Tak susah nak bahagiakan isteri, malah isteri cuma mahu dihargai.

Bila terlalu penat uruskan keluarga, isteri cuma mahu suami peduli emosi mereka. Bukan isteri merungut, mereka cuma mahukan perhatian daripada seorang suami apabila mereka penat.

Sebagai suami, jangan salah tafsir bila isteri mengadu itu dan ini, sebaliknya dengari mereka dan bantu apa yang mampu. Ikuti perkongsian Syahirah Omar ini dan fahami apa yang disampaikan.

Baca  Di Sini: Isteri PENAT Dalam Rumahtangga Bukan Nak ‘Rehat’, Sebenarnya Mahu Suami Faham Dan Hargai

Bila Terlalu Penat

Saya ada seorang kawan yang sudah berumahtangga. Hidupnya sangat bahagia. Anak-anak yang baik dan mendengar kata. Sejuk hati bila tengok keluarga kecil mereka.

Setiap pagi suami pergi kerja naik motor. Isteri tadi uruskan 4 orang anak lelaki mereka, hantar dan jemput anak di sekolah naik kereta wira lama warna biru.

Saya suka lihat cara mereka suami isteri. Saya rasa saya tahu kenapa kawan saya ni nampak sangat bahagia. Mungkin ada gaduh sesama mereka biasalah suami isteri, tapi saya tertarik nak kongsikan di sini kenapa kawan saya bahagia.

Uruskan Keluarga

Saya perhatikan,
1. Setiap kali isteri dia bercakap, suami pandang tepat pada mata isteri. Setiap kali isteri panggil, suami terus bangun tinggalkan urusan suami, dan fokus pada isteri.

IKLAN

Sebab itu juga anak-anak mereka sangat mendengar kata bila melihat ayah mereka juga begitu. Mata bukan di handphone, bukan di laptop, bukan di TV.

2. Hidup kawan saya sangat sederhana. Tapi mereka tenang saja. Setiap petang kalau suami dia balik kerja, kawan saya cerita suami mesti beli makanan untuk keluarga.

Kuih muih, biskut atau apa saja. Tak pernah pulang dengan tangan kosong. Kata suami dia, rezeki murah bila bahagiakan anak isteri walaupun dengan bawa pulang sebungkus biskut cicah teh o.

Artikel Berkaitan : Isteri PENAT Urus Rumah, Semua Perkara Difikirkan, Suami Jangan Terlalu Cerewet, Hargailah

Isteri Cuma Mahu

3. Suaminya sangat ringan tulang. Isteri tak perlu suruh itu ini. Bukan senang uruskan 4 anak lelaki tetapi bila seorang ayah sangat rajin menolong si ibu, anak mereka pun jadi rajin juga. Yes, children are great imitators. So give them something great to imitate.

IKLAN

4. Kawan saya cerita setiap Maghrib dan Isyak pasti mereka solat berjemaah. Bila hari cuti, suami akan bawa anak yang besar sikit ke surau. Bila jaga solat, Insyallah semua urusan Allah pasti jaga.

5. Bila hari cuti, suami dia bawa pusing naik kereta. Bila dah gaji, suami pasti bawa dia pergi kedai Eco. Tak mahal, tapi memang itupun sudah buat isteri bahagia.

Suami Peduli Emosi Mereka

Benarlah, tak susah nak bahagiakan isteri. Isteri cuma mahu dihargai. Bila terlalu penat uruskan keluarga isteri cuma mahu suami peduli emosi isteri.

Kadang bila isteri mengadu penat uruskan anak bukan bermaksud dia terbeban dengan anak dan tidak bersyukur. Hakikatnya dia terlalu sayang anak-anak. Dia cuma mahu bercerita. Selain itu, dia cuma mahu meluah rasa. Dia cuma penat emosi, mental walaupun fizikal masih bertahan lagi.

Sabda Nabi yang bermaksud: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Ahmad)

IKLAN

Saya doakan semoga rumahtangga kalian bahagia sampai Syurga dan sentiasa dalam Rahmat Allah Bila Terlalu Penat Uruskan Keluarga, Isteri Cuma Mahu Suami Peduli Emosi Mereka

Syahirah Omar

Mingguan Wanita : Kadang-kadang isteri hanya mahu suami mendengar rintihan mereka. Memadai menjadi pendengar yang baik jika tidak mampu membantu meringankan beban isteri.

Sumber : Puan Syahirah Omar

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI