Zaman Menunjuk, Tak Perlu Teruja Kongsi Demi PUJIAN, Hidup Biasa-Biasa & Bersyukur
Rasanya sekali sekala tak salah untuk berkongsi kegembiraan tapi kalau asyik nak tunjuk yang hebat-hebat, macam ada makna je, nak minta pujian ke? Pandangan orang tak sama.
Bila ada media sosial, semua perkara nak beritahu dan tunjuk. Teruja kongsi kegembiraan bersama anak-anak dan keluarga. Tak kurang juga tunjuk barangan yang dimiliki, hadiah dari suami dan kawan-kawan.
Tak salah pun teruja kongsi apa yang kita ada tapi takutnya bila orang yang melihat ‘meluat’ dan merasakan seakan menunjuk-nunjuk pula.
Sedihnya bila orang mula merasakan seolah-olah nak menunjuk apa yang dia ada dan teruja kongsi demi mendapat pujian. Kadang-kadang inilah boleh menyebabkan ‘penyakit ain’.
Perkongsian daripada Busseroa Abd Jalil ada benarnya. Tak perlu teruja kongsi sesuatu demi untuk dapat pujian. Sebaliknya, berkongsilah sesuatu yang boleh memberi manfaat, semangat dan sebagainya pada orang lain.
Sekarang kita berada dalam zaman semua nak tunjuk yang hebat dan gempak baru dianggap sukses dan bermakna.
Kehidupan biasa-biasa orang sudah tidak pandang. Seolah-olah kehidupan biasa-biasa itu suatu nikmat yang langsung tidak patut disyukuri.
Misalnya kita lebih teruja untuk berkongsi pengalam melancong ke Brunei berbanding cerita tentang kita cicah pelam muda di bawah pokok dengan adik-beradik di hadapan rumah mak ayah petang semalam.
Kadangkala hadiah istimewa yang kita terima sekali-sekala bertalu-talu kita kongsikan di fb. Tak salah untuk meraikan detik gembira itu sebagai kenang-kenangan.
Tetapi hadiah biasa-biasa yang Allah hantar jarang kita sambut dengan hati yang berbunga-bunga.
Ads
Misalnya jika cincin emas yang suami belikan, sepuluh kali tangan suami kita cium tanda terima kasih dalam sengihan lebar hingga ke telinga.
Tetapi saban hari tatkala suami pulang membawa pisang goreng, kuih-muih dan sebagainya kita sambut acuh tidak acuh sahaja.
“Letak jer atas meja tu. Kopi sejuk pagi tadi pun ada lagi tu!”
Begitulah dinginnya sambutan kita kerana ‘hadiah’ yang dibawa itu tidak ada yang istimewa.
Kata ustazah, jika hanya yang istimewa sahaja kita buru maka nikmat Allah yang kecil-kecil lain akan hilang sedikit demi sedikit.
Jom sama-sama kita ubah. Kita cuba kikis rasa nak update sesuatu yang gempak demi secalit pujian.
Ads
Sebaliknya kita tanam tekad untuk berkongsi di media sosial demi secebis semangat, pengetahuan, keharmonian dan kekuatan.
Mingguan Wanita : Ada juga mak-mak yang rajin share aktiviti sehariannya. Banyak masa betul. Oppsss!
Guru mohon maaf geledah beg murid demi konten Tik Tok, padam semua video di media sosial. Pasti ramai yang pernah melihat seorang guru sekolah swasta yang agak disukai anak muridnya atas nama @notqiwiie.
Memberi pelajarnya “peluang” bercakap dan menyuarakan pendapat berdasarkan topik dibawanya, dapat dilihat pelajar-pelajarnya amat keletah berbahasa Inggeris dengan gelagat yang adakalanya mencuit hati.
Guru Mohon Maaf Geledah Beg Murid Demi Konten Tik Tok
Mempunyai jumlah pengikut sebanyak1.5 juta orang dan 31.0 juta yang menyukai setiap video dihasilkannya di Tik Tok membuatkan sebahagian orang ramai seronok melihatnya.
Namun tindakannya “menyelongkar” beg pelajar ketika waktu rehat sebelum dilihat memakan gula-gula vitamin mengundang padah apabila perbuatannya dilihat salah dan ada pengguan twitter yang membuat laporan kepada Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek berkaitan attitude guru ini.
Bahkan ada yang menyoal, adakah guru-guru sekolah hari ini dibenarkan merakam wajah pelajar kerana ia jelas melanggar hak asasi kebebasan selain boleh mengundang pelbagai masalah kerana tiada kebenaran ibu bapa dalam hal ini.
Padam Semua Video Di Media Sosial
Ternyata, selepas isu ini dipersoalkan di media sosial, guru sekolah swasta ini telah bertindak memadam kesemua video dihasilkannya biarpun jumlah tontonan sesetengah videonya sebanyak 13 juta orang. Bahkan dirinya turut meminta maaf dan menyesal dengan konten video tersebut.
Malah memaklumkan, video berkenaan ditaja oleh syarikat pengeluar vitamin tersebut dan ia dilakukan pada waktu rehat.
Isu ini mendapat perhatian dari Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek mengenai hal ini.
Nenerusi laporan dari Astro Awani, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan yang pihaknya akan mempertimbangkan langkah intervensi atau tindakan yang sewajarnya jika menerima aduan.
“Kita memantau dari masa ke semasa. Sebarang aduan kita minta kemukakan kepada KPM apatah lagi jika ia menjejaskan integriti dan etika kerja seorang guru yang barangkali boleh memberi impak negatif kepada keseluruhan ekosistem pendidikan,” ujarnya.
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sempena anniversary yang ke-9 bersama isterinya, ini pesan Ustaz Don, “Sentiasa Ada Ruang Perbaiki Kesilapan.”
Ustaz Don sentiasa mencuri perhatian apabila setiap kali tibanya hari istimewa, pasti saja ada titipan atau kata-kata indah buat isteri tercinta.
Selain menghargai kasih sayang isteri tercinta, dalam masa yang sama Ustaz Don turut berkongsi tip dan doa kepada semua pengikutnya di akaun instagramnya. Kongsinya:
Semoga Allah menjadikan kita semua pasangan yang bahagia di dunia dan di akhirat serta ditemukan dalam Syurga nanti sebagai pasangan bahagia seperti para Anbiya’ dengan Isteri mereka yang mulia, berkat Nabi Muhammad ﷺ .
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
Doa Ustaz Don Untuk Semua
Ini doa yang saya teringin hendak baca and tulis untuk semua pada akhir malam hari ulang tahun perkahwinan kami.
Semoga bermanfaat.
Ya Allah ampunilah andai aku mengguris hati saudara-saudara ku. Dan aku memaafkan kesalahan mereka ke atas ku.
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين
Mingguan Wanita : Happy anniversary Ustaz Don dan isteri, semoga berkekalan hingga ke Jannah.
Bella menang, Siti Bainun dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dera remaja sindrom down. Hari ini, doa orang ramai yang bersimpati dengan nasib remaja sindrom down yang didera kejam termasuk dicurah air panas termakbul.
Ramai berjuang untuk melihat keadilan pada remaja ini kerana penderitaan dilaluinya dan hari ini, kebenaran terbukti buatnya.
Bella Menang
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down dikenali Bella.
Parut yang akan kekal sehingga ke akhir hayatnya kesan didera oleh Siti Bainun
Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.
Memetik Harian Metro, pada 9 Mac lalu, kes pembelaan Siti Bainun ditutup apabila peguamnya Mohammad Farhan Maaruf memaklumkan kepada mahkamah kesemua lapan saksi selesai memberi keterangan.
Mahkamah kemudian memerintahkan pihak-pihak memfailkan hujahan bertulis pada 7 April lalu manakala 14 April bagi hujahan balas sebelum memutuskan tarikh keputusan hari ini.
Siti Bainun Dijatuhkan Hukuman Penjara 12 Tahun
Sepanjang perbicaraan itu, pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Siti Bainun yang mengaku tidak bersalah menghadapi perbicaraan bermula 30 Mac 2022 dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan termasuk mangsa iaitu Bella; pengadu, Zurianty Sudin; bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood; pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan dan pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur.
Pada 24 November 2022, Siti Bainun diperintah membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...