Dr Sharifah Najwa & Dr Fatin dedah dari bergelar sahabat baik kini ‘business partner’. Persahabatan yang terjalin antara dua wanita hebat ini bukanlah sesuatu yang sia-sia. Dek kerana semangat setiakawan kedua mereka dari rakan sekerja kini ‘business partner’ dan telah membuka sebuah klinik.
Ketika ditemui dua sahabat baik ini memberitahu nama Dr Ana untuk klinik ini merupakan gabungan nama mereka.
“Kami berdua merupakan rakan sekerja dan membuat keputusan bersama-sama untuk membuka rangkaian klinik sendiri. ANA merupakan gabungan nama saya, Fatin Amira dan Dr Sharifah Najwa,” ulas Dr Fatin membuka bicara.
Dr Sharifah Najwa & Dr Fatin Amira Bergelar Sahabat Baik
Mengakui sudah lama saling mengenali, Dr Sharifah Najwa turut mendedahkan saling mempercayai, amanah dan semangat setiakawan membuatkan dirinya cukup selesa bersahabat baik dengan Dr Fatin sekaligus yakin dengan kerjasama ini dapat memberikan perkhidmatan terbaik dari segi kualiti dan pengurusan kepada semua pelanggan.
Klinik Dr. Ana dan Dr. Ana Wellness & Spa mengumumkan pembukaan cawangan kesebelas mereka di Nilai, Negeri Sembilan. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan jenama ini untuk memberikan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan berkualiti tinggi kepada masyarakat Malaysia.
Ads
Menurut Dr. Fatin Amira, pengasas Klinik Dr. Ana, Nilai dipilih sebagai lokasi terbaru kerana potensinya yang besar.
“Nilai merupakan kawasan yang pesat membangun dengan komuniti yang dinamik. Ia juga berada di lokasi strategik berhampiran KLIA dan Putrajaya, menjadikannya destinasi yang ideal untuk memperluaskan jenama kami. Dengan hab membeli-belah terkenal seperti Nilai 3 dan AEON Mall, kuasa beli di kawasan ini cukup tinggi, memberi peluang kepada kami untuk menyediakan perkhidmatan yang relevan dengan keperluan pelanggan,” jelas Dr Fatin lagi.
Penuhi Keperluan Komuniti Tempatan
Pembukaan ini juga bertujuan untuk memenuhi keperluan komuniti tempatan yang semakin meningkat terhadap akses kepada penjagaan kesihatan moden dan inovatif. Klinik Dr Ana terus komited untuk memastikan setiap cawangan mereka menawarkan perkhidmatan berkualiti yang mengutamakan keselesaan dan kepercayaan pelanggan.
Ads
Cawangan Nilai bukan sekadar klinik biasa, malah ia direka sebagai Signature Branch dengan reka bentuk dalaman yang moden, mewah, dan selesa.
“Konsep yang kami bawa di Nilai adalah gabungan rawatan perubatan dan kesejahteraan dengan pendekatan yang lebih holistik. Selain rawatan perubatan standard, kami memperkenalkan perkhidmatan khas seperti terapi relaksasi yang direka untuk memenuhi keperluan komuniti setempat,” kata Dr. Fatin.
Ads
Kembangkan Jenama Ke Peringkat Yang Tinggi
Melangkah ke hadapan, Klinik Dr. Ana mempunyai visi besar untuk menjadi peneraju dalam industri kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia. Menurut Dr. Fatin, mereka merancang untuk memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan ke kawasan strategik lain seperti Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
“Kami juga bercadang untuk memperkenalkan klinik pergigian dan farmasi di bawah jenama Dr. Ana. Selain itu, sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan jangka panjang, kami merancang untuk membawa jenama ini ke peringkat yang lebih tinggi melalui penyenaraian awam (IPO),” katanya.
Untuk memastikan perkhidmatan yang konsisten di setiap cawangan, Klinik Dr. Ana menekankan latihan berkala kepada kakitangan mereka. Mereka juga mengutamakan maklum balas pelanggan sebagai asas untuk penambahbaikan.
“Kami mempunyai Service Recovery Unit yang khusus menangani sebarang aduan dengan segera dan efisien. Pendekatan ini membolehkan kami mengekalkan kualiti perkhidmatan yang tinggi di semua cawangan,” tambah Dr. Sharifah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasanya pada sesuatu produk makanan atau minuman akan di sertakan sekali tarikh luputnya dan sama ada dinyatakan guna sebelum atau baik sebelum. Ramai yang tak tahu perbezaan kedua-dua tarikh luput ni. Sama ada masih selamat dimakan apabila tiba tarikhnya atau kena terus dibuang.
Untuk tahu lebih lanjut baca perkongsian ilmu sains makanan ini di grup Makmal Makanan (MaMa) yang dikongsikan oleh Dr Fatimah Salim yang juga merupakan seorang Ahli Kimia dan Pensyarah Kanan dalam bidang sains makanan.
TARIKH LUPUT: GUNA SEBELUM vs BAIK SEBELUM
Perasankah anda akan label tarikh luput pada produk makanan dan minuman yang mencatat “Baik Sebelum” (Best before) “Guna Sebelum” (Use by)?
Label tarikh luput digunapakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan dan minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri dan macam-macam lagi. Namun di sini, kita akan fokus kepada makanan dan minuman sahaja.
Sebenarnya ada perbezaan pada kedua jenis label tarikh luput ini. Kita tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel sebegitu. Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Guna Sebelum” (Use by)
Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah diBUANG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.
Baik Sebelum (Best Before)
Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.
Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair…) warna (berubah dari yang asal), bau (tengik disebabkan oksidasi) dan rasa (tengik, masam…) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan. Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.
Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk:
Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan bila melihat tarikh luput makanan. Jangan terus buang tapi tahu bezakan guna sebelum dan baik sebelum sesuatu makanan dahulu.
Usai menganjurkan perhimpunan sukan kanak-kanak berkeperluan khas terbesar di Malaysia baru-baru ini, Tadika kanak-kanak terkemuka, Al Kauthar Eduqids (AKE) bakal menganjurkan satu lagi program hebat iaitu “Forum Anak Syurga” diikuti “Malam Gala Ibu Inspirasi Mingguan Wanita dan NONA” yang bakal diadakan pada 2 Jun 2024 bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.
Kali ini, tadika kanak-kanak terkemuka yang mencipta rekod baharu dalam Malaysia Books of Records (MBR) selepas berjaya menganjurkan perhimpunan sukan kanak-kanak berkeperluan khas terbesar di Malaysia itu bekerjasama dengan dua media ulung iaitu Mingguan Wanita dan NONA yang mengupas pelbagai topik berkaitan anak syurga.
Menurut Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Al Kauthar Eduqids, Dato’ Dr Capt Bakhtiar Aliff Bin Ibrahim, dianggarkan lebihi 250 tetamu yang mempunyai anak-anak istimewa bakal menyertai forum ini yang menunjukkan betapa besarnya minat dan keperluan membincangkan topik-topik seperti Power Up Mental& Fizikal,Kapsul Sihat & Cergas dan Anak Istimewa:Selangkah Ke Syurga.
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Operasi, Datin Dr Nor Fadilah Binti Alias bersama Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Dr Capt Bakhtiar Aliff Bin Ibrahim
Forum ini bukan sahaja memberikan platform untuk berkongsi ilmu dan pengalaman tetapi juga bertujuan untuk membina komuniti sokongan antara ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa. Melalui perkongsian ini, diharapkan para ibu bapa dapat memperoleh pengetahuan baru, sokongan moral, dan inspirasi dalam menjaga dan membesarkan anak-anak mereka.
Antara panel yang bakal berkongsi kisah di Forum Anak Syurga Ahad ini.
Program Untuk Keluarga
Program sehari yang berlangsung dari pagi hingga malam ini terbahagi kepada dua (2) aktiviti iaitu “Forum Anak Syurga” berlangsung pada sebelah siang dihoskan oleh Nani Roslan yang dibawakan oleh Al Kauthar Eduqids bakal menampilkan panel-panel hebat seperti Dr Norzila Zakaria, selebriti Zarina Zainuddin, Datin Dr Nor Fadilah Alias, Norhaidda Hassan yang merupakan ibu kepada Adam AdamsAutism Family, Dr Malar, Fynn Jamal dan Dr Robiah K Hamzah yang mengupas mengenai isu perkembangan, kesihatan dan kecerdasan anak-anak istimewa.
Manakala pada sebelah malamnya pula bakal berlangsung Malam Gala Ibu Inspirasi Mingguan Wanita dan NONA di mana wanita-wanita hebat ini diraikan pada majlis Malam Gala Ibu Inspirasi Mingguan Wanita dan NONA yang gilang-gemilang bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu dan Anakanda baginda YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin bakal mencemar duli berangkat menyerikan majlis.
“Malam Gala Ibu Inspirasi Mingguan Wanita dan NONA” bertujuan memartabatkan dengan memberi anugerah kepada ibu-ibu dan wanita -wanita berjaya dalam pelbagai bidang. Seramai 12 wanita hebat dalam pelbagai kategori bakal menerima penganugerahan istimewa Ibu Inspirasi Mingguan Wanita & Majalah NONA pada malam istimewa itu.
Majlis ini bakal bersiaran secara langsung di sosial media FB & Youtube dan TIKTOK – Mingguan Wanita & Majalah NONA pada ahad, 2 Jun 2024 jam 7.30 malam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selalunya mak-mak akan gantikan nasi dengan makan roti pada anak-anak untuk alas perut. Kononnya roti adalah karborhidrat dan boleh jadi pengganti nasi.
Namun, siapa sangka makan roti menjadi penyebab perut sensitif dan masalah angin dalam badan.
Inilah yang diterangkan oleh Cikgu Kahar tentang roti yang dikongsikan dalam tiktoknya.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...