Sumber Foto: Instagram Raffi Nagita 1717

Tindakan suami beri nafkah RM50,000 sebulan biarpun isteri ada pendapatan sendiri wajar dipuji dan dicontohi. Sememangnya tidak salah jika suami mampu beri kemewahan dan manjakan isteri dengan wang ringgit jika berkemampuan.

Perkahwinan merupakan ikatan yang suci antara pasangan Adam dan Hawa. Apabila wujudnya ikatan perkahwinan maka wujudlah amanah dan tanggungjawab antara suami dan isteri. Isteri merupakan satu tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SAW.

Tindakan Suami Beri Nafkah RM50,000 Sebulan Biarpun Isteri Ada Pendapatan Sendiri

Seperti mana hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Ashaba Al-Sunan yang bermaksud:

Hindun, isteri Abu Sufian telah mengadu kepada Rasulullah bahawa suaminya tidak memberi nafkah yang cukup kepadanya dan anak-anaknya. Lalu Rasulullah memerintahkan Hindun mengambil dari harta Abu Sufian bahagian untuk nafkahnya dan anak-anaknya dengan sebaiknya.

Berdasarkan hadis ini jelaslah bahawa suami wajib menyediakan nafkah terhadap isteri dan jika suami enggan dengan sengaja, cuai ataupun nafkah yang diberi tidak mencukupi maka seorang isteri berhak mengambil harta suaminya sebagai nafkah buat isteri dan anak-anaknya.

Beruntungnya Isteri Kepada Raffi Ahmad

Seperti mana dipetik menerusi Viva.co.id, sememangnya apa yang dilakukan oleh selebriti dan jutawan popular Indonesia Raffi Ahmad yang menitipkan wang perbelanjaan yang besar buat isterinya wajar dipuji dan dicontohi.

Pelakon ini telah memberikan nafkah pada jumlah yang besar iaitu lebih RM50,000 sebulan kepada isterinya.

Raffi dan Nagita Slavina mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rafathar Malik Ahmad, 6, dan Rayyanza Malik Ahmad yang kini berusia 8 bulan.

IKLAN

Raffi Ahmad telah mendedahkan kepada aktor Andre Taulany memberikan isteri, Nagita wang nafkah yang besar jumlahnya biarpun wanita itu mempunyai pendapatan sendiri.

Malah Raffi juga turut memberikan tiga kad kredit yang mempunyai had 50 juta rupiah (RM15,000).

Jumlah Terkumpul Nafkah Bulanan Ialah 200 Juta Rupiah (RM59,561.20)

“Nagita, saya berikannya wang tunai 50 juta rupiah, tiga kad kredit, 50 juta rupiah setiap satu. Jadi semuanya 200 juta rupiah,” tutur Raffi Ahmad kepada Andre Taulany yang dipetik Instagram @rumpi_gosip.

Dengan jumlah sebanyak itu, Nagita tidak dapat menghabiskan semua wangnya. Raffi menjelaskan, wang yang diberikannya kepada Nagita tidak pernah dibelanjakan kerana isterinya lebih suka menggunakan wang hasil pendapatan sendiri.

Nagita Hanya Gunakan Kad Kredit Jika Keperluan Mendesar

Katanya, si isteri hanya menggunakan kad kredit untuk keperluan yang mendesak.

IKLAN

Seperti yang diketahui umum, isteri Raffi itu mempunyai pelbagai sumber pendapatan yang lumayan daripada perniagaan makanan dan minuman, perabot, syarikat produksi, kosmetik dan saluran YouTube.

Baca Disini : ‘Bekas Isteri Tuntut Nafkah Anak, Suami Wajib Bagi.’ Isteri Baru Tak Berhak Larang

‘Kerana Sebuah Rumah’, Anak Perempuan Terima ‘Hukuman’ Diperintah Beri Nafkah Mak Ayah Sepanjang Hayat

IKLAN

 Mingguan Wanita : Beruntungnya isteri, berasa sangat dihargai bila suami menyayangi dan pemurah.

Sumber : Viva.co.id

Sumber : Sister In Islam

Sumber Foto: Instagram Raffi Nagita 1717

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI