Wanita mengandung dijangkiti covid-19, selamat lahirkan bayi ketika ditidurkan dan dalam keadaan koma secara pembedahan.
Malahan dia yang kini semakin pulih, tidak mampu detik kelahiran anaknya kerana saat itu dirinya ditidurkan.
Wanita Mengandung Dijangkiti Covid-19
Seorang wanita hamil di London, yang tidak menerima suntikan vaksin tidak menyedari bahawa dia telah melahirkan anak ketika ditidurkan kerana dijangkiti Covid-19, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Ketika hamil, Jo Udeze yang berusia 39 tahun berasa ragu-ragu akan pengambilan suntikan vaksin. Malangnya, dia dijangkiti Covid-19 ketika kandungannya berusia 30 minggu.
Wanita itu dibawa ke hospital Walsall Manor pada Ogos tahun lalu sebelum ditidurkan kerana kesihatannya yang semakin merosot.
Udeze selamat melahirkan anak dengan bantuan doktor ketika masih koma selama dua minggu.
Ads
“Ingatan saya hanya samar-samar ingat. Doktor ada memberitahu bahawa bayi dalam kandungan perlu dilahirkan kerana tiada apa lagi boleh dilakukan kerana saya mengandung,’’ jelas Udeze.
Ketika DiTidurkan
Pasukan perubatan bertindak membantu Udeze melahirkan anaknya, Isaiah dengan menjalankan pembedahan caesarean.
Uzede mendedahkan bahawa kali pertama dia melihat anaknya adalah menerusi sekeping gambar yang ditunjukkan oleh seorang doktor di hospital, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).
Ads
Dia kekal dalam unit rawatan rapi selama beberapa minggu dan kini sedang pulih daripada kesan jangkitan Covid-19 yang lama. – Agensi
Mingguan Wanita : Tidak semua bayi yang tidak mampu bertahan setelah ibunya dijangkiti Covid 19. Wanita ini adalah antara wanita mengandung yang selamat dan syukur anaknya juga sihat.
Ellie Suriaty akui sudah divaksin tanda hormat pada suami. Akhirnya pelakon hebat Ellie Suriaty Omar akui dirinya sudah divaksin.
Dirinya mengambil vaksin Covid-19 jenis Sinovac pada Oktober dan November tahun lalu.
Sebelum ini Ellie yang lantang bersuara tentang isu vaksin terpaksa mengubah keputusannya sebagai tanda menghormati suaminya yang juga seorang pelakon senior, Azri Iskandar.
Ellie juga menyatakan dirinya bukanlah seorang antivaksin.
“Saya bukan seorang antivaksin. Kalau tidak, saya tidak ambil vaksin lain sebelum ini. Cuma saya ada pandangan mengenai vaksin Covid-19.
“Ya, saya sudah mengambil vaksin, saya ambil vaksin kerana suami.
“Dia kata, sudah tiba masanya dia sebagai ketua keluarga, suami dan bapa bersuara mengenai perkara ini serta meminta kami (Ellie dan anak-anak) mengikutinya.
“Jadi sebagai tanda hormat, saya dan anak mengambil vaksin jenis Sinovac dos pertama pada Oktober lalu dan diikuti dos kedua pada November,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi SinarPlus.
Wang ringgit bukan ukuran, Mila iklas bertitik tolak atas kasih sayang seorang sahabat. Terharu sungguh dengan nilai persahabatan antara Mila Jirin dan Datin Seri Heliza Helmi.
Benarlah kawan baik adalah lambang bahawa hidup kita dikelilingi dengan kasih-sayang, kegembiraan dan rencah warna. Mempunyai kawan baik juga merupakan salah satu rezeki yang tak ternilai.
Seperti yang diketahui ramai, baru-baru ini penyanyi dan juga usahawan berjaya, Mila telah sudi menaja majlis resepsi rakan baiknya Heliza Helmi dan suami Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Pemilik Bizmilla Wedding Centre ini juga percaya nilai hadiah majlis resepsi untuk teman baiknya itu tidak boleh diukur dengan wang ringgit.
Majlis yang berlangsung 22 Januari lalu di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor khabarnya dianggarkan menelan belanja puluhan ribu ringgit.
“Hadiah dan nilai majlis resepsi ini tidak boleh dibandingkan dengan usia persahabatan kami yang sudah mencecah 15 tahun.
“Apa yang saya berikan bertitik tolak atas kasih dan sayang seorang sahabat.
“Kebetulan saya menjalankan empayar perniagaan perkahwinan ini sejak tahun 2013, jadi tak salah saya hadiahkan sesuatu yang dekat di hati untuk insan disayangi,” ungkap Mila.
Mila juga pada awalnya tidak mengesyaki rakan baiknya itu akan berkahwin. Dan terkejut apabila mendapat undangan majlis persandingan menerusi aplikasi WhatsApp.
“Pada awalnya Heliza menghubungi bertanyakan mengenai kekosongan mana mana dewan Bizmilla yang ada untuk digunakan pada 1 Januari lalu.
“Cuma ketika itu, saya tidak syak dan tahu mengenai cerita sebenar yang dia akan berkahwin. Ketika ditanya mengenai dewan kosong untuk tarikh berkenaan, saya pun tak tanya beriya iya ia diperlukan untuk majlis siapa.
