flex-smart

Setiap wanita mesti mencari keselesaan dalam berpakaian terutama sekali apabila melibatkan pakaian dalam. Dengan pakaian dalam yang betul, ia boleh menjadikan seseorang wanita itu bertambah yakin seiring bergerak bebas untuk melakukan aktiviti hariannya.

Setiap jenama pakaian dalam atau bra di Malaysia seharusnya mengambil peluang ini untuk meraikan setiap bentuk tubuh dan payudara seseorang wanita.

Tidak kira seseorang individu itu kurus, berisi, pendek atau kurus, terdapat satu jenama bra yang cukup dikenali kerana kualitinya iaitu Triumph tampil dengan teknologi bra terbaharu.

Wanita Suka Bra Yang Selesa! Ini 5 Kelebihan Pakai Flex Smart

Pakaian Dalam Yang Selesa Membuatkan Kita Bebas Bergerak Aktif

Dengan bra terbaharu daripada Triumph iaitu Flex Smart, inovasi yang diberikan sangat sempurna untuk setiap wanita bergerak aktif.

Teknologi Flex Smart yang diperkenalkan Triumph memudahkan anda yang sedang mencari bra yang selesa dan miliki fungsi sokongan payudara terbaik. Tentu anda tertanya-tanya, “ada apa dengan teknologi Flex Smart ini?”

Inovasi baru Flex Smart ini bukan saja menampilkan keselesaan bra malah berfungsi dengan baik mengikut apa yang wanita inginkan. Menjadikannya pakaian dalam yang sesuai dipakai seharian, walaupun selepas pulang dari pejabat malah ketika melakukan senaman ringan.

Teknologi Flex Smart juga memenuhi keinginan wanita yang mahukan kebebasan dalam pergerakan harian mereka. Walaupun ketika tidur, mereka tidak perlu bimbang untuk mengenakan bra.

Apa kelebihan yang semua wanita akan rasai apabila memakai bra Flex Smart Triumph?

IKLAN

1. Sesuai dipakai dari pagi sehingga ke malam

Dengan menggunakan material yang mesra pada kulit dan rekaannya yang ‘effortless’, bra Flex Smart amat sesuai untuk anda gunakan pada waktu pagi untuk ke pejabat dan terus ke acara makan malam bersama teman.

Anda tidak perlu lagi menukar bra mengikut kesesuaian majlis kerana Flex Smart sedia membantu anda.

2. Lembut pada kulit dengan fabrik yang boleh meregang

Melihat sahaja pada pemakaiannya, anda sudah boleh tahu ia diperbuat daripada fabrik meregang yang sangat berkualiti.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif pula, bra Flex Smart amat lembut apabila bersentuhan pada kulit dan memberikan anda pengalaman pakaian dalam yang selesa dan bebas.

3. Sesuai digunakan untuk aktiviti yoga dan pilates

Bagi wanita yang menggemari aktiviti yoga dan pilates, kini anda tidak perlu bersusah payah mencari bra sukan yang sesuai digunakan untuk aktiviti tersebut.

IKLAN

Selain selesa digunakan untuk aktiviti harian, anda boleh terus menggunakan Flex Smart sebagai pakaian dalam untuk senaman ringan.

Tambah bergaya jika pandai ‘mix and match’ kan bra tersebut dengan seluar dan kasut sukan, memberi stail penampilan terbaharu buat wanita yang memakainya.

4. Rekaan tanpa dawai, sangat selesa tanpa sebarang halangan

Ada dalam kalangan wanita yang gemar memakai bra tanpa dawai untuk keselesaan. Kini dengan Flex Smart, rekaannya tanpa dawai memberikan sokongan yang sepenuhnya pada payudara anda.

Jangan terkejut jika ada wanita yang berubah kepada pemakaian bra tanpa wayar selepas mencuba Flex Smart daripada Triumph, sangat selesa!

5. Senang dilipat dan disimpan rapi

Ini salah satu kelebihan yang ada pada Flex Smart jika anda sedang mencari-cari pakaian dalam baharu. Dengan fabrik lembut, dan tanpa dawai, anda tidak perlu risau lagi dengan masalah cawan bra yang mempunyai kesan lipatan dan berkedut.

IKLAN

Apabila sudah senang dilipat, ia juga senang disimpan dan material yang digunakan tidak memakan ruang di dalam tempat penyimpanan pakaian dalam anda.

Wanita Suka Bra Yang Selesa! Ini 5 Kelebihan Pakai Flex Smart

Antara Lain Koleksi Flex Smart

Dalam pada itu, bukan sahaja Triumph mengeluarkan bra Flex Smart. Terdapat juga koleksi vest yang dijual secara eksklusif secara dalam talian.

Malah, koleksi vest dan legging ini mempunyai sisi fleksibel dan menjadikannya sempurna bersesuaian dengan pergerakan anda.

Dengan fabrik yang mengawal suhu, koleksi ini amat sesuai dipakai untuk senaman ringan atau digayakan bersama pakaian harian anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bra Flex Smart, layari laman web mereka di sini atau kunjungi kedai Triumph yang berdekatan dengan anda.

Baca : Dapatkan Saiz Bra Dengan Betul, Barulah Selesa, Payudara Selamat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI