Setiap orang ada citarasa tersendiri. Ada yang suka guna barangan mahal dan berjenama. Tak kurang juga, lebih suka beli barangan murah saja. Mungkin dengan barangan murah, kita boleh dapat banyak dan kalau rosak tidaklah ralat.
Walau bagaimanapun, ada yang beli barangan mahal kerana memikirkan ia tahan lama dan berbaloi kalau membelinya. Sampaikan ada yang cukup puas hati sebab produk atau barang yang dibeli dengan harga yang mahal mampu digunakan sampai bertahun-tahun.
Semua itu bergantung kepada citarasa dan kemampuan masing-masing. Tak salah nak beli barangan mahal tapi tengoklah keadaan. Jangan sampai ikat perut semata-mata nak beli barang berjenama.
Kali ini, Puan Mary Anni berkongsi tentang konsep Cost Per Wear (CPW). Nak bandingkan dengan membeli barangan mahal dengan barangan murah. Bukan bermakna barangan murah ini tidak elok tapi semua ini bergantung kepada diri masing-masing.
“Kenapa nak kena beli tali pinggang kulit sampai harga RM600?
Dekat Shopee ada tali pinggang bagus harga RM60 kau boleh beli 10!
Nak beli mahal sebab nak tunjuk jenama la tu…”
Memang senang buat ayat tuduhan terutama apabila berfikir dan hukum hidup orang lain ikut ruang lingkup kemampuan dan citarasa sendiri.
Ads
Beginilah,
Kali ini saya mahu kongsikan konsep Cost Per Wear (CPW).
Cost Per Wear (CPW) adalah konsep yang sangat mudah – nilai item secara langsung berkait dengan kekerapan anda menggunakan item tersebut.
Sekiranya anda membeli kasut dengan harga RM200 dan memakainya sekali, maka nilai kasut itu ialah RM200.
Jika anda memakainya sebanyak dua kali, maka nilai CPW kasut itu sekarang ialah RM100 sekali pakai.
Jika kasut itu dipakai seratus kali dalam setahun maka setiap kali kasut itu dipakai nilai CPW adalah RM2 sahaja.
Apabila nilai CPW sesuatu item rendah dan kekerapan penggunaan tinggi, ini bermakna amat berbaloi pelaburan anda ke atas item tersebut.
Ads
Biar Berbaloi
Untuk benar-benar memanfaatkan CPW secara maksimum, anda harus benar-benar menyukai dan benar-benar menikmati (pakai) barang-barang yang anda beli.
Ia juga perlu disimpan dan diselenggara (maintenance) dengan baik agar kualitinya masih tinggi walau dipakai bertahun lamanya.
Jika anda jenis yang cepat bosan dengan gaya yang sama dan suka mengikuti trend baru, konsep CPW ini boleh jadi kurang menarik untuk anda.
Apakah barang yang bagus dibeli dengan kualiti tinggi (baca: mahal dan berjenama)? Antaranya:
Beg tangan
Kasut
Tali pinggang
Tali leher
Pakaian kategori gaya evergreen seperti kemeja putih dan seluar slack hitam
Jam tangan
Aksesori dengan rekaan evergreen
NOTA: Saya mempunyai sepasang kasut formal berwarna hitam yang saya beli pada tahun 2015 pada harga menghampiri RM500.
Tahun ini ialah tahun keenam saya menggunakan kasut tersebut. Masih elok dan nampak baru. Sudah tentu perlu dijaga dan disimpan dengan baik.
Ads
Dalam tempoh setahun, saya pakai kasut tersebut tidak kurang 50 kali. Jadi sekurang-kurangnya saya sudah pakai kasut itu 250 kali sepanjang 5 tahun ini.
CPW kasut tersebut ialah RM2. Sangat berbaloi!
#PuanMary #GuruImej
MW: Tak kisah nak beli yang mahal atau murah, paling penting ia berbaloi bila kita guna.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pelakon terkenal, Rita Rudaini pun ada rasa simpati dengan nasib yang menimpa anak beruang matahari yang ditinggalkan kelaparan di sebuah unit kondominium di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Menurut sumber berita, wanita yang ditahan kerana menyimpan beruang matahari itu tak menyangka haiwan yang dijaga itu beruang matahari. Sebaliknya dia ingat itu adalah anjing.
Bila mana baca kisah yang tular itu, Rita yang sememangnya cukup sayangkan haiwan terutama kucing ini seakan tak boleh hadam dengan tindakan wanita berkenaan.
Kucing Pun Sisturr Tinggal Kat Hotel Kucing
Tulisnya, “Kesian.. macam mana boleh tinggal macam tu? Kucing pun sisturr pi tinggal kat hotel kucing.. sebab depa bukan bole masuk dapoq kupas bawang tumih masak manggi kalau lapaq.”
“Sisturr dok pikir lama jugak. Kalau dah tau tu BERUANG, pu lah serah kat yang berhak. Kalau tak tau nak buat lagu mana, pi balai polis minta bantuan.”
“Dan kalau ingat anjing pun takkan boleh stop ambik?Pastu sah-sah beruang, memang ada binatang yang kita tak boleh simpan.. tak kan tak tau.”
Naya Beruang Tu Lapar..
“Kalau tak ada akta, sisturr pun nak bela rimau dan singa kat rumah. Naya beruang tu lapar. Dia bukan biasa dok kondo.. mana la dia tau nak cari makan lagu mana.”
“Dah tau tu beruang, pi kurung pulak. Bukan nak pi buat pesah cepat-cepat antaq kat yang berkuasa. Boleh plak balik raya tinggal.. sisturr memang tak leh terima.”
“Sisturr sayang binatang.. sedih tengok. Nasib baik tak jatuh tingkap.”
Buat Ini Kalau Jumpa Binatang Takleh Simpan
Pesan Rita lagi, “Pikir la cerdik sikit. Kalau jumpa binatang-binatang yang tak leh simpan, cepat-cepat pi antaq kat Jabatan PERHILITAN. Kalau jumpa manusia berhati binatang pun, cepat-cepat antaq jugak.”
Dalam laporan Sinar Harian menyebut, Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim memaklumkan wanita berusia 27 tahun yang ditahan itu mendakwa menemui haiwan berkenaan berkeliaran sendirian berdekatan sebuah hutan.
Bagaimana pun, pihaknya percaya haiwan berkenaan diperoleh daripada pihak lain.
Parking depan rumah boleh kena denda RM2000, kenderaan ganggu lalu lintas berdepan disaman. Satu perkongsian di facebook Persatuan Kebajikan Penduduk Sungai Kapar Indah yang mengingatkan warga penduduk agar tidak meletakkan kenderaan sesuka hati hingga mengganggu lalu lintas menarik perhatian warganet.
Ini kerana kenderaan yang didapati mengganggu lalu lintas termasuk diletakkan di persekitaran rumah yang didapati menghalang lalu lintas boleh disaman oleh pihak berkuasa tempatan sehingga RM2000.
Menurut facebook Persatuan Kebajikan Penduduk Sungai Kapar Indah, ihak MPK sedang menjalankan operasi menghantar NOTIS PEMBERITAHUAN perletakaan kenderaan sembarangan di Taman Perumahan. Ini termaktub di dalam Undang² kecil UUK 8 (1) Taman MPK 2005. Kesalahan bolih di kenakan penalti am tidak melebihi Dua Ribu Ringgit (RM 2,000.00)
Kereta parking menegak depan pagar rumah tidak dibenarkan dan Notis Pemberitahuan telah ditampak dicermin pemilik kereta.
Diharapkan penduduk Taman SKI ambil maklum berkenaan perkara ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengakui ada mengeluarkan beberapa notis pemberitahuan kepada penduduk agar tidak meletakkan kenderaan sembarangan di Taman Perumahan Sungai Kapar Indah (SKI) pada Rabu.
Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, notis itu dikeluarkan bagi memastikan pemilik kenderaan tidak menghalang laluan kenderaan lain untuk keluar dan masuk.
Parking Depan Rumah Boleh Kena Denda RM2000
Menurutnya, notis itu juga penting bagi memastikan pemilik mengalih dan memindahkan kenderaan mereka segera.
“Kepada mereka yang ingkar, tindakan boleh dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 8 (1) Taman MPK 2005 dan dikenakan penalti am tidak melebihi RM2,000,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Kenderaan Ganggu Lalu Lintas Berdepan Disaman
Norfiza berkata, penguatkuasaan UUK itu adalah usaha kawalan berterusan agar persekitaran taman perumahan berada dalam keadaan kondusif di samping mendidik masyarakat bertanggungjawab.
“Kita menasihatkan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan di tempat yang sepatutnya dan tidak melanggar peraturan telah ditetapkan,” jelas beliau.
Bila melihat beberapa selebriti menanggalkan hijab, pelbagai tanggapan mula diperkatakan. Pandangan dari Ustazah Sharifah Khasif ini boleh dijadikan panduan.Semoga kekal istiqamah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Musim Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ini, anak-anak memang banyak luangkan masa belajar di rumah sahaja. Oleh yang demikian, keperluan meja belajar sangat penting supaya anak-anak boleh belajar dengan selesa. Inisiatif ayah ini wajar dipuji, rajin buat sendiri DIY meja belajar untuk keselesaan 3 orang anak-anaknya sewaktu PdPR.
Mak ayah boleh cedok idea, jika nak buat sendiri belajar untuk anak. Lebih puas hati, berbaloi dan jimat kos bila buat sendiri.
Baca perkongsian daripada Md Zaki ini sebagai panduan.
“Sekadar perkongsian saya berkenaan membuat meja belajar anak-anak secara DIY. Sebagai bapa, kita hendaklah memastikan keselesaan anak-anak belajar di musim PDPR ini.Ruangkan sedikit masa untuk DIY. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.”
Step 1: Membuat Lakaran
Step 2: Membuat lukisan menggunakan perisian autocad.
Step 3: Lukisan ceraian
Step 4: Membina Jig supaya kerja welding lebih senang dan cepat.
Saya guna welding ini.
Step 5: Pemasangan percubaan.
Catatan: Memotong besi pakai mesin ni ye. Kalau guna grinder, tidak digalakkan..bahaya.
Alhamdulillah siap 3 set meja belajar kanak-kanak. Kerusi saya beli di shopee : https://invol.co/cl5l3i3
Mingguan Wanita : Menarik juga DIY Meja Belajar untuk anak. Barulah anak-anak selesa dan seronok nak belajar bila ada meja sendiri nanti. Mak ayah yang pandai bertukang boleh cedok idea meja belajar yang dikongsikan ini nanti.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.