Sebenarnya berkawan dengan semua orang biarlah ikhlas, jamgan pula berkawan atas kepentingan sendiri. Masa senang dan bahagia, dialah sahabat hingga ke syurga. Namun apabila kawan dilanda masalah, mak, ayah mula menjauh diri.
Tidak dinafikan dalam hidup sukar mendapat kawan yang sejati, oleh itu berbuat baik dengan semua orang. Lama-lama mungkin ada sahabat yang sudi berkawan dengan mak,ayah hingga bila-bila. Paling penting ikhlaslah berkawan dan jadi diri sendiri.
Ikuti perkongsian Cikgu Nurul Haslindaini dan hadam baik-baik iya.
Jangan iri dengan kehidupan orang lain.
Dalam dunia ini bukan senang untuk kita memuaskan hati semua orang. Walaupun kita rasa kita dah lakukan yang terbaik buat mereka namun itu belum cukup memberi kepuasan kepada semua.
Malah silap kita yang sedikit itu, diungkit-ungkit entah berapa keturunan pun tak tahu.
Jika kita tidak suka dengan perangai seseorang itu, tidak perlu kita mengumpul geng untuk membenci sama kerana setiap kita mempunyai kelemahan masing-masing.
Berkawan Seikhlas Hati Bukan Kerana Kepentingan
Kalau perangai buruk orang itu kita tidak suka makanya jangan marah jika ada perangai buruk kita juga membuatkan orang lain membenci kita.
Berkawanlah dengan semua orang seikhlas hati. Jangan berkawan semata-mata untuk kepentingan sendiri. Bila dah dapat apa yang kita mahukan terus kita campak kawan kita itu seperti sampah. Lebih teruk lagi, jika ada yang suka memilih-milih orang untuk berkawan.
Hidup kita juga tak perlu iri hati dengan kehidupan orang lain. Mungkin luarannya kita nampak mereka ‘happy’ hakikatnya jauh di dalam kehidupan sebenar mereka ada air mata yang sentiasa mengalir tanpa kita ketahui.
Berkawanlah Seikhlas Hati
Jadi jangan cepat menilai melalui luaran sahaja.
Hidup kita pun jangan jadi batu api. Mereka-reka cerita untuk memporak-perandakan orang lain. Iri hati melihat keakraban kawan-kawan yang lain bimbang tidak ada kawan yang tak mahu berkawan dengan kita, lalunya melaga-lagakan mereka dengan perkara yang bukan-bukan.
Hidup kita juga jangan takut melihat orang lain lagi lebih daripada kita, berdoalah semoga Allah memberi kita rezeki seperti mereka. Walaupun tak sehebat mereka namun sangat manfaat kepada kita dan ikut kemampuan kita juga.
Jika kita suka bandingkan hidup orang lain yang lagi hebat dengan kehidupan kita yang biasa-biasa sahaja. Ini akan membuat perasaan kita menjadi sakit dan mula timbul bibit-bibit iri hati yang boleh merosakkan ukhuwah dan kehidupan kita kelak.
Belajarlah bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kepada kita. Allah bagi kepada kita semua adalah adil mungkin cara pembahagian itu kita rasa macam tak cukup namun percayalah apa yang Allah dah bagi pada kita itu adalah di atas kemampuan kita.
Semoga kita semua menjadi hamba yang bersyukur, ikhlas, redha dan dijauhkan dari perasaan iri hati, dengki dan tamak dalam kehidupan kita. Kerana semua itu akan merosakkan jiwa dan hati kita. Malah membuatkan hidup kita tidak tenang dan tenteram.
MW: Hargailah sahabat yang baik. Jangan pula mengambil kesempatan di atas sahabat yang baik hingga sanggup memutuskan persahabatan. Selalu bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan dan jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
Beruntung sungguh pelakon Nur Fazura yang kini hamil 8 bulan. Sepanjang kehamilannya itu, suaminya, pelakon Fattah Amin tak pernah sekali pun menghampakan keinginan ibu hamil anak sulung.
Fattah tetap akan layani setiap kerenah Fazura dengan sabar. Malah, dia sanggup buat apa saja asalkan keinginan isterinya itu dapat dipenuhi.
Ibu hamil ini kan ada banyak ragamnya. Itu belum masuk soal morning sickness dan sebagainya. Sebenarnya, suami yang sabar melayan kerenah isteri hamil ini memang hebat dan cukup prihatin orangnya. Bertuah isterinya.
Macam kisah Fazura ini, waktu di awal kehamilan dia agak cerewet bab makanan. “Pernah suaru hari, Fattah belikan sandwich. Saya pulak tak gemar sos atau mayonis.”
Bila mana, Fattah belikan sandwich yang ada sos, mayonis tu.. Fazura terus menangis. Demi nak tenangkan hati isteri, Fattah keluar semula dan belikan sandwich yang baru.
Bagaimana pun, sebagai isteri Fazura bersyukur akan kebaikan suami. “Melihat kesabarannya melayan, saya terus minta ampun sebab rasa bersalah dan kasihankan dia.”
Paling beruntungnya waktu hamil ini, dalam apa juga perkara suaminya itu tetap akan menangkan dirinya. Itulah sifat mudah mengalah dengan isteri yang ada pada Fattah Amin.
Pasangan ini bernikah pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat mereka. Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini diizinkanNya untuk menimang cahaya mata pertama.
Malah, akui Fazura tak lama dulu, percaturan Allah untuk kehamilannya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi mereka. Malah, kehadiran zuriat inilah yang amat membahagiakan kehidupan mereka berdua.
Fazura juga semakin berseri-seri sejak hamil anak sulung ini. Berita kehamilannya dikongsikan kepada umum ketika usia kehamilannya empat bulan iaitu sekitar April lalu.
Diam tak diam, Fazura sudah pun melancarkan jenama penjagaan kulitnya sendiri. Yang mana set eksklusif dilengkapi pencuci wajah, skrub, krim siang dan malam serta serum bersaiz mini.
MW : Mendoakan semoga Fazura dipermudahkanNya sepanjang kehamilannya ini.
Jodoh, ajal,maut semuanya ketentuan Tuhan. Bagi suami isteri, andai ajal memisahkan di dunia, jika boleh ingin bersama-sama menemui sang pencipta abadi. Takdir bagi pasangan suami isteri ini apabila menemui ajal selang sejam dan dikebumikan bersama-sama hingga ke liang lahad.
Seorang kiai di Katangka, Gowa, Sulawesi Selatan meninggal dunia selang sejam setengah selepas isterinya menghembuskan nafas terakhir, malam Ahad lalu.
Portal Kompas melaporkan sebelum itu, Drs H M Idrus Makkawaru, 76, seorang kiai Nahdlatul Ulama (NU) Bantaeng sempat mengajar isterinya mengucap. Isterinya itu, Sitti Saniah, 74, meninggal dunia jam 8 malam, manakala Kiai Idrus menghembuskan nafas terakhir pada 9.30 malam.
Ketua Kementerian Agama Wilayah Bantaeng, Muhammad Yunus berkata, ketika mengucapkan kalimah syahadah kepada isterinya, Kiai Idrus tidak dapat menahan kesedihan dan menitiskan air mata.
“Ketika kiai mengucap kalimah itu, dia menitiskan air mata. Selang kira-kira sejam, dia pula meninggal dunia,” katanya pada Rabu kepada portal Kompas.
Kiai Idrus mempunyai sejarah penyakit jantung dan ketika hayatnya, adalah tokoh agama disegani dengan keperibadian mulia.Beliau rajin beribadah dan baca al-Quran rutin harian. Muhammad Yunus berkata, sepanjang hayatnya, Kiai Idrus mampu menghabiskan 10 juzuk al-Quran setiap hari selain sering menyampaikan ceramah di Masjid Tua Bantaeng.
“Jenazah suami isteri itu dibawa ke Bantaeng selepas Subuh sebelum disolatkan di Masjid Tua Bantaeng.
“Jenazah pasangan itu kemudian dikebumikan selepas solat Zuhur di Taman Pemakaman Umum (TPU) Letta, Jalan Dr Ratulangi, pada Isnin,” katanya.
Kiai Idrus pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya ketua Jabatan Agama Bantaeng pada 1989 hingga 2000 dan memiliki lima anak.
Isteri pertama Kiai Idrus, Sitti Djawiah meninggal dunia 2014 sebelum tokoh agamawan itu menikahi saudara kandung Allahyarham isterinya.
MW: Salam takziah buat keluarga pasangan ini. Semoga roh mereka keduanya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Takdir menentukan pasangan ini meninggal dan dikebumikan bersama-sama.
Sabar itu indah. Dalam bab nak miliki rumah idaman pun kena juga ada usaha yang berpanjangan. Begitu yang pelawak dan usahawan Achey Bocey zahirkan dalam memiliki rumah teres tiga tingkat setelah 10 tahun memasang impian.
Kongsinya tak lama dulu. Dia dan isteri mula mengumpul duit sejak 10 tahun lalu. Macam-macam benda dilakukan demi merealisasikan impian 10 tahunnya untuk miliki rumah sendiri.
“Allah maha besar.
Syukur… saya percaya doa orang-orang sekeliling dan kalian juga membantu kekuatan kami untuk menyimpan dan merealisasikan #10tahunimpian untuk memiliki rumah sendiri.
Walaupun masih hutang bank tetapi itu juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang.. terus usaha dan terus percaya tanamkan target serta jayakan target itu walaupun bertahun lamanya.”
Malah, Achey tak malu mengakui yang dia menjual ’benda’ yang bukan keperluan untuk mendapatkan rumah impiannya itu selain fokus kumpul duit. Termasuklah menjual empat buah motosikalnya itu.
“Benar kata ibu bapa, guru-guru sekolah dan nasihat-nasihat orang lama … MENYIMPAN untuk masa depan.. setiap perkara kita buat mesti ada target… walaupun 10 tahun, ASB, motosikal dan beberapa kehendak yang kami ada kami cairkan untuk renovasi.. tinggalkan keperluan dalam hidup dan untuk pekerjaan.”
“Bisnes juga membantu sangat-sangat kuat.. yea banyak bisnes kami usahakan tidak berjaya.. sehingga lah kami jumpa bisnes yang tepat dan dapat membantu kami dan keluarga.. tapi kami yakin pengalaman gagal itu adalah guru terbaik untuk semua insan.”
Sepanjang tempoh itu, Achey berdepan juga dengan bermacam dugaan.
“Dugaan? yea penat dengan dugaan.. kuncinya syukur dengan dugaan itu kerana Allah berikan pada kami bersebab.” Kongsi Achey yang enggan mendedahkan harga rumah yang dibelinya itu. Baginya asalkan lengkap dan selesa untuk keluarga kecilnya itu sudah memadai.
“Terima kasih kepada insan-insan di bawah yang membantu kami sepanjang proses rumah #10tahunimpian
Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahya mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat diberi nama Nur Tiara Zinnirah pada tahun 2018.
MW : Tahniah! Achey dan isteri, sememangnya cukup indah bila dapat merealisasikan impian bersama pasangan sehati sejiwa.
Masih memegang cara yang betul dan menjaga adab, pengarah dan penerbit, Erma Fatima cukup memelihara batas pergaulan anaknya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.