Menjadi impian mak ayah agar anak-anak berjaya dalam pelajaran, memasuki universiti dan menyambung peringkat tertinggi. Nmun siapa sangka, anak-anak boleh masuk universiti dengan lebih cepat, seawal usia 13 tahun meskipun hanya belajar di rumah.
Sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat yang tidak menghantar kesemua 10 anak mereka ke sekolah formal berjaya menjadikan mereka bergelar pelajar universiti ketika berusia 13 tahun, lapor akhbar Metro UK kelmarin.
Pakar Pembelajaran Di Rumah
Kit Harding dan isterinya, Monalisa, bahkan turut mencipta nama sebagai pakar pembelajaran di rumah selepas anak-anak mereka berjaya menamatkan pengajian di peringkat sekolah dan universiti sebelum berusia 18 tahun.
Anak sulung pasangan itu, Hannah, 34, menjadi pakar matematik selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Auburn, Montgomery ketika berusia 17 tahun.
Kit dan Monalisa turut membesarkan ‘peguam termuda’, iaitu anak keenam mereka, Seth, 20, yang menerima kelayakan menerusi peperiksaan universiti dan profesional pada usia 19 tahun.
Anak Bukan Genius
Menurut Monalisa, anak-anaknya bukanlah genius, namun menegaskan bahawa kejayaan itu dicapai daripada keberkesanan pembelajaran dari rumah serta usaha keras mereka sendiri.
“Asas pembelajaran di rumah adalah amat berkesan dan sesiapa sahaja boleh melakukannya.
“Apabila anda membesarkan anak-anak dalam persekitaran di mana persekolahan di rumah dan kerja keras adalah normal, apabila mereka membesar, mereka secara semula jadi akan menyesuaikan diri dengan perkara itu,” katanya.
Pasangan itu turut mengembara ke beberapa buah negara untuk berkongsi pengalaman mereka dengan ibu bapa lain.
Tragedi Sungai Korok, 10 nyawa terkorban sejak 2018 termasuk enam sekeluarga. Sungai Korok di Jitra, Kedah terus mencatatkan angka korban apabila 10 nyawa telah terkorban sejak tujuh tahun lalu, termasuk kejadian paling memilukan pada Sabtu lalu yang meragut enam sekeluarga.
Tragedi Sungai Korok, 10 Nyawa Terkorban Sejak 2018 Termasuk Enam Sekeluarga
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Radzi Abdul Rahim, sepanjang tempoh dari 2018 hingga kini, tiga insiden maut telah dikenal pasti berlaku akibat kenderaan hilang kawalan dan terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai yang memiliki panjang kira-kira 15 kilometer itu.
“TRAGEDI YANG BERLAKU SABTU LALU MERUPAKAN KEJADIAN PALING MENYAYAT HATI SETAKAT INI. ENAM AHLI KELUARGA MAUT SELEPAS KENDERAAN YANG MEREKA NAIKI DIPERCAYAI TERBABAS DAN JATUH KE DALAM SUNGAI,” KATANYA.
Tambah beliau, antara kejadian lain yang turut meragut nyawa termasuk insiden pada Disember 2021 membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dan pada Disember 2022 pula seorang lagi kanak-kanak berumur 12 tahun maut selepas kereta dipandu bapanya terjunam ke dasar sungai.
“Bagi tahun 2023 dan 2024, tiada kes kemalangan direkodkan. Namun, awal tahun ini, berlaku satu lagi insiden membabitkan empat pelajar universiti yang nyaris maut apabila kenderaan dinaiki mereka turut terhumban ke dalam sungai tersebut.
Jasad enam beranak di dalam Proton Iswara yang terjunam ke dalam Sungai Korok, Jitra
“Bagaimanapun, kesemua pelajar berjaya menyelamatkan diri selepas keluar dari kenderaan jenis Perodua Viva dan berenang ke tebing sungai,” jelasnya.
Mohd. Radzi turut menjelaskan, punca utama kejadian dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu mengawal kenderaan serta permukaan jalan yang licin, selain faktor kecuaian manusia turut menjadi penyumbang.
“Orang ramai telah menyuarakan keperluan untuk pihak berwajib memasang penghadang keselamatan di laluan berisiko berhampiran sungai ini memandangkan beberapa kes lemas dan nahas telah berlaku,” katanya.
Beliau memaklumkan, cadangan yang akan dikemukakan termasuk pemasangan penghadang jalan yang lebih tinggi dan kukuh di lokasi berisiko serta penambahan papan tanda amaran seperti tanda jalan licin dan pemantauan berterusan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
“Selain itu, kempen kesedaran juga akan dipertingkatkan, terutamanya kepada pemandu yang menggunakan laluan berhampiran sungai secara bersendirian atau bersama ahli keluarga, lebih-lebih lagi pada waktu malam atau ketika hujan,” katanya lagi.
Terkejut dengan berita anaknya mengalami kemalangan jalan raya, ibu kepada pempengaruh dan ahli perniagaan Siti Jamumall hampir pengsan.
Ibu mana yang tidak terkejut dan sedih melihat anaknya terbaring atas jalan raya apatah lagi kemalangan itu hampir meragut nyawa.
Ditambah apabila Siti Jamumall, 24, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin ketika itu dibiarkan terbaring selama dua jam selepas mendakwa sebuah pusat perubatan swasta tidak mahu menerima kesnya.
Siti Jamumall yang juga ibu tunggal kepada dua cahaya mata berkata, dia berterima kasih kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sudi menghantarkan bantuan.
Terbaring selama dua jam selepas kemalangan
“Allah masih sayangkan saya. Sejujurnya, saya kesal apa yang berlaku. Tidak sepatutnya pihak berkenaan membiarkan pesakit yang dalam keadaan kecemasan. Saya pun tidak tahu kategori sakit macam mana yang mereka boleh terima.
“Apa pun, terima kasih kepada ambulans KKM yang sudi membantu dan bawa saya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.
Menurutnya, dia dipindahkan ke sebuah pusat perubatan lain bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Syukur perkhidmatan di sini sangat laju. Selepas jumpa doktor dan buat ujian imbasan X-Ray, saya dimaklumkan patah jari dan luka-luka biasa.
“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan, menghantar mesej dan datang melawat,” katanya.
Terdahulu, Siti Jamumall dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas motosikal dinaiki hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Setia Alam, Selangor, pada Ahad.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Saya pernah terbaca satu penulisan berkaitan gula dalam minuman. Persepsi kita, bila kita masukkan gula dalam minuman katakan satu sudu, airnya biasa satu gelas. Tapi disebabkan nak kurangkan manis, kita tambah air banyak-banyak dengan harapan atau persepsinya gula dah berkurang. Jadi selamatlah air itu.
Dalam tulisan itu menyatakan, walau pun air tadi telah ditambah banyak. Airnya tetap mempunyai gula dan kadarnya tak berkurangan. Bermakna persepsi kita selama ini tentang gula salahlah. Dan hari ini saya terbaca pula catatan perkongsian Dr Hafiz Sulaiman.
Juga mengenai gula yang selalu kita ambil baik dalam masakan mahupun minuman. Dan jika kita tak mengubah persepsi tentang gula, kita akan jadi seperti ‘makcik’ yang ditemui Dr. Hafiz ini. Persepsi yang salah ini sebenarnya bahaya untuk diri sendiri.
Mengarut Je, Orang Kencing Manis Je Patut Risau
Baru-baru ni pergi jalan-jalan kat Cameron highland. Penat jalan pusing-pusing, parking duduk kejap dekat taman bunga. Depan tu pulak ada kedai jambu. Segar pulak nampak jambunya. Sambil cuci mata sambil mengunyah jambu best juga.
Makcik : Nah, ni jambunya dik. Air jambu nak tak? Hafiz : Makcik boleh buat tanpa gula? Makcik : Yang ni dah campur siap-siap dik.. adik ada kencing manis ke? Hafiz : Takde.. saya tak selalu ambik manis-manis. Makcik : Oh, buat apa risau makan gula. Orang kencing manis je patut risau. Kalau takde keturunan kencing manis, memang tak apa ambil manis-manis!
Terkedu kejap..
Hafiz : Makcik, gula banyak ni memang tak bagus untuk semua orang. Makcik : Mana ada. Mengarut je..Orang kencing manis je tak bagus ambik gula.
Hafiz : Okay terima kasih makcik.
Kasihan Makcik Tu..
Teringat-ingat apa makcik tu cakap.
Tapi ni bukan first episode.. selalu dah kena sekolahkan balik..
Kesian kat makcik tu.. tapi bukan salah dia.
Media di TV sokmo duk tunjuk makanan manis-manis.
Tunjuk ambil minuman manis ni jadi sihat dan kuat.
Makan breakfast cereal manis-manis takpe sebab padat dengan zat besi dan 100 jenis vitamin sintetik.
Minuman yoghurt digembar gemburkan bagus untuk kesihatan perut tapi tak tahu lah ada ke tak kuman baiknya.
Penuh gula ada lah.
Suplemen jus kat pasaran pulak penuh dengan gula.
Letak 100 macam vitamin pun tak gunalah kalau jus disaluti gula.
Nak sound kat makcik memang tak adil.. Sebab memang itu yang dia faham..
Jadi tak guna saya terangkan lebih.. tak kena target audience..
Jadi Sini Saya Nak Terangkan
Gula penyebab penyebab obesiti
Gula penyebab masalah jantung jadi teruk
Gula penyebab masalah buah pinggang jadi teruk.
Gula penyebab masalah autoimuniti jadi teruk
Gula penyebab masalah mental jadi teruk
Gula penyebab masalah kulit jadi teruk
Gula penyebab gangguan perkembangan fizikal dan mental.
Gula penyebab gangguan emosi.
Gula penyebab ketagihan.
Gula sebabkan 1000 macam penyakit.
Yang duk menderita di wad hospital ramai-ramai tu, majoriti sebab gula lah..
Gula sebabkan 1000 macam penyakit.
Semoga Allah jauhkan bahaya makanan tidak toyyib daripada keluarga kita.
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...