Kalau bercerita tentang poligami, golongan lelakilah yang paling seronok nak berhujah dan cepat dalam memberi maklum balas. Kononnya ‘payung emas’ untuk isteri. Bagi permpuan pula, poligami ini satu perkara yang memang tak boleh diterima oleh seorang isteri.

Selayaknya, kalau nak berpoligami tengok pada latar belakangnya, cukup ilmu dan mampu berlaku adil. Kalau setakat cakap macam ‘tin kosong’, baik lupakan sahaja hasrat itu.

Walau bagaimanapun, poligami bukan kerana lelaki itu berkemampuan tetapi ada sesetengahnya kerana hasutan daripada mak sendiri yang tidak suka menantu hingga meminta anaknya berkahwin lain. Ini lagi sedih.

Waima, kalau mahu berpoligami, seorang lelaki kenalah ‘tilik’ diri sendiri, mampu atau tidk, berlaku adil atau ada sebab-sebab tertentu.

Ini antara perkongsian daripada Khairul Fahmi Ramli, Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis & Perak. Antara yang dibincangkan tentang perkara yang perlu dinilai oleh mahkamah apabila suami ingin berpoligami. Malah, ia berkait rapat dengan drama yang tengah viral sekarang ini.

Paksa Anak Berpoligami

Sekarang ni trending drama 7 Hari Mencintaiku 2 di TV3. Baru ni saya layan la online bila kelapangan sebab ramai yang menyumpah Mak Leha dan Nurul Ain sebab beria-ia nak suruh Khuzairi poligami. Saya pun tertanya, hebat betul ke Khuzairi ni? Layak ke?

IKLAN

Bila dah sampai episod yang paling terkini, baru la faham. Ohh rupanya Mak Leha ini yang beriya sakan nak menantukan Nurul ni. Si Nurul ni pun boleh tahan gediknya juga la nak dekat suami orang. Cumanya persoalan penting, kenapa yang Khuzairi tak tolak? Mampu ke dia tu?

Sebenarnya, memang ada situasi yang mana mertua mula tidak berkenan dengan menantu sedia ada. Berharapkan pula calon idaman untuk menjadi surihati anak lelakinya. Tengok-tengok, menantu idaman pun tidaklah sehebat mana selepas nikah.

Ramai orang akan ingat, nak poligami ini perkara paling utama adalah kemampuan Kewangan. Itu salah ye!

Baca Artikel Menarik Di Sini: Poligami Manis Bagi Suami, Pahit Bagi Isteri Bila Suami Acah-Acah Mampu!

IKLAN

‘Poligami Itu Bukannya Mudah’ Suami Ini Lulus Ujian Cinta Untuk Isteri-Isterinya

Baca Info Lebih Menarik DI SINI

Alasan Untuk Penilaian Mahkamah

Di dalam Seksyen 23 (5) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kedah 2008, ada menyatakan tentang perkara yang perlu dinilai sebelum dibenarkan oleh Mahkamah untuk seseorang lelaki berpoligami. Antaranya :

Perkahwinan yang dicadangkan itu patut atau perlu – Maksud yang dinyatakan di dalam perkara ini adalah sekiranya isteri sedia ada tidak mampu melahirkan anak atau uzur untuk bersetubuh atau gila.

Kemampuan kewangan – Lelaki tersebut mempunyai kemampuan kewangan mengikut Hukum Syarak bagi semua tanggungan sedia ada.

Boleh berlaku adil – Mesti mampu untuk berlaku adil dari sudut layanan dan bermalam. Setiap isteri dan tanggungan perlu dilayan dengan baik dan tidak diabaikan.

Tidak menyebabkan darar syarie pada isteri sedia ada – Maksudnya perkahwinan poligami ini tidak akan menjejaskan kebajikan isteri sedia ada. Bahkan mungkin dengan poligami ini akan menyebabkan isteri tersebut menderita.

Berlaku Adil

Daripada alasan-alasan yang diberikan ini, jelas menunjukkan, perkara mengenai poligami ini bukan dilihat kepada satu sudut sahaja iaitu kemampuan kewangan. Ada orang yang dia mungkin mampu untuk menafkahi isteri dan anak-anak sedia ada, tapi dia mungkin sukar untuk berlaku adil.

IKLAN

Apa yang saya lihat berdasarkan pengalaman kes di Mahkamah, orang yang benar-benar mampu berpoligami ini dengan baik adalah lelaki yang mampu menguasai dan melayani isteri sedia ada dengan baik dan mampu untuk berlaku adil.

Cuma banyak yang ada sekarang ini, hanya mampu cakap boleh tanggung kewangan dan boleh berlaku adil, tapi selepas kahwin, macam-macam isu rumahtangga yang timbul. Jika dilihat situasi Khuzairi, saya berpandangan dia tidak layak untuk berpoligami kerana ia hanya mahu ikut kehendak ibunya sahaja bukan kerana dia mampu atau Mia ada kemudaratan sebagai isteri.

Ingatlah, kalau tak mampu nak pergi Masjid lima kali sehari, tak payah mimpilah nak berlaku adil poligami macam Nabi.

MW: Kalau tak ada ilmu tentang poligami, jangan sesekali cari nahas. Ingatlah isteri yang sanggup bersusah payah untuk kita.

Sumber: Fahmi Ramli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI