Penyanyi cantik yang sentiasa murah dengan senyuman, Wany Hasrita akui kerjaya sebagai seorang selebriti bukanlah satu perkara mudah. Sebagai seorang figura hiburan, pasti membuatkan kulit wajah Wany sentiasa dioles solekan mampan baik untuk pertunjukan pentas mahupun melunaskan sesi fotografi.
Situasi tersebut secara tidak langsung menyebabkan kulit muka Wany terdedah kepada simbahan lampu acara (spotlight). Pada masa sama, turut menerima tempias sinaran ultraungu khususnya ketika berlumba kereta di litar di bawah program Toyota Gazoo Racing.
Wany juga tidak lokek berkongsi tip bagaimana untuk memastikan kulit wajahnya kekal bersih dan mulus serta penjagaan kesihatan badan.
Wany Hasrita Pastikan Buang Solekan Sebelum Tidur
Walaupun letih dan pulang larut malam dek kerana memenuhi jadual aktiviti pentas seni, rejim penjagaan wajah lazimnya, sebaik sahaja tiba di rumah sebelum tidur Wany akan memastikan kulit wajahnya bebas daripada sebarang kotoran dan tampalan solekan.
“Langkah tersebut harus dititikberatkan bagi mengelakkan kondisi kulit wajah rosak memandangkan alat kosmetik mengandungi pelbagai bahan.
“Selepas menanggalkan solekan menggunakan makeup remover, saya akan membersihkan wajah dengan pencuci muka mengikut jenis kulit.
“Kemudian, disusuli pula toner (penyegar) untuk membuang lebihan minyak ataupun kotoran yang tertinggal pada kulit wajah termasuk mengecilkan pori-pori.
“Langkah seterusnya, menyapu lembut serum dan krim pelembap bagi mengembalikan kelembapan kulit wajah serta krim malam.
Ads
Pakai Krim Pelembap & Krim Pelindung Sinaran Matahari Pada Waktu Siang
“Pun begitu, pada sebelah siang, selepas memakai krim pelembap, saya akan mengoles krim pelindung sinaran matahari sebelum keluar rumah sama ada untuk bekerja ataupun beriadah.
“Sebelum melangkah keluar rumah wanita mengoles krim pelembap dan krim pelindung sinaran matahari untuk melindungi kondisi kulit wajah.
“Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan krim pelindung sinaran UV amat penting dalam rutin penjagaan kulit wajah. Disebabkan itu, kita sentiasa disarankan mengaplikasi krim tersebut seawal usia remaja.
Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat
“Saya pula beranggapan telah terlambat kerana apabila menginjak usia 27 tahun, barulah mempunyai kesedaran untuk memakai krim sinaran UV. Ikut kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
“Jangan sesekali membiarkan wajah berterusan terdedah kepada cahaya matahari tanpa pelindung kerana ia akan merosakkan kulit muka. Selain penuaan dan kanser kulit, sinaran UV yang menembusi jauh ke dalam kulit juga boleh menyebabkan berlakunya masalah jeragat.
Ads
“Perkara sedemikian turut berlaku kepada ibu, Norita Jaafar yang terpaksa mengambil masa lama untuk menangani masalah jeragat,” terang Wany.
Dalam pada itu, perlu diingatkan, pemakaian krim sinaran UV bukan bersifat sekali sahaja iaitu oles pada sebelah siang dan berkekalan hingga malam. Krim tersebut harus diaplikasi dari masa ke masa.
“Misalnya, saya akan oles sekitar jam 8 pagi. Selepas menunaikan solat Zuhur dan Asar, maka saya akan ulang rutin penjagaan wajah yang sama seperti memakai toner, serum, krim pelembap dan krim sinaran UV.
Bersama ibu tersayang.
Elak Makanan Berminyak
Selain amalan penjagaan wajah secara konsisten dan penggunaan produk yang betul, pemakanan juga harus dititikberatkan.
Wani juga akui dia mengelak menikmati makanan berminyak dan coklat dalam kuantiti yang banyak kerana ia adalah salah satu penyebab masalah jerawat.
Malah makan coklat secara berlebihan boleh menyebabkan jerawat.
Selamat Pengantin Baru Syifa & Safawi. Tahniah diucapkan buat pasangan pengantin baru, pempangaruh Syifa Melvin, 28 dan juga pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 27.
Dengan sekali lafaz, Safawi selamat bernikah dengan Syifa yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin 8.46 malam tadi.
Selamat Pengantin Baru Syifa & Safawi
Difahamkan pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sambil disaksikan oleh bapa Syifa sendiri iaitu Amirol Melvin Abdullah.
Pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin berlian kepada Syifa manakala wang hantaran tidak didedahkan.
Seperti mana gambar-gambar yang tersebar di laman Instagram majlis pernikahan berkonsep dalam taman menyaksikan pasangan mempelai menggayakan persalinan pengantin sedondon berona nude.
Mengharapkan Doa Yang Baik-Baik Dari Orang Ramai
Seperti mana dipetik menerusi Kosmo! Online, Syifa mengharapkan orang ramai tidak terlalu menguar-uarkan tentang majlis pernikahannya dengan Safawi dan hanya mengharapkan doa yang baik-baik.
