bayi-pramatang-siti-sarah

Alhamdulillah, bayi pramatang Siti Sarah stabil. Semalam penyanyi Siti Sarah Raisuddin menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang berusia 7 bulan. Isteri pelawak, Shuib Sepahtu ini juga melalui prosedur berkenaan dalam keadaan ditidurkan.

Siti Sarah juga masih lagi memerlukan bantuan oksigen dan masih belum sedar. Cuma bacaan oksigennya sudah meningkat berbanding malam tadi.

Terkini, menerusi insta story Shuib memaklumkan yang bayi pramatang mereka sudah mula bergerak aktif. Sebagaimana yang dikongsikan oleh doktor, bayi baru lahir yang diberi nama Ayas Affan ini sudah boleh buka mata, kaki pun dah mula menendang-nendang.

Bayi Pramatang Siti Sarah Stabil, Ibu Belum Sedar, Oksigen Naik 80

Bayi Pramatang Siti Sarah Mula Menendang

Anak bongsu dan keempat pasangan Shuib dan Siti Sarah ini melalui satu episod kelahiran yang begitu menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia. Doa berpanjangan terus dipanjatkan untuk ibunya, Siti Sarah yang disayangi ramai ini.

Alhamdulillah sedikit update untuk Ayash Affan (baby baru lahir pramatang 7 bulan). Dr Faiz HUKM bagitau Alhamdulillah pagi ini dia dah bukak mata, kaki dah menendang nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan baby stabil.

Ya Allah syukur, ini juga berkat doa korang semua yang tak henti-henti mendoakan kesihatan Ayash. Saya balikkan doa-doa kalian, semoga korang juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, terhindar dari segala kemudaratan. InsyaAllah Amin.”

IKLAN

Bayi Pramatang Siti Sarah Stabil, Ibu Belum Sedar, Oksigen Naik 80

Bacaan Oksigen Siti Sarah Naik 80

Dalam posting sebelumnya, Shuib memaklumkan yang bacaan oksigen isterinya itu jatuh sehingga 40 pada jam 11 malam tadi. Bagaimana pun pagi ini sudah naik kembali menjadi 80.

Setakat pagi ini, Sarah masih lagi belum sedar. Masih lagi perlukan bantuan oksigen, cuma alhamdulillah ada peningkatan.

Pukul 11 malam oksigen drop sampai 40, tapi pukul 2 pagi alhamdulillah oksigen naik sampai 77 dan baru tadi Dr update oksigen Sarah 80.

IKLAN

Saya harap semua yang melihat post ini terus mendoakan dia dan anak ya. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat.”

Bayi Pramatang Siti Sarah Stabil, Ibu Belum Sedar, Oksigen Naik 80

Siti Sarah dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM sebelum ini dikenali sebagai HUKM) pada malam Rabu.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah paras oksigen dalam badannya semakin menurun pada pagi Jumaat.

IKLAN

Sarah, Shuib dan tiga orang anak disahkan positif Covid-19 pada 25 Julai lalu setelah pembantu rumah dijangkiti virus itu.

Mingguan Wanita : Mendoakan semoga kesihatan Siti Sarah kembali pulih dan bayi pramatangnya itu dapat membesar dengan sihat dan selamat.

Sumber/Foto : Shuib Sepahtu

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI