Manisnya masa bercinta, sampaikan kentut pun berbau wangi. Tapi, bayangkan selepas berkahwin, duduk dekat pun sudah rasa bau busuk dan tak selesa. Semua tak kena.

Begitulah lumrah kehidupan yang biasanya berlaku selepas berkahwin. Semua perangai baik buruk tentang pasangan baru kita tahu.

Jangan ingat kahwin hanya kerana ingin berseronok semata-mata dan menghalalkan hubungan. Kena fikir selepas berkahwin tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, baik suami mahupun isteri.

Jangan cakap sudah kenal pasangan 10 atau 20 tahun sebelum ini dan tahu hati budi masing-masing. Sebenarnya kita masih belum kenal selagi belum kahwin dan tidur sebantal. Nanti selepas kahwin, barulah kita nampak warna sebenar pasangan kita itu.

Pesanan yang sungguh bermakna oleh Sepet Tralala dalm perkongsian ini, khasnya untuk pasangan yang belum berkahwin. Moga ia dijadikan panduan untuk pasangan di luar sana.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Amalan Orang Lama Eratkan Hubungan Suami Isteri, Perkahwinan Berkekalan Hingga Hujung Usia

KESUSAHAN Dalam Perkahwinan Lain ORANG Berbeza Kisahnya, Hanya Suami & Isteri SAJA Tahu

Info Lebih Menarik DI SINI

Selepas Berkahwin Kena Pikul Tanggungjawab

Pesanan buat yang belum kahwin. Kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung.

Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, rupanya jenis lepas berak tak reti flush, cepat stress kalau ada masalah, pemarah apabila ditegur dan baru tahu segala-galanya.

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.

IKLAN

Kahwin bukan hanya tentang dating halal, ambil gambar romantik dapat konvo sama-sama, boleh pegang tangan, makan bersuap, semua yang manis-manis.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH daripada kawan yang baru kahwin, itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kepada dunia. Realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan. Siapa yang tahu?

Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah-indah tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk ‘elak maksiat’ saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?

Sabar Dengan Ujian

Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu, pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyingsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?

IKLAN

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat?

You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..

Apabila kamu membentak marahkan orang tua. Kenapa susahkan orang nak kahwin, padahal kamu tidak sedar, ibu bapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu

BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan sebagainya, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin, untuk menjayakan hidup berumahtangga..

IKLAN

Cinta saja tak cukup rupanya, barulah kita sedar quote ‘rezeki setelah nikah’ itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar, betul apa mak ayah kata “cinta saja tak cukup”..
Moga Tuhan mudahkan perjalanan kita seterusnya.

Mingguan Wanita : Bila sudah kahwin, barulah kita tahu perangai sebenar. Tak perlu menyesal tapi binalah keluarga bahagia dan sentiasalah saling melengkapi.

Sumber: Sepet Tralala

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI