Jodoh, ajal,maut semuanya ketentuan Tuhan. Bagi suami isteri, andai ajal memisahkan di dunia, jika boleh ingin bersama-sama menemui sang pencipta abadi. Takdir bagi pasangan suami isteri ini apabila menemui ajal selang sejam dan dikebumikan bersama-sama hingga ke liang lahad.

Seorang kiai di Katangka, Gowa, Sulawesi Selatan meninggal dunia selang sejam setengah selepas isterinya menghembuskan nafas terakhir, malam Ahad lalu.

Portal Kompas melaporkan sebelum itu, Drs H M Idrus Makkawaru, 76, seorang kiai Nahdlatul Ulama (NU) Bantaeng sempat mengajar isterinya mengucap. Isterinya itu, Sitti Saniah, 74, meninggal dunia jam 8 malam, manakala Kiai Idrus menghembuskan nafas terakhir pada 9.30 malam.

Tak Dapat Menahan Kesedihan

Ketua Kementerian Agama Wilayah Bantaeng, Muhammad Yunus berkata, ketika mengucapkan kalimah syahadah kepada isterinya, Kiai Idrus tidak dapat menahan kesedihan dan menitiskan air mata.

“Ketika kiai mengucap kalimah itu, dia menitiskan air mata. Selang kira-kira sejam, dia pula meninggal dunia,” katanya pada Rabu kepada portal Kompas.

IKLAN

Sempat Ajar Isteri Mengucap, Takdir Suami Juga Menemui Ajal Selang Sejam

Tokoh Agama Peribadi Mulia

Kiai Idrus mempunyai sejarah penyakit jantung dan ketika hayatnya, adalah tokoh agama disegani dengan keperibadian mulia.Beliau rajin beribadah dan baca al-Quran rutin harian. Muhammad Yunus berkata, sepanjang hayatnya, Kiai Idrus mampu menghabiskan 10 juzuk al-Quran setiap hari selain sering menyampaikan ceramah di Masjid Tua Bantaeng.

“Jenazah suami isteri itu dibawa ke Bantaeng selepas Subuh sebelum disolatkan di Masjid Tua Bantaeng.

IKLAN

“Jenazah pasangan itu kemudian dikebumikan selepas solat Zuhur di Taman Pemakaman Umum (TPU) Letta, Jalan Dr Ratulangi, pada Isnin,” katanya.

Kiai Idrus pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya ketua Jabatan Agama Bantaeng pada 1989 hingga 2000 dan memiliki lima anak.

Isteri pertama Kiai Idrus, Sitti Djawiah meninggal dunia 2014 sebelum tokoh agamawan itu menikahi saudara kandung Allahyarham isterinya.

IKLAN

Sempat Ajar Isteri Mengucap, Takdir Suami Juga Menemui Ajal Selang Sejam

Baca Lagi Di Sini:
Positif COVID-19,Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-50 Berpegangan Tangan, Pakai Alat Bantuan Pernafasan

MW: Salam takziah buat keluarga pasangan ini. Semoga roh mereka keduanya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Takdir menentukan pasangan ini meninggal dan dikebumikan bersama-sama.

Sumber: Hmetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI