Penyanyi popular Wany Hasrita, 30, selamat bernikah dengan lelaki pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, dengan dua kali lafaz, di Glam Hall, Damansara Perdana, di sini, kira-kira jam 9.11 malam, hari ini.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
Pada majlis itu, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian. Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.
Fasa Baru Wany Hasrita
Wany yang popular menerusi lagu Menahan Rindu berkata, dia bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
“Alhamdulillah, saya bersyukur majlis pernikahan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Terima kasih kepada mak, ayah, keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat yang tanpa jemu menitipkan doa yang baik-baik buat saya tidak kira untuk kerjaya mahu pun peribadi. “Insya-Allah, ini adalah fasa baharu buat saya dan suami. Perjalanan kami masih panjang. Tanggungjawab menjadi isteri dan dalam masa sama bergelar anak seni akan saya cuba berikan yang terbaik. Cuma, selepas ini tentu saja keluarga menjadi keutamaan saya. “Saya berdoa agar semoga segalanya dipermudahkan. Paling penting juga, saya mohon untuk semua mendoakan yang terbaik buat saya dan suami dalam melayari bahtera perkahwinan ini,” katanya.
Mula Rapat Sejak Tiga Tahun Lalu
Berkongsi mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak itu, Wany berkata hubungan mereka mula rapat sejak 2019.
“Kalau diikutkan saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi. Ketika itu saya mengenalinya melalui rakan baik saya yang juga sepupunya. Kenal macam tu saja. Waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi. Cuma, pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat.
Ads
Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram (IG) dan banyak berhubung di situ. Ada satu hari dia melawak mengenai kartun Thomas & Friends. Saya pun boleh layan. Sejak itu, kami terus ‘ngam’ dan saling memahami dalam banyak perkara. “Tidak ada istilah ‘declare’ menjadi kekasih dalam perhubungan kami. Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius,” katanya.
Wany Hasrita Dan Adib Bertunang Pada 26 Februari
Menurut Wany yang juga pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 31 pada 2018, dia dan Adib memilih untuk bertunang pada 26 Februari lalu sebelum mengakhiri perhubungan mereka di jenjang pelamin pada hari ini.
“Apabila sudah rapat, kami terus fikir dan rancang ke fasa seterusnya. Apatah lagi ketika itu (2019) masing-masing sudah berumur 28 tahun. Selama ini saya tidak terlalu ‘looking forward’ untuk berkahwin. Tapi selepas rapat, semuanya ‘ngam’ dan serasi dari segi semua perkara. “Malah, dari mula perhubungan ia bukan lagi untuk cuba-cuba tapi memang nak berkahwin. Dia pun sama juga begitu. Itu yang kami ambil keputusan untuk bertunang terlebih dahulu pada 26 Februari lalu di sebuah hotel di Sepang, Selangor, yang mana hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat saja. “Kalau diikutkan perancangan nak berkahwin dibuat lebih awal, tapi disebabkan jarak kami yang mana dia bekerja di Kuching, Sarawak, masa dan komitmen kerjaya, jadi kami ambil keputusan untuk cari waktu paling sesuai untuk kedua-dua pihak. Ditambah pula kita sudah masuk fasa endemik, jadi kami fikir ini waktu yang tepat,” katanya.
Ads
Bukan Niat Nak Berahsia
Dilihat mengambil sikap berahsia dalam perhubungan yang dibina, Wany yang juga pemenang tempat ketiga pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) menerusi lagu Belenggu Rindu duet bersama Datuk Jamal Abdillah berkata, perkara itu lebih kepada menghormati peribadi suaminya.
“Bukan rahsia sebenarnya. Saya pun belajar daripada pengalaman sebelum ini yang mana selagi belum ada ketetapan yang sahih dalam perhubungan itu tidak perlu dikongsikan. Itu sebab dalam perhubungan kali ini, saya mengambil pendekatan sebegitu. Biar semuanya sudah ‘confirm’ barulah kita kongsikan. “Lagi pula dia juga bukan seorang yang cenderung kepada media sosial. Dia tak suka menonjolkan diri apatah lagi di media sosial. Jadi saya kena belajar untuk menjaga privasi itu. Walaupun dia jenis tak kisah, tapi saya sendiri yang nak menjaga atas dasar menghormati,” katanya.
Adib Bukan Jenis Kaki Media Sosial
Ditanya mengenai penerimaan suami terhadap kerjaya dan status dirinya yang mana selebriti terkenal tanah air, Wany berkata Adib sangat memahami.
“Macam dikatakan, dia bukan jenis ‘kaki media sosial’. Disebabkan itu dia tak ambil tahu sangat. Lagu saya pun dia tak tahu banyak, jauh sekali soal gosip. Pendek kata, suami bukan seorang yang minat dalam industri hiburan. “Alhamdulillah, dia menerima saya seadanya dan sangat baik. Dia memahami kerjaya saya dan tak kacau. Cuma berpesan apa yang perlu dijaga, kena jaga. Pendek kata, dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menjaga diri. Dalam masa sama, dia pun tahu siapa kawan-kawan saya, sebaliknya begitu juga saya,” katanya.
Ads
Tiga Tahun Lalui Perhubungan Jarak Jauh
Melalui perhubungan jarak jauh selama ini, Wany berkata mereka menjalaninya dengan baik sahaja selain Adib yang juga berasal dari Kuching, Sarawak.
“Kami okay saja ‘long distance relationship’ (LDR). Kami menjalani hubungan ini macam biasa dan tak ada isu pun. Nak kata keluar bersama, memang jarang sekali. Sepanjang tiga tahun ini, boleh kira tak lebih 10 kali. Di IG memang tak pernah letak pun gambar dia. Yang tahu saja tahu,” katanya.
Pada majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.
Busana kedua mempelai pula mendapat sentuhan pereka Altelia Amani.
Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada 24 Julai ini bertempat di Cheras, Kuala Lumpur.
‘Hanya tinggal sendirian, tak berdaya.’ Sambutan aidilfitri sudah tidak bererti lagi. Benarlah apa lagi maknanya syawal bila kita tinggal sendiri tanpa keluarga di sisi.
Apatah lagi hidup dalam serba daif, pasti hari raya tidak jauh bezanya dengan hari-hari suram yang ditempuh setiap hati.
Adik Zayn Rayyan tunggu ibu ayah balik, kerap buka pintu & selak langsir. Kes pembunuhan Zayn Rayyan menarik minat orang ramai yang mahu tahu siapakah dalang di sebalik kejadian menyayat hati ini.
Anak autisme ini ditemui meninggal dunia pada 6 Disember tahun lalu di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Adik Lelaki Zayn Rayyan Tunggu Ibu Ayah Balik
Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan t disambung lagi selama enam hari selepas ditahan tujuh hari sebelum ini dan dijangka akan tamat pada Rabu depan.
Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam pada 31 Mei.
Di sebalik kekecohan dan himpunan ahli keluarga Zayn Rayyan di mahkamah pagi tadi yang melaungkan keadilan buat Ismaniza dan Zaim, ada cerita lebih sedih yang dilalui oleh adik lelaki kepada arwah Zayn Rayyan iaitu Mateen.
Kerap Buka Pintu & Selak Langsir
Dari perkongsian datuk Zayn Rayyan, didapati adik lelakinya sering menyelak langsir dan membuka pintu seolah-olah menanti kepulangan ibu dan bapanya.
“Mateen menunggu kepulangan mommy & daddy
Kerap kali buka pintu & selak langsir, adakah mommy & daddy akan datang ambil Mateen,
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Bila masuk cerita bab dapur, pastinya ramai nak tahu cara praktikal yang mudahkan kerja mak-mak di dapur. Tambahan pula kalau anda jenis keluar bekerja. Betul tak?
Haaa… ini tip ringkas dari seorang suri rumah, Suhana Mat Rasu yang mana cara penyimpanan yang diguna berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je…
1.Daun sup
Pastikan pokok daun sup di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais.
Caranya:
Potong 2 botol minuman, masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.
Pokok yg disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan.
2.Lengkuas dan Serai
Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut.
Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan.
Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya.
3.Cili api dan Lada Merah
Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.
Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.
Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.
Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama.
Bahan-bahan yang disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kamal Adli menafikan wujud orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Uqasha Senrose. Pelakon itu turut mengaku merindui isterinya dan menegaskan, “Saya tak curang, saya hanya ada dia dan anak.”