Kebanyakan anak cukup takut kalau ayah marah. Tak perlu nak cakap banyak, ayah berdehem pun anak dah ‘kecut perut’.
Tak berbeza dengan mak, kadang-kadang mak jadi ‘tarzan’ atau ‘singa’ pun anak masih buat tak heran. Takutnya hanya sekejap saja. Lepas tu, anak akan buat lagi.
Walau bagaimanapun, ada juga anak-anak yang takut dengan mak dan sebaliknya tidak pada ayahnya. Tak kisah mak atau ayah marah pun, semua ini untuk ajar anak. Bimbang kalau dibiarkan anak boleh ‘pijak kepala’.
Sebab itu kena ada salah seorang anak yang takut tak kisah mak atau ayah marah pun. Bukan untuk takut-takutkan tapi sebanrnya nak ajar anak tanda hormat. Kalau dua-dua anak tak takut, lagi parah.
Rapat atau tidak dengan ayah, tidak menjadi persoalan, cuma jangalah ayah takut-takut akan anak sampai hilang kasih sayang untuk anak. Jadi, Dr Anayasmin turut berpesan pada ayah supaya elak dan jauhi perkara ini.
Kalau sebut nama ayah, anak terus diam. Setakat memandang pun dah takut. Cara ini sebenarnya untuk ajar anak.
Perkara perlu dijauhi oleh seorang bapa..
1. Merasa bekerja mencari duit sudah cukup untuk anak-anak.
Kadangkala saya sebagai ibu berkerja juga turut terdetik rasa begini. Sebenarnya tidak. Anak-anak perlukan kebersamaan, kasih sayang, pelukan dan perhatian seorang ayah.
2. Merasakan mengelap air mata atau memeluk anak menjadikan seorang bapa hilang ego dan kredibiliti.
Bukankah Rasulullah s.a.w sering memeluk dan mencium anakanda baginda Fatimah Az zahrah?
Ads
3. Mahu anak hormati ayah dengan mewujudkan ketakutan.
Percayalah, kedekatan hati tidak wujud apabila anak sering dalam ketakutan pada susuk seorang ayah.
4. Perlu wujudkan jarak agar anak tak pijak kepala.
Apakah ini benar? Sedangkan ikatan hati terbina apabila anak bersedia untuk meluahkan isi hatinya pada kita. Kalau nak luah hati bukankah perlu dekat, bukan jarak?
5. Cukuplah ibu ambil tahu urusan anak.
Tidak dinafikan, kerja itu penat. Ayah rasa penat berkerja biarlah ibu ambil tahu. Kadangkala ibu pun sibuk kerja juga, lepas tu ibu pregnat pula, lagi penat, akhirnya hal anak-anak 100% pada pembantu rumah atau cikgu..
Ads
Alangkah rugi kan, kalau kita hanya sedar perkara ni bila kita sudah tua dan anak-anak sudah berumahtangga. Masa tu kita mahu anak dekat dengan kita, tapi seolah ada sesuatu yang menjarakkan..
Ingatan buat diri sendiri juga sebelum terlewat…
Mingguan Wanita : Sibuk macam mana sekalipun, jangan jarakkan hubungan kita dengan anak. Sayang sekalipun kita pada anak, jangan sampai anak pijak kepala. Kena ingat!
Cabaran mendidik anak-anak tak kira lelaki dan perempuan perlu pendekatan yang berbeza. Lebih-lebih lagi buat anak lelaki yang bakal menjadi pemimpin, menerajui rumahtangganya bila dewasa kelak. Menjadi harapan mak ayah agar anak-anak lelakinya menjadi anak yang berguna, soleh, bertanggungjawab, penyayang pada insan-insan disekelilingnya.
Oleh yang demikian, perlu terapkan 5 perkara asas ini, perlu ajar anak-anak lelaki kita sebelum mereka meningkat remaja.
Jemput baca perkongsian daripada Dr Taufik Razif ini sebagai rujukan;
Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ni Secepatnya Sebelum Dia Menjadi Remaja
1. Ajar anak lelaki untuk jadi Respectful pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri
Contohnya ajar anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, jaga nada suara terhadap adik beradiknya dan berbuat baik dan lemah lembut pada semua wanita.
2. Ajar anak lelaki untuk ada Sense Of Responsibility
Ajar anak lelaki untuk simbah dan cuci bila dah lepas hajat di tandas awam, cuci pinggan dan lap tumpahan air di meja makan, kutip sampah yang dia sengaja buang pun adalah salah satu latihan untuk bentuk Sense of Responsibility dalam diri anak.
3. Ajar anak lelaki tentang Personal Hygiene & Cleanliness
Banyak anak lelaki bertukar menjadi pengotor bila berjauhan dengan mak ayah contohnya di asrama. Rupanya kerana kita lupa nak ajar anak lelaki kita tentang disiplin menjaga personal hygiene & cleanliness
Personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara berinstibra’ & berinstinjak. Antara ilmu istibra’ yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem & urut kemaluannya sebelum membasuh kencing
4. Ajar anak lelaki Coping Skills
Coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke.
Sebab kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, anak kita akan mudah terjebak dengan Coping Skills yang negatif. Coping Skills negatif ni contohnya adalah ambil dadah dan juga minum arak.
5. Ajar anak lelaki tentang Empathy
Bila tengok pasangan kita penat, cuba suruh anak kita tengok dan fahami kepenatan pasangan kita tu.
Amalkan dialog ni pada kita untuk asah Empathy anak kita “Adik, cuba tengok Mama tu. Penat kan dia lipat baju kita berdua kan? Nampak tak muka Mama dah redup dah tu jaga kita berdua tiap hari. Jom kita gi tolong Mama lipat baju nak? ”
Bila anak kita dah mampu faham dan rasakan emosi orang di sekelilingnya, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak kita. InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligencenya. Inilah yang kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi
Tolong sangat ajar ilmu ni pada pasangan dan anak kita sendiri. Kongsi ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye sebab saya rasa masih ramai lagi mak ayah di luar sana belum tahu tentang ilmu ni
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah yang ada anak lelaki sedang meningkat remaja boleh terapkan perkara-perkara penting ini. Semoga anak-anak lelaki kita menjadi, lelaki yang budiman, penyayang dan bertanggungjawab apabila menempuhi alam dewasa kelak.
Tidak berpuas hati wasiat yang ditinggalkan, seorang anak sanggup bakar kubur arwah ayahnya. Barangkali jika ayahnya masih hidup, mahu dia luahkan amarah dan meminta ayahnya menukar wasiat.
Barangkali tindakan dia membakar kubur ayahnya dapat mengurangkan sedikit tekanan yang dialaminya. Namun tindakan yang pemuda ini amatlah tidak wajar, apatah lagi ayahnya kini sudah tiada.
Seorang Anak Sanggup Bakar Kubur Arwah Ayah
Viral tentang kisah seorang pemuda di Jakarta, Indonesia nekad membakar kubur arwah ayahnya kerana tidak berpuas hati dengan wasiat yang ditinggalkan, lapor Suara.com semalam.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di @nenk_updatee, seorang lelaki dilihat turun daripada kenderaan membawa tong yang dipercayai berisi minyak tanah sebelum menuju ke arah sebuah tapak kubur.
Apabila tiba di kubur ayahnya, lelaki itu bertindak menyiram kawasan itu dengan minyak dan melemparkan mancis berapi ke atasnya.
Bila sudah berkahwin, tentulah kita sebagai isteri inginkan cahaya mata sebagai penyeri dalam hidup rumah tangga. Masa itulah, kita mula berjanji untuk jadi ibu sempurna dan terbaik pada anak dan keluarga.
Jangan ingat, untuk jadi ibu sempurna dan terbaik itu sesuatu yang mudah. Apatah lagi, bila anak-anak semakin meningkat dewasa.
Kadang-kadang, karenah anak-anak ini membuatkan kita sebagai mak-mak mula hilang kesabaran. Terus hilang apa yang dijanjikan sebelum ini.
Walau bagaimanapun, tak semestinya untuk jadi seperti yang diharapkan itu perlu berlembut dengan anak 24 jam, ditatang bagai minyak penuh dan ikut apa yang anak mahukan.
Jangan salah anggap. Ibu bukanlah sempurna tapi seboleh-bolehnya dia ingin jadikan yang terbaik untuk anak dan keluarga. Percayalah. Seperti pa yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif ini cukup menyentuh hati buat ibu-ibu di luar sana.
TERCUBIT ANAK
TERTENGKING ANAK
TERJERKAH ANAK
TERMARAH ANAK
Lebih lebih lagi ketika kita
Kena hadap kerja bertimbun
Nak kena hadap rumah bersepah
Kena hadap pelbagai karenah anak
Kesakitan badan akibat kepenatan
Sampai kadang-kadang tanpa sedar
Kita menangis sendirian Rasa sangat down Kita rasa bersalah dengan anak Rasa sebak sangat dalam dada
Ketahuilah emak dan ibu semua bahawa
Tak ada ibu yang sempurna, Tiada ibu yang tak pernah tersalah langkah Tak ada ibu yang tak pernah terlanjur marah Tidak ada ibu yang tak pernah buat salah
Belajar untuk memaafkan kesalahan diri, meminta maaf dan belajar untuk baiki diri dari hari ke hari.
Kerana ibu yang terbaik bukanlah ibu yang sempurna tetapi yang terbaik
adalah ibu yang bila tersalah langkah, dia sedar dan dia berusaha untuk berubah.
Maafkan dirimu kerana tak ada ibu yang sempurna. Yang ada hanyalah ibu biasa yang mencuba menjadi yang terbaik buat anak anak dan keluarganya.
MW: Moga mak-mak di luar sana terus tabah dan berjuang untuk menjadi yang terbaik pada anak dan keluarga. Mudah-mudahan.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...