“Tak payahlah dihebohkan lagi tentang hal ini (perkahwinan dengan Safawi). Saya minta sangat-sangat,”
“Kalau betul dah sampai waktunya nanti, anda semua akan tahu. Saya cuma mohon doa yang baik-baik daripada semua agar perhubungan ini mendapat reda Allah SWT,” ujarnya.
Untuk pengetahuan sebelum itu, majlis perkahwinan yang dikhabarkan sudah dihidu lebih awal oleh penyokong JDT apabila Safawi dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, baru-baru ini.
Ras Adiba luah kerinduan tak putus asa cari Zalina. Selepas hampir setahun menghilangkan diri hingga kini masih ramai yang tidak putus asa mencari bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang juga mengendalikan program Money Matters.
Paling merindui Zalina sudah pasti rakan baiknya iaitu Senator Datuk Ras Adiba Radzi, 55.
Pemilik nama sebenar Zalina Shaharah Azman dilaporkan hilang sejak November 2021 apabila anak lelakinya, Mikhael Norman membuat laporan polis berhubung kehilangan ibunya. Mikhael gagal menghubunginya bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.
Ras Adiba Luah Kerinduan
Menerusi luahan di Instagram, Ras Adiba mengharapkan rakannya itu menghubungi dirinya. Bukan sahaja Ras Adiba rupanya ramai yang berdoa dan memohon agar diberikan petunjuk agar Zalina dijumpai.
“Moga Allah beri petunjuk… sedih sgt²” luah mama_fathimah_abdullah83
“Deep Rindu Kat Zal”
Ras Adiba dalam hantaran dimuat naik menerusi Instagram (IG), semalam, meluahkan kerinduan terhadap teman baiknya itu.
“Hari pertama 2023 (semalam), Zal masih belum kami temui. Banyak yang diperkatakan dan berita palsu berleluasa.
“Tetapi, saya tidak akan berputus asa, jadi sekiranya Zal membaca mesej ini, tahulah yang Deep rindu kat Zal dan harap Zal akan cari Deep.
“Telefon Deep ya Zal. Pulanglah,” tulis Ras Adiba.
Terdahulu sebelum itu Ras juga memuat naik video kompilasi foto rakannya itu dengan keterangan gambar bertulis, “Zal di mana? Pulanglah, kami rindu,” luahnya.
Untuk rekod sebelum ini Ras Adiba pernah menjalankan misi pencarian sekitar Shah Alam dengan ditemani suami, Mohamed Azam Ali, teman rapat, Juita Jalil dan kru TV3 pada Julai lalu.
Pada operasi hari pertama, mereka meronda selama enam jam bermula antara jam 6 petang sehingga 11 malam. Mereka meronda sekitar kediaman Zalina di Jalan Ketiau, Seksyen 3, Bulatan Kayangan dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi mencari petunjuk di mana sahabatnya menghilangkan diri.
“Jangan Berhenti Berusaha” Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang mohon agar dipermudahkan urusan pencarian bekas personaliti TV3 itu.
Tunku Azizah kembali bergelar mahasiswa di UIAM, “Back to school, doakan saya. Pada usia 64 tahun, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Tunku Azizah Kembali Bergelar Mahasiswa Di UIAM
Baginda berkongsi khabar gembira itu di laman sosial TikTok @cmspahang sambil memuat naik foto memegang kad pintar UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization.
“Back To School, Doakan Saya” titah baginda di ruangan kapsyen.
Ekoran perkongsiannya itu, warga maya yang mengikutinya agak teruja termasuk memberikan kata-kata semangat buat baginda.
“Back To School, Doakan Saya
“Tuankuuu, selamat menjadi mahasiswa IIUM. Semoga kita dapat bersua muka di mana2 Kulliyyah nanti. Aminnn 🤭❤️
“Wahh good luck tuanku! moga ada rezeki kita konvo sekali Amiin.
“Menjadi contoh kepada anak muda di luar Tuanku untuk terus kekal bersemangat menuntut ilmu. Daulat Tuanku🙏🙏🙏
Bahkan ada yang berseloroh agar baginda jangan lewat buat assignment termasuk ada bertanya, adakah Tuanku ada memohon voucher buku?
Sekadar info, baginda mendapat pendidikan menengah di Sekolah Tun Fatimah (1973-1979) sebelum Tunku Azizah kemudian menyambung pengajian di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Baginda kemudian menyambung pengajian Universiti Nasional Singapura dalam bidang Sains Politik dan Sosiologi.
Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) sebuah institusi penyelidikan dan pengajian pasca sarjana di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Status institusi ini boleh dikatakan elit kerana reputasinya sangat tersohor dikalangan ilmuan Islam moden dan juga kerana sumbangan ilmuan ISTAC-IIUM yang datang dari seluruh pelusok dunia.
Bahkan Baginda dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa mulai 31 Januari lalu.
Pelantikan semula Tunku Azizah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ia merupakan penggal kedua baginda menjawat jawatan berkenaan selepas dilantik bagi penggal pertama pada 2019.
Baru-baru ini, baginda turut berkenan mencemar duli merasmikan Istiadat Konvokesyen UIAM ke-40 2024.
Moga ia menjadi inspirasi buat anak muda untuk terus belajar.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bekas penyampai berita, Puan Sri Normala Samsudin dan gelaran ‘Wanita Melayu Terakhir’ sememangnya tak dapat dipisahkan.
Beliau kini tenang menjalani kehidupan peribadi sebagai seorang isteri,...