Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim timang ‘baby girl,’ Inara Raisa nama pilihan. Pelakon Zahirah Macwilson selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Jumaat lalu pada kira-kira pukul 8.58 malam di Perth, Australia.
Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Timang ‘Baby Girl’
Berkongsi foto keluarga, khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan wajah bayi perempuannya yang diberi nama Inara Raisa.
Inara Raisa Nama Pilihan
“Alhamdulillah, keluarga kami lengkap dengan empat orang.
“Raikan puteri kami, Inara Raisa yang dilahirkan pada Jumaat lalu 31 Mei pada pukul 8.58 malam.
Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu turut mendoakan kesejahteraan bayi perempuannya.
“Terima kasih semua atas doa dan ucapan. Kami sangat bersyukur.
“Semoga Allah S.W.T melindungi dan limpahkan awak dengan keberkatan, Inara,” ujarnya.
Terdahulu, Aiman berkongsi gambar isterinya melakukan pemeriksaan ultra bunyi. Pasangan ini juga sebelum ini telah mengumumkan jantina anak kedua mereka dalam sebuah majlis istimewa bersama keluarga dan kenalan terdekat di kediaman mereka April lalu.
Ads
Untuk info, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.
Rumah biru Kampung Baru berlatar belakang KLCC tak dirobohkan, anak perjelas cuma kena pindah.
Terkenal kerana masih mengekalkan keaslian seni bina tradisional Melayu di Kampung Baru dan berlatar belakangkan bangunan ikonik negara KLCC, kisah rumah biru ini pernah tular di media sosial satu ketika dahulu.u tidak dirobohkan sebaliknya hanya penghuni rumah yang berpindah sementara.
Ramai merakam kenangan di rumah biru ini dan selepas berita bahawa rumah ini bakal dirobohkan, ia mendapat respon dari masyarakat.
Dan ternyata, ada sedikit salah faham di mana rumah biru ini sebenarnya tak akan dirobohkan, cuma pemiliknya perlu berpindah seketika bagi memberi laluan untuk pelaksanaan projek pembongkaran semula palong ditanam di bawah tanah rumah tersebut.
Menurut anak pemilik rumah biru ini, Syafiq Abdullah yang berkongsi hal ini di facebooknya memaklumkan, buat masa ini projek pembongkaran semula palong belum pun bermula lagi.
“Projek belum bermula lagi ya. Untuk makluman, rumah kami ini tak akan dirobohkan. Kami hanya diminta keluar bagi memudahkan projek berlangsung nanti,” kata Syafiq yang memaklumkan, seandainya terjadi apa-apa di masa depan, insya Allah pemaju akan baik pulih seperti sedia kala.
Katanya lagi, doakan agar selepas projek ini selesai, mereka dapat kembali semula ke rumah nostalgia ini.
Jamal Abdillah bakal timang anak ketujuh, Isteri alah teruk sampai ada masalah jantung. Datuk Jamal Abdillah berkongsi isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan teruk dan muntah-muntah selepas hamil anak kelima.
Memetik Berita Harian Raja Pop itu berkata, dia mahu merahsiakan kehamilan anak kelima, namun isterinya mengalami alahan teruk, tak makan selama lapan hari dan muntah.
“Jadi, saya nak berkongsi dengan rakan-rakan berhati-hati mengambil ubat. Ini kerana pengambilan ubat akan memberi kesan kepada jantung.
Isteri Alah Teruk Sampai Ada Masalah Jantung
“Isteri muntah-muntah hingga membuatkan jantungnya bengkak. Ia sangat merisaukan saya.
“Saya bukanlah mahu berkongsi mengenai kehamilan, tapi ia mengenai isu kesihatannya dilalui.
“Kita kena sama-sama beringat, jangan sampai jadi kepada orang lain,” katanya yang kini meniti usia 65 tahun.
Untuk info, Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 2; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 1.
Jamal juga memiliki dua lagi cahaya mata lelaki hasil dua perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Jamal berkata, isterinya dirawat selama empat hari di sebuah hospital swasta, kemudian pulang ke rumah, namun masih muntah-muntah sehingga tak boleh makan langsung.
“Kemudiannya, isteri masuk kembali hospital selama empat hari, jadi lapan hari. Bayangkan tak makan lapan hari, itulah sebabnya dipercayai ada masalah jantung. Bila perut kosong, gastrik pun datang.
“Diharapkan isteri segera sembuh, saya melihatnya. Tapi, sekarang nampak perkembangan positif, semakin ceria, alhamdulillah,” katanya.
Mengulas kehamilan isterinya, Jamal berkata, ia adalah lebih kepada kurniaan rezeki Allah SWT.
“Ia adalah rezeki dan mungkin Allah nak menunjukkan kasih sayang kepada saya, jadi berikan tugas tanggungjawab sebagai bapa kepada tujuh cahaya mata ini.
“Dapatlah tebus dosa silam dan cahaya mata ini juga rezeki. Anak-anak adalah terapi dan hiburan saya.
“Sebenarnya saya sudah buat keputusan untuk tidak mahu lagi ada ‘baby’ selepas anak keempat, tapi rezeki datang.
“Jadi, saya sudah sepakat dengan isteri, kena ‘ikatlah’ selepas melahirkan anak kelima ini,” katanya yang menjangka bayi akan dilahirkan awal tahun depan.
Ibu kandung meraung anak 5 tahun mati didera keluarga angkat, “kenapa buat anak aku macam tu…”. 11 Jun lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun Iman Adelia Yusullah, mati akibat didera keluarga angkat.
Hari ini, wanita yang mendera kanak-kanak malang ini dihadapkan di mahkamah dan ibu kandungnya berteriak bertanya mengapa memperlakukan anaknya sebegitu rupa hingga menemui korban.
“Kenapa buat anak aku macam tu…,” itu kata ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang mati akibat didera ibu angkatnya minggu lalu.
Ungkapan itu diluahkan oleh Siti Nurhidayatul Akmar Mohd Zamry, 27, ketika tertuduh bagi kes itu hendak dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas prosiding pendakwaan dalam Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Terdahulu, tertuduh iaitu Wan Fatimah Zahra Wan Abdullah, 28, memahami pertuduhan membunuh kanak-kanak itu yang dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret S Punitha.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa perbicaraan Mahkamah Tinggi.
Memetik laporan Harian Metro, mengikut kertas pertuduhan, Wan Fatimah Zahra didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Iman Adelia Yusullah, 5, di sebuah rumah di Jalan Kledang Raya 23, Taman Malcop, Silibin, di sini antara 5 hingga 10 Jun lalu.
Perbuatan itu adalah kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman mati, atau jika tidak dihukum mati hendaklah dipenjarakan minimum 30 tahun namun tidak melebihi 40 tahun dan juga minimum 12 kali sebatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Vatchira Wong Rui Fern, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada jaminan ditawarkan, dan Mahkamah menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.
Sementara itu, suasana hiba menyelubungi luar kamar mahkamah selepas prosiding itu apabila beberapa lagi waris mangsa termasuk nenek mangsa, Zanuriyah Mohd Madzlan, 65, kelihatan sebak.
Siti Nur Hidayatul Akmar ketika ditemui di luar kamar mahkamah selepas prosiding pendakwaan itu, berkata, dia dan tertuduh sebelum ini berkawan baik sejak zaman persekolahan.
Katanya, mangsa adalah anak ketiga dari empat beradik yang mana jagaannya diserahkan kepada Wan Fatimah Zahra (tertuduh) sejak April lalu atas alasan kawan baiknya itu sudah lama berkahwin namun tidak dikurniakan anak.
“Saya menyesal bagi anak itu untuk dibelanya (oleh tertuduh). Dua atau tiga hari sebelum meninggal (hari kejadian), memang dia (tertuduh) ada kata nak hantar balik kepada saya.
“Tetapi akhirnya saya dapat anak saya dalam keadaan sudah tak bernyawa,” katanya.
Sebelum ini, akhbar ini melaporkan polis menahan sepasang suami isteri pada 10 Jun lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang juga anak angkat mereka yang mati dipercayai kerana didera di Taman Malcop, Silibin.
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.