Meriah bila tiba musim cempedak. Bau harum cempedak itu boleh buat mak-mak terkenang-kenang. Nak goreng cempedak pun kalau kena gaya bancuhan tepungnya akan menambah keenakan rasa cempedak itu.
Peniaga ini, Ahmad Shukri Amiruddin berkongsi resepi buat bancuhan tepung cempedak yang garing, rangup dan tidak berminyak.
“Banyak resepi boleh digunakan untuk memasak cempedak. Ini resepi yang saya guna untuk berniaga cempedak goreng di Warung saya setiap kali musim cempedak. Amat mudah sekali bahan-bahannya.
Resepi turun temurun dari keluarga, cara orang kampung goreng cempedak supaya cempedak garing, rangup tidak berminyak. Yang penting tidak menggunakan soda bikarbonat. Saya sertakan juga beberapa petua.
IKLAN
Resepi Cempedak Goreng
Cempedak (Lebih sedap Cempedak Madu)
1.Tepung Beras Sepeket untuk sebiji cempedak
2. Marjerin atau minyak 3 sudu
3. Air kapur makan 2 sudu
4. Garam secukup rasa.
5. 2 cawan air suam.
6. Kunyit 1 sudu kecil
Cara-caranya
1. Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat. Jangan terlalu cair.
2. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.
1. Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Ini yang menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.
2. Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat. Kulit tepung akan terkoyak.
3. Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.
4. Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.
IKLAN
Selamat mencuba.
Sumber/Foto : Chef Shukri, Warung Nasi Shukri Setia Alam Selangor.
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dahulu, kalau nak makan tau fu fa mesti tunggu pasar malam. Sebab masa inilah baru ada yang menjualnya. Kalau bulan Ramadan lagilah kan. Mesti ada dan pakejnya beli sekali dengan air kacang soya. Bestnya.
Pernah juga terfikir, macam mana nak buat sendiri. Leceh betul. Tak kena cara, memang tak jadilah. Cara mudah beli sahaja. Nieza Nor Hamnira berkongsi resipi yang paling simple untuk mak-mak buat sendiri di rumah.
Guna Air Kotak Soya
Siapa dah buat tau fu fa segera guna air kotak soya tapi tak gegar, tak lembut, jadi pejal sama macam puding atau agar-agar saja?
Kali ini, saya ingin kongsi tau fufa yang sama macam kat pasar malam. Lembut dan menyelerakan. Gunaa tiga bahan sahaja. Kalau tak jadi tak tahulah.
Bahan-bahan:
2 kotak susu soya – yang 1 liter tu (beli 2 kotak yang besar tu)
Agar-agar tali 8 gram SAHAJA
1 cawan air + daun pandan simpul (kalau ada)
Cara Membuat:
1.Masukkan air dan agar-agar tali sehingga semuanya cair dan tak nampak tali agar-agar itu lagi
2.Selepas itu, tuang 2 kotak air soya ke dalamnya.
3.Biarkan ia mendidih.
4.Tapis dan masukkan ke dalam bekas.
5.Tunggu selama 3 jam dan ke atas. Masukkan ke dalam peti ais atau letak sahaja dalam suhu bilik.
6.Sementara itu, buat air gula merah atau gula putih. Ambil 5 sudu besar gula (putih atau gula merah) dan 1 cawan air masing-masing. Panaskan atas dapur.
7.Apabila mendidih, ketepikan.
8.Boleh cedok tau fufa depan anak-anak. Boleh rasa keseronokan anak bila tengok sama seperti beli kat pasar malam.
Selamat mencuba!.
MW: Nanti bolehlah buat kat rumah. Rasa macam agar-agar, mesti anak suka.
Ikan bilis goreng dah biasa dengarkan, ayam goreng kunyit waima udang goreng kunyit pun selalu sangat orang kita makan. Tapi anak ikan haruan goreng kunyit ini tak ramai yang tahu melainkan anak-anak yang membesar dari sawah bendang.
Lauk ini memang simple lagi menyelerakan yang amat-amat. Sebabnya makanan sebegini mengembalikan nostalgia. Mengimbau kembali kisah waktu kecil yang mana mak-mak akan bawa anak-anak menangguk anak ikan haruan di bendang.
Demikianlah yang dituturkan Puan Norahalina Lina yang menetap di Sungai Besar dalam Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN)
“Teringat dulu masa kecil. Mak kita suka bawa kita pergi ke bendang untuk menangguk anak ikan haruan ni. Basuh bersih-bersih. Letak garam dan kunyit, goreng. Makan dengan nasi panas-panas. Sedap.”
Cari Anak Ikan Haruan
Dekat sawah padilah tempat anak ikan haruan paling suka berhabitat. Tak pun dekat parit kecik di sawah. Ikan haruan suka bawa anak-anaknya di situ.
3 Cara Masak Anak Ikan Haruan
Basuh bersih-bersih
Letak garam dan kunyit. Gaul rata
Goreng
Rasanya: Macam ikan biliskah? Lain Sikit. Anak ikan ini lagi sedap daripada ikan bilis. Ambil nasi panas-panas dan anak ikan goreng tu gaul dan makan macam tu je.
Ini Cara Lain Memasaknya
Komen lain dari geng MAHI cara lain nak masak anak ikan haruan yang ‘rare’ ini
Sedapnya goreng letak cili api dan bawang
Buat pais pun sedap
Bungkus daun pisang dan bakaq
Gaul garam kunyit sikit dan balut daun kunyit
Bubuh garam kunyit goreng, sebelum letak ikan tabur tepung beras dalam minyak dan hirisan halia baru buh ikan
Buat cekodok anak marak & kopi
Masak sambal kering
Basuh taruk garam kunyit dan masuk serbuk kari sesudu dan goreng
Buat pais balut daun pisang buh bawang, serai, cabai muda, garam dan kunyit. Sedap sangat!
Kegunaan Lain Anak Ikan Haruan
Peram dengan asam keping dan garam buat umpan pancing ikan puyu di bendang.
Tak pelik dan memang ada pun sesetengah yang mak-mak sanggup beli beras mahal sebab nak makan nasi yang sedap. Tambah pula kalau guna beras siam, fulamak… dia punya rasa memang puas. Cantik pun cantik!
Tetapi lepas ini anda boleh jimat guna beras biasa sebab Puan Mastura Khalid sudah turunkan ilmu masak nasi yang lembut, jom tiru…
Tak ada resepi havoc nak share dengan korang, cuma sedikit ilmu cara masak nasi putih, supaya nasi jadi cantik berderai dan sedap.
Tak perlu guna beras mahal untuk dapatkan nasi yang sedap dan lembut, kalau ikut resepi dan tips ni insyaallah beras murah pun boleh rasa sedap macam beras mahal.
Resepi ni saya dapat dari restoran mamak masa duduk kat penang dulu. Semoga bermanfaat untuk semua.
Bahan bahan yang diperlukan:
1)Beras (cap apa pun tak pe)
2)Minyak masak (1:1, satu sudu besar minyak satu pot beras)
3)Garam (1:1 , satu sudu kecil garam satu pot beras)
4)Daun pandan
Cara:
Basuh beras macam biasa, pastu masuk kan semua bahan tu dan kacau sikit bagi sebati.
Tips sukat air:
Tekan jari sampai ke dasar periuk, pastu tandakan dengan ibu jari permukaan beras tu kat mana. Pastu angkat jari letak kat atas permukaan beras pula dan isi air sampai dekat jari yang ditanda dengan ibu jari tadi.
Ok tu je resepi simple saya #SHARE la kalau rasa bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga...