan yang kurang bernasib baik seperti kanak- kanak yang perlukan sumbangan segera berjaya mengumpul dana dengan segera atas keprihatinan warga media sosial.

IKLAN

Kesimpulannya, sebagai pengguna media yang sedang-sedang sahaja merasakan segalanya bergantung kepada diri pengguna itu sendiri untuk mencorakkan perjalanan media sosialnya. Bak kata sis-sis sekarang, tak suka scroll laju-laju! Paling penting sebelum sibuk merapatkan hubungan dengan rakan yang jauh di mata, adalah lebih baik anda berikan perhatian kepada anak di depan mata. Jamu mata anda dengan melihat anak-anak membesar di depan mata daripada melihat orang lain sibuk memperbesarkan hal yang tidak tahu hujung pangkal di media sosial.

Paling utama, hormatilah privasi orang maka secara automatik orang akan menghormati privasi dan hak anda.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI