Zahirah Macwilson yang kini berada di Perth, Australia bersama keluarga selepas melahirkan cahaya mata pada 5 Januari lalu baru-baru ini telah memuat naik wajah cahaya mata kesayangannya.
Zahirah dan Aiman Hakim yang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020, baru saja dikurniakan seorang bayi lelaki.
Isaac Raees Si Comel Aiman & Zahirah
Kini selepasa dua bulan melahirkan cahaya mata sulungnya, Zahirah buat pertama kalinya berkongsi wajah permata hatinya itu kepada umum.
Selain memuat naik foto, Zahirah menerusi Instagramnya juga turut mengumumkan nama bayi lelakinya.
Ads
“Our baby is 2 months old today! We love you Isaac Raees.
“May you grow up healthy, strong and always kind my lil dimples. So proud to call you ours,” ujarnya.
Rezeki anak memang tak dapat dijangka. Ada yang cukup mudah untuk mendapat cahaya mata, anak yang menanti bertahun-tahun untuk mendapat rezeki zuriat ini. Namun demikian, pelbagai faktor boleh menjadi punca masalah untuk sukar hamil dan dapat anak ini.
Pakar-pakar meramalkan bahawa kebanyakan pasangan akan memerlukan bantuan perubatan untuk hamil menjelang 2045 akibat pencemaran bahan kimia yang merosakkan kesihatan termasuk kesuburan manusia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Profesor Alam Sekitar dan Kesihatan awam Sekolah Perubatan Mount Sinai di Bandar Raya New York, Shanna Swan berkata, pada tahun 2017, beliau mendapati purata jumlah sperma dalam kalangan lelaki Barat berkurangan lebih separuh berbanding tempoh 40 tahun sebelumnya.
“Berdasarkan analisis penurunan sperma pada 2017, saya meramalkan menjelang 2045, kita akan menyaksikan median jumlah sperma sifar.
“Justeru, kebanyakan pasangan dijangka terpaksa menggunakan kaedah persenyawaan dalam makmal (IVF) atau bantuan perubatan lain untuk hamil,” ujarnya.
Tambah Swan, beliau turut melihat terdapat peningkatan jumlah kemandulan dalam kalangan generasi muda.
“Saya mahu berterus-terang mengenai perkara ini meskipun ramai orang tidak suka bercakap mengenainya. Ini adalah masalah pembiakan dan ia mempunyai kaitan dengan alam sekitar.
“Orang ramai sedar bahawa kita menghadapi krisis kadar kelahiran, namun mereka menyatakan ia disebabkan oleh kelewatan melahirkan anak atau pilihan gaya hidup dan enggan mengaitkannya dengan bahan kimia.
“Saya mahu masyarakat sedar bahawa bahan kimia boleh memberi kesan negatif terhadap tahap kesuburan dan menjadi penyebab utama permasalahan tersebut tanpa menafikan faktor lain,” jelasnya kepada akhbar The Guardian.
Swan bersama para penyelidik lain turut mengkaji kaitan antara bahan kimia yang memasuki badan dan masalah kesuburan serta mengesahkan kaitan tersebut.
Bahan kimia phthalates dan Bisphenol A (BPA) yang digunakan dalam pembuatan plastik boleh mengganggu pengeluaran hormon seks seperti testosteron dan estrogen sekali gus menjejaskan kesuburan. – Agensi
MW:Jika benar ramalan saintis ini, ia agak membimbangkan. Bukan semua pasangan berkemampuan untuk mendapatkan bantuan perubatan untuk hamil seperti kaedah IVF.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com di bawah ini.
Seronok rasa hati bila pasangan tahu macam mana nak hargai dan buat rasa bahagia. Macam yang pelakon Memey Suhaiza ini rasai. Bila mana suaminya, pelakon terkenal Norman Hakim tak pernah lupa nak meraikan hari lahir Memey. Dari tahun pertama berkahwin sampailah masuk tahun ke sepuluh.
Walaupun, Memey sendiri pernah beritahu pada suaminya itu tak perlu dah nak buat majlis istimewa apatah lagi berkek dan berdeko bagai pada hari lahirnya. Sebab dia sendiri rasa semua itu tak perlu.
Apa yang diperoleh selama ini, sudah cukup untuk dirinya. Namun, Norman tetap juga meraikan isterinya itu dengan sambutan yang bukan biasa-biasa.
Rasa bersyukurnya itu dikongsikan dalam laman instagram miliknya.
Kongsi Memey,
“Assalammualaikum.. Salam jumaat.. Saya mulakan update hari ni untuk suami kesayangan ni. Sebab semua kerana dia.. jadi sangat layak untuk sentiasa dihargai. 10 tahun dah kahwin tanpa gagal setiap tahun untuk plan surprise / plan itu & ini. Walaupun berbuih mulut cakap.. tak nak majlis special, tak nak cake, tak nak deco, sebab dah rasa semua tu.. jadi rasa macam cukup-cukup lah… apa adanya dengan family tu pun cukup bermakna sangat. Tapi dia tetap faham hati perempuan. Mulut cakap lain tapi hati mesti nak.”
Rezeki Memey terus berganda, bila mana dia sendiri merasakan tidak perlu sambutan hari lahir luar biasa. Tiba-tiba tahun ini, Memey peroleh banyak sekali hadiah dah kek daripada orang sekelilingnya.
“Dan disaat saya tak nak apa-apa Allah bagi rezeki luar biasa.. inilah tahun pertama saya terima paling banyak cake & hadiah dari semua di sekeliling saya.. love u all too.
Tq suami untuk semua surprise birthday semalam.. effort luar biasa. Rasa macam rombongan melamar pulak. Nanti mummy share video k. Tq suami.. love u sooo much
& tq tambah koleksi @khalifahjewels untuk sayang.. yeaaaa. Ps: mummy rasmi dulu bawal raya @normey.hq
Tahun ini merupakan hari lahir Memey kali ke 33. Dan dalam majlis hari lahir yang diadakan di kediamannya itu, turut diadakan majlis bacaan doa selamat di rumah, solat berjemaah, bacaan Yasin.
“Terima kasih banyak ye semua yang ucap dan doakan yang baik-baik. Hari ni rasa nak nangis je sebab terharu sangat saya dapat macam-macam.”
Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 24 September 2011.
Keduanya, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke :
Nampak comel betul bila pemenang Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu 35, Ernie Zakri berjalan meninggalkan pentas AJL35. Langkahnya pendek-pendek disebabkan busana unik yang disarungkan ke tubuhnya itu. Kongsinya, baju itu diilhamkan dari kisah arwah neneknya waktu zaman bercinta dengan datuknya di awal tahun 50-an.
“Ya, baju ini saya ‘pay homage’ to Allahyarham Rokayah binti Abdullah, nenek saya. Berasal dari Melaka. Gemar memakai kebaya, bercinta dengan atok awal tahun-50an.
Tentu ada sebab dan kisah di sebalik baju baju yang saya peragakan. Banyak cerita yang saya sampaikan pada @amaze_official dan sekali lagi mereka berjaya menyampaikan “jiwa” lagu ini.” jelas Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri yang tercuit hati dengan komen dengan orang ramai mengenai busana yang digayakan pada malam juara lagu.
Malah, Ernie pernah jelaskan sebelum ini di Hot FM, lagu Gundah hasil ciptaannya bersama Sharon Paul itu sebenarnya dari kisah cinta datuk dan neneknya. “Selepas nenek saya meninggal dunia, dia rasa gundah.”
Dan inilah hasil terjemahan busana inspirasi dari budaya Peranakan yang melatari sejarah kehidupan arwah nenek Ernie Zakri.
Menurut amaze_official, mereka juga tidak mahu terlepas dari memberi penghormatan kepada Allahyarham menerusi hasil rekaan busana yang indah.
“Gaya ini diinspirasikan dari budaya Peranakan; menceduk siluet dari seni tembikar kaum Baba Nyonya ini. Kenapa Peranakan? Kerana kami juga mahu ‘pay homage’ pada arwah nenda Ernie, yang berketurunan peranakan.
Juga ada bayangan siluet kebaya ramping dengan ‘wasp waist’ juga pinggul lebar serta potongan skirt tirus yang popular di era 50-an, juga era di mana bibit pertemuan datuk dan nenek bertaut.”
“Pada asalnya, kami bermula dengan rona merah cili, cuma pada saat-saat akhir, kami menukarkan kepada hitam rona monokromatik; agar mood berkabung itu lebih bangkit.
Tiada perincian sarat mewah kali ini, hanya mengharapkan kerdipan batuan Swarovski juga fabrik broked metalic. Cukup sekadar mengangkat siluet tembikar bujur semata-mata.
Tidak suka, tidak mengapa. Tidak hidup dek puji, tidak mati dek keji. Yang penting, Ernie tampil ‘statuesque’; tak ubah seperti tugu peringatan lambang cinta abadi. Lagipun, sampai bila nak bergaya potongan duyung tak sudah bukan?”
Dan, boleh hadam kan kenapa malam persembahan itu, begitu sebak Ernie menyampaikan lagu Gundah. Emosi itu terbawa-bawa sampai ke akhirnya.
Opah Strawberi tampil memohon maaf selepas tular isu membalas komen netizen dengan perkataan kasar. Usahawan terkenal itu mengakui kesilapan dan berjanji lebih berhati-hati dalam komunikasi selepas ini.