“Cuma permintaan itu tak dapat dipenuhi sebab enam dewan yang ada sudah penuh. Saya pun seperti kebanyakan lain yang tidak tahu dia akan berkahwin pada tarikh itu. Jadi perbualan kami terhenti di situ.
“Selang beberapa hari, saya dikejutkan dengan undangan majlis persandingannya melalui kiriman WhatsApp. Saya antara sahabatnya yang amat gembira dengan berita tu. Masa itu gembira saya bukan kepalang sampai lupa nak tak tanya dengan siapa dia akan berkahwin,” sambungnya.
Dengan rasa rendah hati, Mila juga menjelaskan dia bertekad untuk menghadiahkan sebuah majlis resepsi buat Heliza dan suami.
“Saya imbas kembali kenangan pada tahun 2019, dia ada anjurkan majlis bersama peminat di salah satu dewan Bizmilla.
“Masa itu saya sempat berseloroh kepadanya. Saya kata, kalau dia kahwin, syarikat saya wajib uruskan majlis dan jadi lokasi persandingan.
“Cuma ketika itu, dia mungkin ingat apa yang saya katakan hanya bersifat sekadar syarat pertuturan semata mata. Tapi jauh di sudut hati saya, kata kata itu sebenarnya serius dan mahu dijadikan kenyataan.
“Alhamdulillah, hasrat saya Allah makbulkan. Saya bersyukur dapat memberi sedikit kegembiraan dan meraikan sahabat saya ini,” ungkap Mila.
Secara jujurnya, Mila menjelaskan pada awalnya hadiah yang ingin diberikan berkali kali ditolak Heliza kerana dia berasakan tidak layak menerimanya.
“Namun, saya teringat kata kata yang dia sering ungkapkan andai dberi hadiah tetapi saya menolaknya. Heliza akan cakap, Rasulullah tidak pernah menolak hadiah pemberian sahabatnya.
“Saya turut menggunakan modal kata kata yang sama dan dia akhirnya bersetuju. Saya tak anggap ini sebagai tajaan, tapi lebih kepada hadiah kahwin,” sambungnya.
Selama bersahabat dengan Heliza, Mila memberitahu, penyanyi itu sangat pemurah dan tidak berkira.
“Cuma selama ini, sikap pemurahnya menghadiahkan itu ini, tak pernah saya kongsikan kepada umum. Malah saat mula ingin berhijrah dan berhijab, saya banyak berhubung dengannya dan dia memberikan banyak input berguna agar kekal istiqamah.
“Dia juga terus memberikan saya beberapa helai tudung dan jubah. Hubungan kami ini jauh di mata tapi dekat di hati.
Kami memang jarang berjumpa disebabkan kekangan masa masing masing. Tetapi kami kerap berhubung melalui WhatsApp, rakaman suara dan juga telefon sambil bertanya khabar serta bertukar pendapat.
“Tak ketinggalan kami pasti sering mendoakan antara satu sama lain. Tambahan sewaktu ‘lockdown’, dia banyak menyokong perniagaan saya. Dia juga membantu saya dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan Bizmilla di media sosial beliau secara percuma,” akhiri Mila.
“Bimbang anak mengamuk, hilang mood bergambar.” Ayah ini sanggup pakai rambut pink, berskirt tutu semata mata untuk menjaga mood anaknya yang mulai meragam.
Begitulah perangai anak anak, memang sukar diramal dan kadang kadang amat menguji kesabaran mak, ayah. Tindakan ayah ini mendapat pujian netizen kerana sanggup lakukan apa saja demi menjaga hati anaknya.
Seorang ayah di Manila, Filipina, sanggup memakai rambut palsu berwarna merah jambu dan berskirt tutu demi memastikan mood anak perempuannya tenang ketika satu sesi fotografi hari jadi, lapor portal Coconut News semalam.
Menurut Napoleon Soriano, anaknya iaitu, Felicity Isabella atau Ellie mula mengamuk ketika mereka sedang merakam kenangan sambutan hari lahir pertamanya, baru-baru ini.
Aksi Soriano yang sanggup berpura-pura menjadi pari-pari demi mengembalikan keceriaan Ellie mendapat pujian pasukan jurugambar yang diupah bagi majlis tersebut.
Sungguh kental semangat ayahnya. (Faces Portraits / Napoleon Soriano).
“Tidak kira apa usaha ibu bapa untuk memastikan gambar cantik sempat dirakam, jika kanak-kanak mengamuk dan tiada mood, kami tidak mampu berbuat apa-apa.
“Namun ayah ini sangat kental, dia tidak mahu persiapan comel ini sia-sia maka dia sendiri yang jadi bahan prop,” tulis jurugambar itu di laman Facebook.
Menurut Soriano, kesediaannya menjadi ‘pari-pari’ dalam gambar majlis hari jadi anaknya hanyalah sekadar gurauan.
“Saya fikir daripada membazir lebih baik gunakan semua prop yang ada dan rakam kenangan tersendiri.
“Lagipun upah jurugambar dan perancang majlis adalah tidak murah,” jelasnya. – Agensi
Mingguan Wanita : Begitulah kasih ayah hingga ke hujung nyawa. Apatah lagi dengan anak perempuan, sang ayah pasti sanggup lakukan apa sahaja.