Hari ini viral sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di media sosial yang memaparkan seorang budak perempuan dilanggar dan digilis oleh sebuah van putih ketika sedang melintas.
Dalam insiden menyayat hati tersebut, menurut sumber, Nur Alisha Safia, berusia tujuh tahun maut apabila dilanggar van sekolah yang dinaikinya dalam kejadian di hadapan sebuah tadika di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari itu, mangsa yang baru pulang dari sebuah sekolah kebangsaan dihantar ke tadika tersebut sebelum pergi ke Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
Terlanggar Mangsa Melintas
Menurutnya, selepas selesai menurunkan kesemua pelajar, van sekolah dipandu wanita tempatan berusia 31 tahun itu bergerak ke hadapan dan terlanggar mangsa yang pada masa sama sedang melintas.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke unit kecemasan Nilai Medical Centre sebelum disahkan meninggal dunia sekitar jam 2.30 petang semasa menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pemandu van berkenaan sedang dirakam percakapan dan siasatan sedang dijalankan,” ujarnya.
Mingguan Wanita: Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Adik Nur Alisha Safia atas insiden ini. Pengajaran juga buat pemandu bas/van sekolah agar lebih berhati-hati sebelum bergerak. Perlu juga disediakan seorang pembantu untuk turunkan anak-anak semasa mereka turun dari kenderaan.
Bawa Pulang Cenderahati Dari Tanah Suci, NEKAD Sarung 15 Lapis Pakaian Elak Lebihan Bagasi! Penumpang kapal terbang memang mempunyai pelbagai ragam. Ada yang menggunakan pelbagai taktik dan cara bagi mengelakkan dikenakan caj lebihan bagasi.
15 Lapis Pakaian
Seorang jemaah haji wanita dari Makassar, Sulawesi Selatan bernama Ummi nekad memakai 15 lapis pakaian ketika hendak pulang ke Indonesia semalam, lapor laman berita Kompas.
Bukan itu sahaja, dia dikatakan turut memakai lima lapis seluar supaya kapasiti bagasinya tidak berlebihan.
Video itu tersebar di media sosial khususnya dalam kumpulan perbualan WhatsApp dan TikTok.
Bawa Pulang Cenderahati Dari Tanah Suci
Dalam video tersebut, Ummi mengaku dia berbuat demikian demi membawa pulang cederahati pakaian dari Tanah Suci untuk keluarganya.
“Biarlah saya sengsara begini (berlapis-lapis) yang penting orang di rumah suka dapat cenderahati,” katanya.
Video itu dirakam ketika Ummi masih berada di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz, Jeddah dan bersiap untuk pulang ke Indonesia.
Kelihatan dua orang rakannya dari kumpulan pertama jemaah haji Indonesia sedang mengira pakaian yang dipakai Ummi sambil ketawa.
Mingguan Wanita: Macam-macam ragam. Demi elak dikenakan caj, kerana lebihan bagasi, sanggup bersusah payah menanggung berat dan panas menyarung 15 helai pakaian. Segalanya demi membawa pulang cenderahati dari tanah suci.
Berangkat ke Mekah, suami doakan Heliza “Semoga Allah pelihara kalian & diberikan Haji Mabrur”. Ibadah haji merupakan rukun Islam kelima.
Setiap daripada umat Islam pastinya memasang niat untuk ke Mekah bagi menyempurnakan kewajipan ini.
Peluang dan rezeki menunaikan ibadah haji adalah yang paling ditunggu-tunggu. Untuk tahun ini, Datin Seri Heliza Helmi bersama keluarganya cukup bertuah kerana diberi rezeki untuk menunaikan ibadah haji.
Berangkat Ke Mekah, Suami Doakan Heliza
Namun pemergian Heliza dan kelurga ke tanah suci tidak disertai suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Namun menerusi komen di Instagram isteri tercinta, Datuk Seri Mahadi mendoakan agar perjalanan isteri dan kelurga tersayang dipelihara Allah.
Mohon Kemaafan
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Heliza memohon kemaafan kepada semua jika punya silap dan salah malah turuy mendoakan agar doakan dirinya dan jemaaah lain mendapat Haji Mabrur.
“Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu
“Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu.
“Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu
“Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan, kesilapan, kekurangan, kekhilafan, kecuaian dan apa apa sahaja, mohon ampun dan maaf. Doakan kami semua.
“Doakan agar semua jemaah mendapat Haji Mabrur.
“Kami juga mendoakan kalian dijemput menjadi tetamu Allah tidak lama lagi. Aamiin,” luah Heliza.
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang gemar berbuka di hotel sudah pasti setiap tahun anda akan mencari hotel yang bersesuaian dengan selera anda sekeluarga. Pastinya pelbagai juadah yang disediakan anda hanya perlu melihat bajet dan kemampuan keluarga.
Untuk Ramadan kali ini Hotel Grand Paragon yang terletak di Johor Bahru menyediakan lebih lebih dari 150 jenis masakan dan hidangan berbuka puasa. Malah hotel ini juga menyediakan juadah dengan harga istimewa. Juadah yang tersedia dari selera kanak-kanak hinggalah ke dewasa, pasti akan membuat anda merasa untuk datang buat kali kedua.
Menurut Chef Faudleen Hamidy, yang bertugas di sini selama lapan tahun antara kepakarannya memasak lauk asam pedas.
“Daripada pemerhatian saya, kebanyakkan pengunjung yang berbuka di isni memberi maklum balas tentang menu asam pedas yang kami sediakan. Ada yang kata, menu asam pedas kami lain dari yang lain. Selain itu kami juga menggunakan pelbagai jenis ikan mengikut kehendak pelanggan bagi asam pedas kami,” terang Chef Faudleen.
Seklain itu antara menu istimewa Sup Merah (Sup Tulang Merah), Kurma Telur, Gulai Daging Kawa, Nasi Ambeng, Nasi Arab Kambing, manakala buat pengemar Shellout juga tidak akan mengecewakan anda.
Bagi mereka yang suka dengan buah durian, hotel ini juga turut menyediakan durian goreng yang sememangnya menjadi daya tarikan istimewa setiap kali hadirnya bulan puasa.
Antara menu yang menjadi kegemaran pelanggan.
Makan Secara Sihat
Dalam mengamalkan ibadah puasa, sebagai ibu, anda juga perlu menyediakan makanan yang berkhasiat buat keluarga. Amalkan pengambilan makanan secara sihat iaitu makan hidangan secara sederhana dan seimbang. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien diperlukan tubuh.
Jika boleh mak-mak elakkan ahli keluarga anda makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa kerana selepas seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa.
Ini menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, makanlah makanan ringan terlebih dulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...