“Kau Pulangkanlah Ibu Kepada Anak-Anak Ini Ya Allah. Kami Sayang Rakan Kami, Lindungilah Mereka” begitulah ungkapan doa dari rakan artis Nora Danish buat Siti Sarah.
“Ya Allah, Pulangkanlah Ibu Kepada Anak-Anak Ini. Kami Sayang Rakan Kami, Lindungilah Mereka”
Ramai rakan selebriti yang menitipkan doa termasuklah pelakon cantik, Nora Danish. Seperti mana yang dimuakan menerusi entri di akaun Instagramnya, Nora Danish berdoa agar Siti Sarah dapat kembali ke pangkuan anak-anaknya.
“Ya Allah terima kasih di atas rezeki zuriat yg Kau berikan kepada keluarga ini ya Allah,
“Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.
“Kami memohon kepada Mu ya Allah,
Ads
“Kau pulangkan lah ibu kepada anak anak ini ya Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mendengar.
“Untuk @shuibsepahtu kami kagum dengan semangat kamu bro. Teruskan berdoa , kami ada dibelakang ok? Jaga diri. Kamu kena sihat n kuat ok?” tulis Nora Danish.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Nora Danish
Mingguan Wanita : Kagum dengan keprihatinan rakan-rakan artis yang mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan buat Siti Sarah.
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Doakan Sarah, Bayi Dalam Kandungan Dipermudahkan Segalanya” begitulah doa seorang suami dan bapa. Sebelum ini penyanyi dan usahawan popular, Siti Sarah mendedahkan dia dan suami yang juga pelawak Shuib serta anak-anaknya disahkan positif Covid-19 pada 25 Julai.
Terbaru, Sarah dikhabarkan telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras dek kerana tahap oksigen yang semakin menurun.
Sarah yang sedang sarat hamil tujuh menaiki ambulan petang semalam bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Malah menerusi perkongsian Shuib menerusi entri di akaun Instagramnya turut memohon orang ramai mendoakan agar kesihatan Sarah dan anak dalam kandungan dipermudahkan segala urusan.
“Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin.
“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,” tulis Shuib.
Malah menerusi entri yang satu perkongsian video menunjukkan Sarah sedang mencium anak-anak sebelum dibawa ke hospital begitu meruntun jiwa yang menonton.
Seperti mana yang dimaklumkan Pengurus Sarah, Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music Sarah sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin semalam.
“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” terang Nana.
Shuib mohon semua mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin. Abang Siti Sarah yang kini di hospital telah ditidurkan bagi membolehkan paru-paru berehat.
Abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang dimasukkan ke Hospital Serdang akibat positif COVID-19, dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi, bagi membolehkan paru-parunya berehat.
Perkara ini dikongsikan pelawak, Shuib Sepahtu di akaun Instagram (IG), awal pagi tadi.
“Assamualaikum semua… Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan bahawa abang ipar saya dimasukkan ke ICU.
“Saya mohon mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin diberi kesembuhan segera… Amin Ya Rabbal Alamin,” luahnya di IG.
Menurut Shuib atau nama penuh, Shahmira Muhamad, Ahmad Firdous ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi.
Tambah Shuib, “Doktor hendak rehatkan paru-parunya… Sebelum ditidurkan, paras oksigen adalah 95 peratus.
“Ketika dikejarkan ke hospital, Selasa lalu, paras oksigennya adalah kira-kira 85 peratus. Ahmad Firdous disahkan positif COVID-19 pada 2 Ogos lalu,” katanya.
Selain Ahmad Firdous, isterinya turut disahkan positif COVID-19. Namun, dua anak pasangan itu dilaporkan bebas daripada jangkitan virus berkenaan.
Ahmad Firdous dan isteri disahkan positif selepas empat hari keluarga Siti Sarah dijangkiti virus COVID-19.
Sebelum ini, Ahmad Firdous dan isteri sudah menjalani kuarantin kendiri selama lapan hari di rumah.
Pada Isnin lalu, Ahmad Firdous kehilangan satu-satunya adik perempuan, Siti Sarah akibat COVID-19.
Penyanyi popular itu menghembuskan nafas terakhir selepas 48 jam ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.
Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, jam 1.20 tengah hari, Isnin lalu.
Mingguan Wanita : Semoga Ahmad Firdous Raissuddin diberikan kesembuhan segera. Amin.
Selalu bersembang mengingati kematian, isteri hamil 7 minggu reda, ingat pesan arwah suami walaupun sedih dengan kejadian yang menimpa.
Dirinya yang kini hamil tujuh bulan meluahkan bayi yang dikandung adalah peninggalan berharga suaminya biarpun arwah pergi dahulu sebelum sempat menatap wajah anaknya.
Nur Syahirah Abdullah reda dengan kejadian menimpa suaminya dan berjanji akan menjaga anak dalam kandungan yang kini sudah memasuki tujuh minggu.
“Ini peninggalan berharga suami untuk saya selepas hampir dua tahun berkahwin,” kata Nur Syahirah, 25.
Nur Syahirah adalah isteri kepada Mohd Nur Hisham Hassan, 29, yang meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan enam motosikal di Kilometer 4 Jalan Kampung Acheh-Sitiawan, Perak.
Kejadian pada 5.30 petang itu turut menyebabkan Hasrandy Bahrum, 27, dan Mohd Suhail Zainal, 22 meninggal dunia.
Ketika kejadian Mohd Nur Hisham menunggang sendiri motosikalnya, manakala Hasrandy serta Mohd Suhail pula menaiki motosikal sama dan ketiga-tiga mereka maut di lokasi kejadian.
Nur Syahirah berkata, dia kini hamil tujuh minggu anak sulung mereka dan arwah suaminya teruja serta gembira apabila dia disahkan hamil, Julai lalu.
“Suami gembira sehingga mengalirkan air mata sebaik tahu saya hamil dan dia teruja menunggu kehadiran anak sulung kami.
“Saya sedih tetapi reda kerana suami selalu berpesan supaya kuatkan semangat kalau dia sudah tiada nanti, malah kami selalu bersembang mengingati kematian dan dia kerap cakap sayangkan saya sampai hujung nyawanya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung (HSM), hari ini.
Pada hari kejadian dia berasa tidak sedap hati dan bertambah risau apabila suaminya masih tidak pulang walaupun sudah habis waktu bekerja.
“Saya rasa sayu dan tiba-tiba menangis. Saya cuba hubungi suami apabila dia masih belum sampai rumah tetapi panggilan tidak berjawab sebelum mak minta saya ke rumah kawan untuk mendapatkan bantuan pada 6.30 petang.
“Kawan suami ketika itu sedang melihat video kemalangan berkenaan, namun masih tidak tahu yang suami terbabit kemalangan itu. Kami terus ke lokasi dan luluh hati saya apabila melihat topi keledar dan tempat duduk motor suami di situ.
“Melihat keadaan lokasi dan barang suami saya dapat rasakan yang suami saya sudah tiada,” katanya yang baru tinggal bersama suaminya Januari lalu selepas tamat pengajian di Pasir Gudang, Johor Bharu.
Nur Syahirah berkata, suami tidak menunjukkan perubahan ketara cuma dia menyedari Mohd Nur Hisham yang tidak pernah memancing sebelum ini menunjukkan minat melakukan aktiviti itu dan mula membeli peralatan serta menonton cara memancing di YouTube sejak tiga minggu lalu.
“Biasanya setiap pagi suami akan pegang perut saya serta bacakan doa untuk kandungan tetapi semalam dia tak buat macam itu.
“Sebelum pulang kerja suami ada hantar gambar ‘selfie’ dan beritahu mahu balik pada jam 4.55 petang. Dia juga beritahu dia sayangkan saya dan ada beri lagu Hanya Satu nyanyian BPR di telegram,” katanya memberitahu mereka berdua berasal dari Kuantan, Pahang dan jenazah suami akan dikebumikan di Batu Lima, Kuantan.
Sementara itu, Jufry Rustam, 37, yang juga sepupu kepada Hasrandy berkata, adik sepupunya berasal dari Inanam, Sabah itu masih bujang dan mereka tinggal bersama di Sitiawan.
“Sepupu seorang anak yang bertanggungjawab dan dia yang membantu keluarganya di Sabah termasuk masih menanggung persekolahan seorang adiknya,” katanya. Seorang lagi mangsa, Mohd Suhail berasal dari Sepanggar, Sabah.
Mingguan Wanita : Team MW merakamkan ucapan takziah kepada isteri mangsa dan mendoakan agar keluarganya datang menerima ujian ini. Al-Fatihah.
Insiden pergaduhan melibatkan satu keluarga terdiri dari ibu, anak perempuan dan menantu bersama dua beradik di hadapan Pasar Awan Melor minggu lalu didenda RM1000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah melakukan pergaduhan di khalayak ramai pada minggu lalu.